Archive for July, 2012

Satu perjalanan

Salam.

Petang tadi, bekas officemate wife aku meninggal dunia pada usia 43 tahun. Beliau meninggal dunia semasa minum kopi dengan kawan, bangun, jatuh dan pergi…Meninggalkan anak seramai 6 orang dan paling kecil 4 tahun.

Wife aku mula berkata, apa yang kita nak dalam life ni….rumah besar, kereta besar, pangkat besar, harta besar, dll…semuanya akan ditinggalkan dalam sekelip mata…bila dipanggil Ilahi…

Dalam perjalanan ini, dalam bidang akademik, aku dah capai dengan izin ALLAH, sijil, diploma, ijazah, masters dan setapak lagi PhD. Minggu lepas aku menamatkan kursus intensif rawatan islam tahap 2. Sejak menghadiri kursus tahap 1 pada februari yang lalu, Alhamdulillah, beberapa ayat penting Al-Quran dapat dihafal dan diamalkan untuk zikir selepas solat.

Kenapa sebelum ni aku lalai dan tidak ambil kesah tentang perlunya beramal, berzikir dengan kalimah-kalimah ALLAH yang agung. Kalau dulu aku boleh hafal lirik ,(tapi sekarang susah sangat nak hafal lagu) kenapa ayat 21-24 surah Al-Hasyr,

1-3 surah Al-Ghafir, ayat 115-118 surah Al-Mukminun, ayat 81-82 surah Yunus, malah ayat 285-286 surah Al-Baqarah pun tak dihafal.

Betul kata ustaz, kalau kita tak sakit, tak kena sihir atau tidak diganggu makhluk halus, tentu kita tidak dipilih untuk mendalami ilmu ALLAH, dan bergantung sepenuh kepadaNYA.

Walau apa sekali ceritanya, amalan kena tingkatkan, berserah dan bergantung sepenuh kepadaNYA, memohon, memohon dan memohon serta jangan putus asa…

Rumusannya…hidup ini sementara, jangan lalai mencari bekalan ke sana. Amal jariah, Anak yang soleh dan Ilmu yang bermanafaat. Tadi aku conduct kelas word 2007 untuk rakan-rakan sekerja, semoga ia menjadi ilmu bermanafaat dan menjadi bekalan aku di sana. Semoga dengan adanya PhD, aku boleh berbakti dan memberi ilmu kepada lebih ramai manusia di atas mukabumi ALLAH ni…

Advertisements

Leave a comment »

Gunung Jerai

Salam.

Rakan-rakan PBSM yang pernah bercamping di gunung jerai bercerita tentang pelbagai peristiwa yang melemahkan mood untuk ke sana. Namun, atas sebab-sebab tertentu, kali pertama sampai juga ke sana pada 1 mei 2011. Then bulan september dan last sekali pada 1 januari 2012, pun atas jemputan pihak-pihak tertentu.

Gunung jerai setinggi 1217m, kalau ikut jalan tar jarak dari kaki gunung ke jerai regency (kawasan peranginan) lebih kurang 10 km. Jalannya ada yang sempit dan berliku-liku…

Semasa di sana, tempat wajib dilawati ialah telaga tok sheikh dan padang tok sheikh serta batu saf. Entah kenapa bila berada di tempat tersebut, hati jadi tertutup untuk mengambil gambar. Mungkin atas rasa hormat.

Sesiapa yang ke sana, masing-masing akan mengalami peristiwa atas sifat masing-masing. Setakat itu saja yang aku boleh cerita.

Kalau ikut cerita purba, gunung jerai dulunya sebuah pulau bernama pulau serai dan dikaitkan dengan lagenda merong mahawangsa. Dalam sejarah kedah tua, dalam tahun 1136, sultan muzafar shah, sultan kedah yang sebelumnya beragama hindu  telah menganut islam yang dibawa oleh sheikh abdullah.

Turut dibina di atas gunung jerai ialah sebuah menara sebagai tanda pertukaran nama kedah daripada nama lama kataha atau kalaha yang ada tercatit dalam catatan india (kalau tak silap).

Sebelum menara siap sheikh abdullah meninggal dunia dan dikebumi di sebuah kawasan rata dikenali sebagai padang tok sheikh.

Secara kedudukan geografi, gunung jerai mudah dilihat dari laut dan menjadi pedoman kepada pelaut dari selat melaka. Sebab itulah adanya lembah bujang dan dikatakan sungai merbok adalah highway perdagangan.

