Archive for May, 2012

Masjid Zahir Alor Setar

Salam.

Satu perkara yang aku suka buat bila balik alor setar ialah menziarahi masjid zahir. Ada seorang ustaz, anak murid ustaz harun din al-hafiz pernah bercerita kepadaku tentang 4 buah masjid yang cukup istimewa di malaya kerana sifat zahir dan batinnya. Masjid Zahir Alor Setar (1915), Masjid Muhammadi Kota Bharu (1867), Masjid Jamek Kuala Lumpur (1909) dan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru (1892). Sejak mendengar cerita ustaz tersebut, aku mula mendekatkan diri melalui ziarah ke masjid-masjid tersebut.

Aku telah mengalami suasana cukup istimewa di masjid zahir dan masjid jamek kuala lumpur. Cuma masjid muhammadi kota bharu saja yang belum tercapai feel tersebut. Jika berkesempatan, duduklah di depan mimbar dan pastikan saudara berada di bawah pusat kubah biru di dalam masjid. Pandang ke atas, ada perkataan ALLAH di situ dan berzikirlah…

Masjid zahir dibina pada tahun 1912 (tahun yang sama kapal titanic tenggelam), di bawah pengawasan Tunku Mahmud dan siap pada tahun 1915 (tahun pemberontakan tok janggut di pasir puteh). Mengikut cerita, tapak masjid merupakan tanah pusara pahlawan kedah yang syahid semasa mempertahan kedah dari serangan siam pada tahun 1821, tahun yang sama lagenda mahsuri dibunuh di pulau langkawi. Reka bentuk adalah ilham dari masjid azizi, langkat sumatra.

Pada hari jumaat 15 Oktober 1915, ia dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid. Khutbah jumaat dibaca oleh Tunku Mahmud dan solat jumaat diimamkan oleh Sultan Abdul Hamid sendiri.

Semasa hariraya aidil fitri, aku dan anak lelakiku pernah bersalam dengan sultan kedah selepas solat hariraya. Inilah masjid raja negeri kedah. Daulat Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim berada pada kedudukan yang tinggi kerana baginda mencipta sejarah sebagai sultan yang dilantik untuk kali kedua sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 14 pada Disember 2011.

Advertisements

Leave a comment »

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

KK4

Salam.

Masjid Ubudiah bukit chandan kuala kangsar, adalah antara masjid yang terindah di malaya. Mengikut sejarah, sultan idris (1887-1916) bernazar membina masjid ini kalau baginda sembuh dari penyakit. Dibina pada tahun 1913 dan siap pada tahun 1917. Sayangnya sultan idris sendiri tidak sempat merasmikan masjid ini. Pembinaannya lewat siap kerana dikatakan marmar yang dibeli dari italy rosak kerana gajah diraja mengamuk dan merosakkan stor menyimpan marmar tersebut.

KK6

Aku dan keluarga pernah singgah di masjid ini ketika pulang ke alor star. Sempat solat jumaat di masjid ini di bulan ramadhan. Apa yang aku kagum ialah imam membaca surah-surah al-quran semasa solat jumaat dengan bacaan yang amat baik dan membuat kita sungguh khusyuk dengan bacaan tersebut.

Selepas solat, aku menjengok di belakang masjid, ada jalan ke kampung berhampiran. Suasana yang aman dengan pokok-pokok menghijau dan udaranya nyaman sekali. Sebelah masjid adalah makam diraja.

Aku percaya masjid ini penuh barakah kerana walaupun dibina sebelum merdeka dan termasuk dalam kategori masjid lama, namun aura dan kecantikannya hidup seperti dijaga dengan baik secara zahir dan batin.

KK7

Pada 11/12/2012, travel balik kl alone dari alor setar sebab next week ada lagi wedding kat kulim so depa stay back…sampai kat kuala kangsar exit dan terus niat nak visit masjid ni..

Selepas solat jamak dan qasar, dapatlah snap untuk update entri masjid ni…Cantik sungguh lampu dan ukiran di atas sana..Sempat round dalam masjid then ada sorang brother ala-ala rock macam radzi sapiee sambil baca quran kat ruang luar masjid.

Terasa nak spend masa sikit kat sini, alang-alang dah singgah, berzikir ala kadar untuk ambil barakah masjid ni..

KK8

Ukiran masjid ni jenis moor atau turki…kalau kat kedah souq al-bukhari gunakan konsep senibina yang sama.

Tandas masjid tengah di renovate. Dah sampai masa untuk dibaik-pulih sebab ramai juga orang datang visit masjid ni…tadi masa sampai ada mat saleh bermotor besar pun snap gambar masjid ni..

