Tasik Banding Jalanraya Timur Barat

Salam.

Dari tahun 1986 hingga 1990, inilah jalan yang aku lalui dari KB ke Ipoh. Bas Rasima Ekspress, offical transport aku dan rakan-rakan (Eme bukit abal, Jedi banggol, WakLul , Piye tendong, Edy si tongga, Ali pasir peke, Nik Lutut, Ito) dibiayai penuh oleh pihak sekolah di bawah budget SBP. Tiket bernilai RM18.00 sehala dijual di stesen bas jalan hamzah, KB dan medan kidd ipoh.

Jalan Lenggong, Grik amat berliku-liku. Bas akan berhenti di persimpangan kuala rui untuk makan tengahari. Kebanyakan daripada kami tak lalu nak makan takut muntah. Kali terakhir kami naik bas rasima ke ipoh untuk mengambil result SPM pada Mac 1991.

Kebanyakan kami berharap tidak akan naik bas rasima lagi..malah ada yang bersumpah tak nak lalu jalanraya timur barat lagi. Kebanyakan kami seakan dimakan sumpah kerana, Ali dan Nik lutut masuk ITM Arau selepas SPM. Waklul dapat matrik di Ipoh, Jedi ke UUM Sintok. Sah-sah kena lalu jalan yang sama.

Eme pula mengajar di baling kedah dan Edy berkahwin dengan orang tanjung malim. So, kenalah lalu jugak jalanraya timur barat. Zaman tu jalan ditutup pada waktu malam kerana takut ada komunis buat hal. Sampai saja di pintu masuk baik di sebelah perak atau di sebelah kelantan (jeli), askar atau polis akan cek. Kami pulak, driver bas akan collect ic untuk isi dalam satu form utk diserah di pintu masuk jalanraya timur barat.  Kalau sesape pernah lalu, ada satu point tu dah dekat dengan sempadan selatan thai, perkampungan komunis malaya menghabiskan usia tua mereka. (Rashid Maidin & Chin Peng)

Aku pulak ? Wife aku orang kedah, tiap-tiap tahun mesti lalu….conggak punya conggak, adalah 20 tahun dah guna jalan tu. Jalan pun dah bertambah baik. banyak corner maut dah tak de.

Jalanraya sepanjang 110KM selalunya ambil masa dalam 2 jam trip dari jeli ke grik, sebaliknya. Kalau dari jeli ke grik, kalau dah sampai tasik banding, adalah dalam 40-50KM nak sampai di simpang kuala rui. Dulu ada stesen petronas kat pulau tasik banding, tapi tempat tu dah jadi resort. Kat sebelah kelantan ada kawasan tasik pergau. Apa jadi dengan projek hidroeletriknya ?

Dari MRSM jeli ke KB dalam 100KM. Jalan ini tak boleh speeding, sebab banyak kereta buruk ala-ala tok lebai dok merayap atas jalan speed dalam 40-50KM/Sejam. Selalunya lepas bukit bunga aku potong ikut panglima bayu dan potong jalan rantau panjang. Kalau dari KB pulak, aku potong ikut jalan wakaf che yeh dan ke rantau panjang. Sebelum sampai ke pekan rantau panjang ada jalan ke panglima bayu. Kalau ikut jalan tanah merah kalu, humm berjanggut lah…especially time raya…

Sesape nak ke Ipoh, dari grik jalan terus je melalui tasik raban dan sampai ke tol kuala kangsar. Dulu kena lalu pengkalan hulu untuk ke baling. Sekarang dari simpang empat (kiri ke grik, kanan ke pengkalan hulu) terus je untuk ke kuala ketil lebih kurang 45KM. Dari kuala ketil terus ke sungai petani utara, masuk tol dan terus ke aloq staq…So masa perjalanan dalam 5-6 jam saja, manakala jarak perjalanan tak sampai 400KM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: