Perlis Negeri UMNO

Salam. Hari ni saya ke kangar kerana nak jumpa kawan saya Adi. Nak minta tunjuk ajar SEM. SEM tu macam SPSS, software statistik. Kami tengah buat phd so minta tolong dia sikit.

Dia minta jumpa kat putra palace hotel di kangar. Selepas pru14, perlis & pahang sahaja yang masih di bawah pentadbiran parti UMNO.

So, saya tunggu Adi sampai saya berlegar-legar kat lobi hotel sambil tengok skala model kangar city center. Malangnya, ia masih belum dibina. Persoalannya, dengan status perlis sebagai negeri pembangkang, akan diteruskankah projek ini?

Didoakan agar negeri perlis terus aman dan makmur. Ketika saya dan isteri menerima ijazah sarjana di uitm dulu, kami terima daripada DYMM SPB YD Agong yang mana ketika itu adalah raja perlis kita sekarang ini. Menjunjung kasih tuanku.

Advertisements

Leave a comment »

Tragedi Oktober

Salam.

Kita dah nak masuk bulan november 2018. 2 bulan lagi berakhirlah tahun 2018 yang penuh dramatik.

Bulan oktober juga satu nostalgia bagi saya. Saya mengenali seorang wanita yang akhirnya saya nikahi. Ia juga menjadi titik tolak saya mengucapkan selamat tinggal buat seorang lagi wanita yang pernah bertakhta di hati saya. Cehh, jiwang pulak aku ye. Tapi peliknya wanita yang saya ucapkan selamat tinggallah yang selalu menyanyikan lagu-lagu perpisahan. Dia pandai menyanyi. Baru sekarang saya sedar bahawa lagu itu adalah satu doa kerana kita nyatakan setiap bait-baitnya atau dalam bahasa mudahnya lirik sebuah lagu itu dengan penah khusyuk. Jadi menyanyi, berpuisi, berkasidah dan berdoa matlamatnya saya. Kita ingin sampaikan kata hati kita kepada pendengarnya..

Mari kita hayati lirik lagu tragedi oktober nyanyian awie wings ni…..

 

Tak sanggup lagi aku

Mengenang kisah lalu

Keganasan menghantui diriku

 

Biarkan ia pergi

Menjadi satu misteri

Bagaikan tiada hati yang peduli

 

Tidak mahu ku ingat lagi

Apa yang telah terjadi

Tragedi Oktober

 

Sesalan aku hanya untukmu sayang

Ampunilah segala dosa-dosaku

Tidak sengaja aku mengasari dirimu

Bagiku kau bukanlah lawanku

Kekasihku…

 

Hanya satu ku pinta

Kejujuran darimu

Berilah peluang hidupmu

 

Aku rela bersama

Meranjau onak duka

Agar berkekalan hendaknya

 

Tidak mahu ku ingat lagi

Apa yang telah terjadi

Tragedi Oktober

 

Sesalan aku hanya untukmu sayang

Ampunilah segala dosa-dosaku

Tidak sengaja aku mengasari dirimu

Bagiku kau bukanlah lawanku

Kekasihku…

 

Sesalan ku hanyalah untukmu sayang

Ampunilah segala dosa-dosaku

Tidak sengaja aku mengasari dirimu

Bagiku kau bukanlah lawanku

Kekasihku…

 

Tidak mahu ku ingat lagi

Apa yang telah terjadi

Tragedi Oktober

 

Sesalan ku hanyalah untukmu sayang

Ampunilah segala dosa-dosaku

Tidak sengaja aku mengasari dirimu

Bagiku kau bukanlah lawanku

Kekasihku…

 

Setelah 23 tahun tragedi oktober berlaku, masing-masing telah memilih haluan sendiri. Ia hanya sekadar lagu. Kalau isteri saya terbaca entri ini. Saya tegaskan past is past. Si dia hadir sebelum aku kenali kamu. Kamu pilihan aku. Macam skrip movie indon pulak kah kah kah.