Sejam jugaklah spend masa kat sini, bila sorang senang nak amik masa…dan menghayati…insyaALLAH ada masa ziarah lagi…

KK5

Leave a comment »

Pantai Merdeka Sungai Petani

Salam.

Kalau sesape yang layan rock kapak, ada satu lagu “Cinta Pantai Merdeka” nyanyian asal kumpulan tropika. Then ada versi baru nyanyian kumpulan jimbara. Ropanya kumpulan tropika dah dibubarkan. Gitarist tropika dah masuk jimbara dan invite original vokalist untuk nyanyi lagu tu dalam album 1st jimbara.. fuhhh…susunan muzik saje lain, penyanyinya sama….

Back in 2008, masa adik bongsu aku kat matrikulasi penang, dan aku pulak jadi projek manager di iptb untuk projek ICT, aku pernah bawa dia ke sana, new year 2008, tapi kedah tak cuti.

Ayat yang paling aku takkan lupa adik aku cakap “la pantai merdeka ni wujud, ingatkan lirik lagu je, hari-hari dengar dalam radio” ahak-ahak…

Gambar ni pulak aku snap masa cuti raya, visit family suami kakak ipar aku di seberang prai. Lepas tu singgah sana. Rupanya kakak ipar aku pun tak pernah sampai..depa siap hampar tikar dan makan rojak buah tepi pantai…

So, kalau nak feel lagu cinta pantai merdeka just imagine:

korus:-

kuukir namamu, di awan gunung jerai (pandang awan kat atas gunung jerai)

Disaksikan laut daun nyiur melambai (pandang ke laut then alih ke belah kiri ada pokok kelapa)

Jauh pandangan permai, di situ tanjung dawai (nun hujung belah kiri ada bangunan persatuan nelayan tanjung dawai, depa buat belacan)

Terkenang peristiwa, cinta kita terurai (break off ngan awek kat sini rupanya)

ohh indahnya peristiwa, cinta kita di pantai merdeka….(kat sinilah mai dating, kat sini break off)

Aku mesti turun tikam batu sebab kilang company aku ada kat situ..normally, before krismas aku datang conduct training sebab sirim nak audit, staff tak cukup training hours. kira aku jadi penyelamat untuk elak company dapat NC…Dulu ramai member, lani depa dah berhenti & pencen..ghazaimi je yang tinggal. Chek,ujang, abang galah dah balik KL.

Dengar khabar tahun lepas punya appraisal, majority dapat PIP (tak perform)..ramai frust dan kecik hati dengan tindakan pihak pengurusan syarikat..depa siap hantar surat ke PM…aku pun sedih jugak sebab Tun Mahathir yang suruh buat kilang kat situ untuk meningkatkan ekonomi orang-orang tikam batu. Tikam batu pun 2-3KM bersempadan dengan penang..advantage untuk guna facility yang penang ada..itu pandangan Tun Mahathir. Tapi mereka yang diamanahkan untuk menjaga syarikat tak telus dan tidak bertanggungjawab…Company dah beroperasi hampir 40 tahun…mereka pula melingkupkan usaha orang terdahulu.

Kalau management pi mengadap pak-pak menteri, minta projek insyaALLAH dapat projek gomen. Dapat projek dari gomen, hasilnya kita pulang balik kepada syarikat pelaburan modal nasional…syarikat pelaburan pulak bayar dividen kepada rakyat….sebenarnya siapa yang tak buat kerja…takkan aku nak pi jumpa menteri..minta projek…gunting surat khabar untuk beli open tender ? boleh sangkut ke ? Apa peranan datuk pengerusi, ahli lembaga pengarah,pengarah urusan, ketua pegawai eksekutif, pengurus besar kanan….?

