Gunung Jerai

Salam.

Rakan-rakan PBSM yang pernah bercamping di gunung jerai bercerita tentang pelbagai peristiwa yang melemahkan mood untuk ke sana. Namun, atas sebab-sebab tertentu, kali pertama sampai juga ke sana pada 1 mei 2011. Then bulan september dan last sekali pada 1 januari 2012, pun atas jemputan pihak-pihak tertentu.

Gunung jerai setinggi 1217m, kalau ikut jalan tar jarak dari kaki gunung ke jerai regency (kawasan peranginan) lebih kurang 10 km. Jalannya ada yang sempit dan berliku-liku…

Semasa di sana, tempat wajib dilawati ialah telaga tok sheikh dan padang tok sheikh serta batu saf. Entah kenapa bila berada di tempat tersebut, hati jadi tertutup untuk mengambil gambar. Mungkin atas rasa hormat.

Sesiapa yang ke sana, masing-masing akan mengalami peristiwa atas sifat masing-masing. Setakat itu saja yang aku boleh cerita.

Kalau ikut cerita purba, gunung jerai dulunya sebuah pulau bernama pulau serai dan dikaitkan dengan lagenda merong mahawangsa. Dalam sejarah kedah tua, dalam tahun 1136, sultan muzafar shah, sultan kedah yang sebelumnya beragama hindu  telah menganut islam yang dibawa oleh sheikh abdullah.

Turut dibina di atas gunung jerai ialah sebuah menara sebagai tanda pertukaran nama kedah daripada nama lama kataha atau kalaha yang ada tercatit dalam catatan india (kalau tak silap).

Sebelum menara siap sheikh abdullah meninggal dunia dan dikebumi di sebuah kawasan rata dikenali sebagai padang tok sheikh.

Secara kedudukan geografi, gunung jerai mudah dilihat dari laut dan menjadi pedoman kepada pelaut dari selat melaka. Sebab itulah adanya lembah bujang dan dikatakan sungai merbok adalah highway perdagangan.

Pernah beberapa kali melihat golongan-golongan tertentu mengadakan majlis zikir, solat dan bersantai dengan keluarga di padang tok sheikh.

Di puncak gunung jerai adalah kawasan larangan stesen TV dan tower komunikasi. Ramai orang akan ke jerai regency untuk menikmati permandangan indah laut dan hamparan sawah padi di bawah sana. Kalau ada kelapangan singgahlah di surau jerai regency untuk berzikir dan solat…kalau bernasib baik dan diizinkan ALLAH ketika azan berkumandang, surau akan didatangi oleh kabus seperti para jemaah hadir untuk solat berjemaah.

Kehadiran ke puncak gunung jerai bergantung kepada tujuan dan niat masing-masing. Aku berharap apa yang aku lakukan adalah dengan niat ziarah dan beribadat kepada ALLAH, tidak kerana perkara-perkara lain.

InsyaALLAH, kalau ada kelapangan dan jemputan, sampailah ke sana dengan izin ALLAH.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: