Masjid Zahir Alor Setar

Salam.

Satu perkara yang aku suka buat bila balik alor setar ialah menziarahi masjid zahir. Ada seorang ustaz, anak murid ustaz harun din al-hafiz pernah bercerita kepadaku tentang 4 buah masjid yang cukup istimewa di malaya kerana sifat zahir dan batinnya. Masjid Zahir Alor Setar (1915), Masjid Muhammadi Kota Bharu (1867), Masjid Jamek Kuala Lumpur (1909) dan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru (1892). Sejak mendengar cerita ustaz tersebut, aku mula mendekatkan diri melalui ziarah ke masjid-masjid tersebut.

Aku telah mengalami suasana cukup istimewa di masjid zahir dan masjid jamek kuala lumpur. Cuma masjid muhammadi kota bharu saja yang belum tercapai feel tersebut. Jika berkesempatan, duduklah di depan mimbar dan pastikan saudara berada di bawah pusat kubah biru di dalam masjid. Pandang ke atas, ada perkataan ALLAH di situ dan berzikirlah…

Masjid zahir dibina pada tahun 1912 (tahun yang sama kapal titanic tenggelam), di bawah pengawasan Tunku Mahmud dan siap pada tahun 1915 (tahun pemberontakan tok janggut di pasir puteh). Mengikut cerita, tapak masjid merupakan tanah pusara pahlawan kedah yang syahid semasa mempertahan kedah dari serangan siam pada tahun 1821, tahun yang sama lagenda mahsuri dibunuh di pulau langkawi. Reka bentuk adalah ilham dari masjid azizi, langkat sumatra.

Pada hari jumaat 15 Oktober 1915, ia dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid. Khutbah jumaat dibaca oleh Tunku Mahmud dan solat jumaat diimamkan oleh Sultan Abdul Hamid sendiri.

Semasa hariraya aidil fitri, aku dan anak lelakiku pernah bersalam dengan sultan kedah selepas solat hariraya. Inilah masjid raja negeri kedah. Daulat Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim berada pada kedudukan yang tinggi kerana baginda mencipta sejarah sebagai sultan yang dilantik untuk kali kedua sebagai KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 14 pada Disember 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: