Posts tagged toha 69

Ayat Membatalkan Sihir

Salam.

Ayat Al-Quran yang diajar kepada kami oleh ustaz majid semasa kursus rawatan islam di akademi rawatan islam nur ehsan (akrine). Ia harus dihafal dan diamalkan sentiasa. Ayat-ayat ini juga menjadi ayat hafalan ruqyah asas ketiga dalam siri ruqyah asas pengubatan islam darussyifa’ oleh tuan guru dato’ dr. haron din.

Yunus 81-82

[81] Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. [82] “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. Surah Yunus: 81-82.

Al-A'raaf 117-122

[117] Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). [118] Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. [119] Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. [120] Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, [121] Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. [122] “(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”. Surah Al-A’raaf:117-122.

TOHA69

Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”. Surah Toha:69.

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.