Apapun ia telah mewarnai dan mendewasakan kita. Masa berlalu pantas, oktober akan datang dan pergi saban tahun hingga detik terakhir usia kita. Satu lagi lagu best yang saya suka ialah lagu bro hatta junction. Demi cinta dan akan kukenang….best..

Leave a comment »

9.9.18

Salam.

Hari ini 9 September 2018 atau 9 + 9 = 18.

Leave a comment »

18.8.18

Salam.

Cantik tarikh hari ni. Minggu depan raya haji.

Leave a comment »

My Anniversary

Salam. Alhamdulillah hari ini genap 20 tahun perkahwinan kami yang berlangsung di alor setar kedah. Isteri saya hantar kotak surpise. Setiap kenangan yang dilalui serta 3 orang hasil perkongsian hidup adalah bukti Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga segalanya diberkati ALLAH s.w.t. Ameen

Leave a comment »

Pulut Durian

Salam.

Saya jarang memaparkan gambar makanan kerana tak mau ada yang terliur. Tetapi kali ini saya upload juga kerana ada kenangan mengenainya.

 

Ketika di zaman sekolah rendah, setiap kali tiba musim durian, kami sekeluarga akan ke kg ulu kekabu, guntung pancor merah setiu trengganu. Lebih spesifik rumah tok ayah harun, ayahnda kepada bonda saya.

Buah durian yang luruh mesti dipunggut. Kebun durian bukan dekat dengan rumah tok ayah harun. Kena meredah laluan denai, menyeberangi sungai barulah sampai ke destinasi. Apa lagi, buah yang baru luruh apabila dicekah (kopek), isinya masih panas. Makanlah sepuas-puasnya.

Buah durian kebun tok ayah turut menjadi kegemaran sahabat hutan seperti tok jah dan pak cu uma. Anda fahamkah ye code name tu sebab tok ayah pesan real name is not allowed to be mentioned in the jungle. Tok ayah pernah tunjukkan kulit durian yang dimakan oleh tok jah dan juga pak cu uma. Pak cu uma lebih tertib dan sopan. Biji dan kulit diatur seperti kita makan tapi tok jah dia hentak dengan kaki sampai pecah buah.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah bila time makan pulut durian. Bagaimana santan, gula, ulas durian dan pulut digaul sebati dan dijamah seperti makan nasi. Ia memang sedap. Arwah tok ayah, arwah ayah, pakcik-pakcik, jiran-jiran duduk seperti nak makan hidangan kenduri cuma bukan menunya nasi dan lauk tetapi pulut, santan, gula dan buah durian menanti untuk disantap.

Bila nak balik, penuh bonet kereta toyota K20 arwah ayah diisi dengan buah durian. Selalunya arwah ayah dan ibu akan buat kenduri pulu durian di kampung dusun raja. Sapa-sapa yang pernah datang ke rumah saya pada masa itu mesti boleh bayangkan sedapnya pulut duria dari kg guntung setiu trengganu.

Hari ni saya diberi rezeki oleh Allah untuk merasai kembali legasi pulut durian tok ayah harun. Saya bertuah kerana kenangan musim durian di guntung tetap segar walaupun ia berlaku lebih 33 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat al marhum Haji Harun Bin Isa, seorang tok guru, imam dan datuk yang sentiasa saya kasihi dan rindui setiap masa.

Leave a comment »

Sastera Melayu

Salam.

Hari Raya pun dah lepas, maka berlalulah ramadhan yang indah. Semoga kita mendapat manafaat daripadanya. Saya miss entri bulan mei 2018 kerana agak sibuk dengan kerja. Pada hari terakhir bulan mei saya ke kota tinggi untuk mengendalikan program. Tumpang solat terawih di JB.

Hari ni pula saya start puasa 6. Agak awal jika dibandingkan dengan tahun lepas. Hari ni adalah 14 syawal. Kalau tahun-tahun lepas memang saya marathonlah puasa 6 takut tak sempat.

Ohh ya, semalam kawan saya kemas opis terjumpa buku lama tahun 1975. Tak tahulah macam mana boleh ada di sini. Sayang kalau dibuang so saya ambil simpan sambil belek-belek. Jika ada masa saya sinopsiskan kandungannya.

 

Leave a comment »