Bila tak ada projek, group purchasing nak order barang mende? Bila barang tak de, budak-budak store nak buat inventori macam mana ? Then kata depa tak perform….Bahagian HRlah yang paling cerdik…..diketuai oleh mamat yang dah pencen dari sebuah GLC…kononnya dia kat sana pun PIP (tak perfom)..bila nak buat kerja mesti hire perunding…Hingga ke saat ini 10 orang staff (termasuk GM, manager, executive dalam group HR) resign tak tahan dengan perangai dia…Aku selalu percaya syarikat ini ada daulat….bukti peristiwa telah berlaku…mereka yang salah laku dan berlebih-lebihan akan dibayar cash oleh ALLAH s.w.t. Ya ALLAH jauhilah aku dari termasuk dalam golongan manusia yang hari-hari disumpah seranah oleh orang dan didoa agar kena bala tuhan…Tak kurang juga yang hari-hari solat hajat semoga ALLAH tunjukkan jalan yang benar..bila aku tengok mamat ni kesian pulak sebab di penghujung usia sepatutnya anda berada di tempat seperti majlis ilmu@serambi masjid, menginsafi perbuatan silam dan bertaubat…Aku pun berdoa janganlah ALLAH ambil umur dia kat opis…Ada sekali tu dia pernah sound AJK surau jangan buat solat hajat….aku pernah ikut solat hajat diimamkan oleh ustaz luar selepas tazkirah zohor..doa kami agar syarikat diberi rezeki/projek dan masalah dapat diselesaikan..bukan doa agar dia ditimpa musibah…kenapa mesti takut dengan ALLAH kalau kita tak buat salah…bila ada kematian ahli keluarga, pihak HR akan buat pengumuman dan staff boleh sedekah al-fatihah. Dia pernah arahkan jangan buat pengumuman sebab mengganggu operasi syarikat..masyaALLAH…ujian untuk kita semua..biarlah dengan dia tu, berapa lama kita nak hidup…?

Nostalgia kalau turun sini, mesti pi makan mee udang pulau sayak…jalan yang sama nak ke pantai merdeka…itu kira kenangan lah..balik mesti tapau 10 bungkus untuk familiy…

Ada geng aku pulak pantang turun tikam batu mesti masuk sadao…tau tak kat mana sadao ? sadao, wilayah selatan thai masuk melalui bukit kayu hitam. Dari sungai¬† petani atau SP lebih kurang 70KM…depa pi massage…dulu sorang geng kami depa panggil ustad..boleh cakap siam…jadi tourist guide ke sana…alasan utama nak borong jersi….tapi aku respek depa tak buat maksiat…sebab brother HH (baru pencen, May 2012) akan jadi watch guard budak-budak ni…ada sekali tu masa depa dok massage tetiba kat TV keluar Pak lah bagi ucapan…cam tau-tau je ada orang malaya mai mengurut…

Tribute untuk mnas, sam, din, ee, che Rz, haikal, mejah, ujang, ustad, amri, ismi, raja, kusalma, sue, jamil, zila, ghazami…..tak lupa bro hashim nakamura yang mewarnai perjalanan hidup aku di bumi ALLAH ini…

Leave a comment »

Tasik Banding Jalanraya Timur Barat

Salam.

Dari tahun 1986 hingga 1990, inilah jalan yang aku lalui dari KB ke Ipoh. Bas Rasima Ekspress, offical transport aku dan rakan-rakan (Eme bukit abal, Jedi banggol, WakLul , Piye tendong, Edy si tongga, Ali pasir peke, Nik Lutut, Ito) dibiayai penuh oleh pihak sekolah di bawah budget SBP. Tiket bernilai RM18.00 sehala dijual di stesen bas jalan hamzah, KB dan medan kidd ipoh.

Jalan Lenggong, Grik amat berliku-liku. Bas akan berhenti di persimpangan kuala rui untuk makan tengahari. Kebanyakan daripada kami tak lalu nak makan takut muntah. Kali terakhir kami naik bas rasima ke ipoh untuk mengambil result SPM pada Mac 1991.

Kebanyakan kami berharap tidak akan naik bas rasima lagi..malah ada yang bersumpah tak nak lalu jalanraya timur barat lagi. Kebanyakan kami seakan dimakan sumpah kerana, Ali dan Nik lutut masuk ITM Arau selepas SPM. Waklul dapat matrik di Ipoh, Jedi ke UUM Sintok. Sah-sah kena lalu jalan yang sama.

Eme pula mengajar di baling kedah dan Edy berkahwin dengan orang tanjung malim. So, kenalah lalu jugak jalanraya timur barat. Zaman tu jalan ditutup pada waktu malam kerana takut ada komunis buat hal. Sampai saja di pintu masuk baik di sebelah perak atau di sebelah kelantan (jeli), askar atau polis akan cek. Kami pulak, driver bas akan collect ic untuk isi dalam satu form utk diserah di pintu masuk jalanraya timur barat.  Kalau sesape pernah lalu, ada satu point tu dah dekat dengan sempadan selatan thai, perkampungan komunis malaya menghabiskan usia tua mereka. (Rashid Maidin & Chin Peng)

Aku pulak ? Wife aku orang kedah, tiap-tiap tahun mesti lalu….conggak punya conggak, adalah 20 tahun dah guna jalan tu. Jalan pun dah bertambah baik. banyak corner maut dah tak de.

Jalanraya sepanjang 110KM selalunya ambil masa dalam 2 jam trip dari jeli ke grik, sebaliknya. Kalau dari jeli ke grik, kalau dah sampai tasik banding, adalah dalam 40-50KM nak sampai di simpang kuala rui. Dulu ada stesen petronas kat pulau tasik banding, tapi tempat tu dah jadi resort. Kat sebelah kelantan ada kawasan tasik pergau. Apa jadi dengan projek hidroeletriknya ?

Dari MRSM jeli ke KB dalam 100KM. Jalan ini tak boleh speeding, sebab banyak kereta buruk ala-ala tok lebai dok merayap atas jalan speed dalam 40-50KM/Sejam. Selalunya lepas bukit bunga aku potong ikut panglima bayu dan potong jalan rantau panjang. Kalau dari KB pulak, aku potong ikut jalan wakaf che yeh dan ke rantau panjang. Sebelum sampai ke pekan rantau panjang ada jalan ke panglima bayu. Kalau ikut jalan tanah merah kalu, humm berjanggut lah…especially time raya…

Sesape nak ke Ipoh, dari grik jalan terus je melalui tasik raban dan sampai ke tol kuala kangsar. Dulu kena lalu pengkalan hulu untuk ke baling. Sekarang dari simpang empat (kiri ke grik, kanan ke pengkalan hulu) terus je untuk ke kuala ketil lebih kurang 45KM. Dari kuala ketil terus ke sungai petani utara, masuk tol dan terus ke aloq staq…So masa perjalanan dalam 5-6 jam saja, manakala jarak perjalanan tak sampai 400KM.

Leave a comment »

Melaka bersejarah

Melaka, dulunya adalah sebuah pelabuhan entreport antarabangsa. Nadi pertemuan timur dan barat. Menjadi pusat pendakwah Islam menyebarkan agama Islam ke seluruh pelusuk nusantara. Pernah disinggahi oleh Laksamana Agung Cheng Ho yang beragama islam bersama pencatat pelayaran bernama Ma Huan.

Jatuhnya Melaka pada tahun 1511 di tangan Portugis durjana bukan bermakna terjajahnya bangsa melayu, cuma berpindahlah pusat raja melaka ke Johor.

Si bijak pandai berkata, belajar dari kesilapan..Jangan diulang kesilapan dulu. Kalau Melaka yang gagah dan hebat di nusantara boleh jatuh….jika tersilap langkah Malaysia pun boleh jatuh seperti 1511….masa tu tak guna nak salahkan sesapa lagi….baik UMNO atau PAS…kerana yang lain-lain tu tak tumpah seperti Datuk Mandeliar.

‘maka baginda pun terlalulah menyesal oleh membunuh Bendahara Seri Maharaja, tiada dengan periksanya lagi itu. Setelah nyatalah diketahui baginda fitnah itu daripada Kitul, daripada Raja Mendaliar, maka Raja Mendaliar disuruh baginda bunuh’-Sulalatus Salatin.

Leave a comment »

Khatamun Nubuwwah

Comments (3) »

Kuching@Sunset

Salam.

Jika berpeluang menaiki river cruise di Kuching, anda pasti teruja dengan keasyikan biasan mentari senja menyapa sang sungai yang mengalir lesu di petang hari. Biasan keemasan cahya mentari senja tentunya memukau bukan sahaja pasangan bercinta, malah kami sekeluarga amat asyik melayani berakhirnya siang hari.

Selamat tinggal siangku

Malamku menyusul tiba

Sang gunung pun tak biasa bangkit lagi…

Esok sajalah aku berdiri megah memandangmu di bawah..

Andainya mentari, langit, sungai dan gunung berbicara, ayat-ayat indah akan diucapkan sesama mereka… Ya ALLAH…bersyukur aku dapat menziarahi bumi Sarawak dengan ihsanmu…dapatlah aku melihat cahaya mataharimu membias ke air sungai dan melantun ke langit dan gunung…Begitulah ihsanmu kepada makhluk ciptaanmu yang lemah ini…syukur, syukur syukur ya ALLAH…

Semakin waktu berlalu, semakin hilang cahaya mentarimu….Janganlah ya ALLAH kegelapan itu menyelubungi hidup dan hatiku ya ALLAH…..

Malam yang gelap ya ALLAH….adakah segelap ruang kuburku ? Aku memohon ya ALLAH…kau kurniakanlah cahaya di dalam kuburku ya ALLAH….aku sedar ya ALLAH amalanku amat sedikit untuk menyamai rahmatmu ya ALLAH…namun ehsanmu ya ALLAH kupohon untuk dikurniakan kepada ku dengan syafaat rasulmu Muhammad s.a.w…..amin

Leave a comment »