Masjid Brunei Danau Tok Uban

Salam.

Sempena cuti pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sempat juga kami pulang ke Kota Bharu untuk menjenguk ibu yang tidak berapa sihat. Sudah lama terbaca dalam buku wali songo terbitan Al-Kafilah tentang sebuah masjid di gigi air danau tok uban berhampiran bukit panau dalam jajahan pasir mas. Setelah membaca beberapa entry dalam blog, rasa teruja dengan catatan mereka yang pernah sampai. Pada 13 April 2012, pagi jumaat, dengan niat ziarah, aku memandu dari rumah ke pasir mas. Semalam study jalan nak ke sana. Arah tujuan mesti ke tok uban.

Seperti biasalah kalau isteri tak ikut mesti sesat sebab sejak kami di US…dia mesti jadi guide….sampai sahaja di satu simpang ke arah tok uban, aku ikut saja jalan sampai ke satu signboard ke arah SMK Tok Uban…terlepas simpang, singgah makan nasi berlauk di warung. Ada seorang tok ayah tengah lepak sambil minum kopi…aku bayar sarapan tok ayah sekali..kakak penjual kata tok ayah makan sama cam menu aku…

Perjalanan diteruskan lagi, melepasi stesen keretapi tok uban…sampai di tali air…berhenti tanya orang then terus….banyak area kat kelantan aku tak pernah sampai…macam sesat je. Berhenti tanya seorang budak jalan nak ke danau, kena patah balik…sampai satu jalan masuk ikut signboard ke jeti…jalan agak sunyi tapi dah nampak danau tok uban…la rupanya kem dan tempat bela ikan dalam sangkar. sayup-sayup nampak masjid di sebelah sana…

So, belum sampai lagi rupanya. Keluar balik dan tanya seorang brother tengah buat rumah. Tanya dia direction nak ke tempat tahfiz. Dia bagi direction short cut dalam 1KM dari situ, huiii masuk jalan sunyi sepi, ada sungai then keluar ke jalan kampung. Stop, tanya kakak di sebuah rumah then terus lagi…semalam baca cam senang je tempat ni…haa sampai di satu simpang ada sign pusat tahfiz Al-Balaghunmubin. Tanya brother di simpang jalan, betul ke jalan ke masjid brunei? Jalan terus melepasi masjid rong chenok (nama tempat ni) di sebelah kiri. Sampai di satu pintu pagar, ada pondok jaga tanpa jaga tapi ada signboard “kawasan persendirian dilarang menceroboh”. Ada dua tiga orang budak tengah naik basikal. Aku drive sampai ke masjid…masyaALLAH cantiknya masjid putih…aduhhhh perut meragam, nasib baik ada tandas.

Tertera “Masjid Brunei Darussalam” (lihat gambar di atas). Ada dua-tiga orang budak tengah lepak di tepi tasik. Saja bertanya pasal masjid dan pusat tahfiz yang lenggang, tapi semua jawap tak tahu sebab mereka bukan budak kawasan ini, datang lepak sebab kelas tambahan form 3 mereka dibatalkan.

Aku masuk ke dalam untuk solat sunat, berzikir dan berdoa…alunannya sungguh sayu dan rasa macam tak puas je…

13042012540

Lepas zikir naik ke atas tapi gate untuk masuk ke bahagian depan tingkat atas masjid arah tasik bermangga. Takpelah…tak de rezeki…

Masa nak balik singgah di warung kat simpang tadi nak minum air tapi tak de ais..so tanya pakcik kat situ masjid brunei ada jemaah untuk solat jumaat ? Dia kata solat jumaat di masjid mukim rong chenok. Masjid Brunei untuk kegunaan budak-budak tahfiz untuk solat fardu dan terawih di bulan puasa. Alasannya masjid brunei berada dalam mukim yang sama. Logiknya begitu.

Kesimpulannya…walaupun papantanda perasmian masjid telah tiada, info dari blog-blog lain cukup memberi info tentangnya. Ada peristiwa aneh semasa aku di situ…ada beberapa pengunjung pun pernah melaluinya tapi aku simpan untuk kenangan peribadi saja…semoga mereka menerima kehadiranku sebagai satu ziarah keluarga dan diredai ALLAH s.w.t. insyaALLAH.

Ada kewarasannya sultan brunei (Sultan Hassanal Bolkiah) membina masjid tersebut di gigi air danau tok uban sebagai tanda nenek moyangnya (Syarif Ali@Sultan Barakat 1426-1432)* pernah singgah di bumi ini sebelum ke tanah brunei…mungkin pada waktu itu kota empayar chermin jiddah yang dikatakan tenggelam ke dasar danau tok uban masih berdiri di atas tanah.

Walau apa sekalipun alasan, teori, dan lagenda; aku percaya dan yakin masjid brunei, danau tok uban dan masjid kampung laut mempunyai kaitan yang amat kuat.

Aku bukan pengkaji mistik atau pemburu harta karun. Aku ingin mencari jawapan kemungkinan aku dan keluarga adalah dari susur galur Ahlul-Bait…

Mengakhiri ziarah, terasa perjalananku seakan belum tamat. Tukar direction, ikut jalan yang disyorkan oleh pakcik warung. Sampai di satu simpang aku terlajak, bertanya pada brother yang sedang berkebun jalan keluar. Menyusuri di bawah jambatan landasan keretapi dan berhenti untuk tengok signboard hentian keretapi sungai keladi. La rupanya sampai di simpang jalan ada satu signboard “Chetok”…tempat arwah ayah pernah datang untuk kerja pemeriksaan jabatan pertanian. Mungkin dia pernah cerita pasal masjid brunei suatu ketika dulu…dan waktu itu aku leka…

Aku melencong ke nilam puri (16KM) dari simpang ke KB. Singgah sekejap di masjid kampung laut. Berbual dengan seorang brother (driver bas KIST), katanya masjid tak digunakan untuk solat jumaat. Tak dapat merasai solat jumaat di masjid berusia 600 tahun tersebut. Alang-alang dah berjalan sehari suntuk, waktu jumaat pun dah dekat….terus ke masjid Muhammadi Kota Bahru..

InsyaALLAH….aku akan datang ziarah lagi ke sana bersama Bon adik aku…atau pun Miwe…

*Rujukan: Ahlul-Bait (Family) by Hj Muzaffar Hj Mohamad / (Tun) Suzana Othman, 2011

4 Responses so far »

  1. 1

    fauzi said,

    mohon share tuan. Anakanda sy belajar di sana…Hilang rindu bila baca
    artikel tuan..

  2. 3

    fauzi dan noraini said,

    Mmg betul kt penulis..sunyi betul tempat ni…damai sgt. Jauh dari persekitaran luar namun pentadbiran Institut Tahfiz di sini sgt teratur dan seluruh penghuni tahfiz dari mudir,ustaz dan senior pelajar sgt menyejukan hati….mewarisi akhlak yg indah . Walaupun sedih tinggalkan putera bongsu di situ namun rindu sy terubat bila tuan membawa photo mesjid brunei ni ke dlm blog tuan…dah ulang berulang sy baca dan tengok…

    • 4

      mikemohd said,

      Salam.

      En fauzi & pn noraini,

      Terima kasih. Tempat ini sungguh istimewa jika dihayati dari sudut fizikal dan rohani. InsyaALLAH putera anda akan mendapat barakah dalam perjalanan hidupnya.


Comment RSS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s