Pernah beberapa kali melihat golongan-golongan tertentu mengadakan majlis zikir, solat dan bersantai dengan keluarga di padang tok sheikh.

Di puncak gunung jerai adalah kawasan larangan stesen TV dan tower komunikasi. Ramai orang akan ke jerai regency untuk menikmati permandangan indah laut dan hamparan sawah padi di bawah sana. Kalau ada kelapangan singgahlah di surau jerai regency untuk berzikir dan solat…kalau bernasib baik dan diizinkan ALLAH ketika azan berkumandang, surau akan didatangi oleh kabus seperti para jemaah hadir untuk solat berjemaah.

Kehadiran ke puncak gunung jerai bergantung kepada tujuan dan niat masing-masing. Aku berharap apa yang aku lakukan adalah dengan niat ziarah dan beribadat kepada ALLAH, tidak kerana perkara-perkara lain.

InsyaALLAH, kalau ada kelapangan dan jemputan, sampailah ke sana dengan izin ALLAH.

Leave a comment »

Tanjung Tuan (Cape Rachado)

Salam.

Satu unplanned hiking bersama bon ke rumah api tanjung tuan pada oktober 2011 yang lalu semasa mini family outing di Ilham resort, PD berubah menjadi jungle trekking tanjung tuan.

Nak ke rumah api dari Ilham resort ada ler + – 800m @ 30 minit berjalan kaki. Dah nak sampai ke rumah api, bon nak snap gambar, tetiba dia ajak ikut trek hutan. Aku follow je lah. Pernah sampai ke puncak tapi tak pernah lalu ikut trek. A few meter terjumpa satu perigi belanda ke portugis, dah lupa pasal signage dia..

Semakin lama semakin menurun bukit…then sampai ke pantai. Bon dah teruja dan snap gambar…Ya ALLAH memang cantik pantai ni privacy sungguh…

Sambil berjalan, bon decide untuk guna trek untuk ke rumah api..nak patah balik jalan tadi cam jauh je…Ada satu wakaf kat tepi pantai ada seorang pak cik tengah relax. Kami beri salam dan sembang sekejap. Then dia offer untuk tunjuk kawasan sekitar. Ada satu bukit batu kat atasnya dipercayai bekas tapak kaki Datuk Laksamana Hang Tuah. Terdapat satu telaga dan sebuah kubur seorang pendakwah dari Iraq*. (*mengikut cerita pak cik). Bila balik aku google rupanya tempat ini dikenali sebagai keramat tanjung tuan.

Ingatkan lepas ni nak berdua je dengan bon naik ke puncak, tapi pak cik kata dia tunjukkan tempat-tempat tertentu. Setiap kali melalui satu-satu kawasan dia akan bagi salam.

Dia tunjukkan pulau masjid dari atas bukit. Katanya, ada jemaah yang kita tak nampak akan ke sana setiap kali masuk waktu solat. Katanya kawasan laut dari gunung jerai kedah sampai ke gunung ledang melaka dijaga oleh panglima hitam.

Banyaklah cerita pak cik ni tentang kawasan-kawasan “hamba ALLAH’ yang berada di dimensi lain. Kami dibawa ke pulau intan. Pulau intan akan menjadi pulau ketika air pasang. terdapat satu kubur di pulau intan. Semasa menaiki pulau intan, kami melalui batu berwarna merah seperti tangga. pak cik kata ia adalah intan, kita je tak nampak. Tambahnya lagi pulau intan adalah istana intan.

Kami menyusuri pantai dan sampai di satu tempat mengikut kata pak cik tempat Laksamana Hang Tuah berlatih bersilat. Aku pernah terbaca, Hang Tuah suka berkuda di tanjung tuan. Ada juga mengatakan parameswara juga dikebumi di sini, malah ada yang kata di tapak rumah api. ALLAHuaklam…

Nak sampai ke puncak dah penat betul….rasa macam separuh hari..sedar tak sedar dah dekat 3 jam trekking di tanjung tuan…macam dah nak flat…Ingat dah nak sampai rupanya pak cik melencong ke hujung tanjung…sayup-sayup curam kat bawah…..Ya ALLAH kalau tergelincir atau kalau pak cik ni nak apa-apakan kami…(syak pada orang tak baik tapi berwaspada itu penting)

Setelah 2-3 kali kena tinggal dengan pak cik, akhirnya sampai juga ke puncak melalui trek hutan. Fuhhh letih teramat…tapi pak cik ni relax je…

Sejauh mata memandang, di hujung ufuk kalau naik bot dalam 38km sampai le ke pesisir pantai sumatra. Satu ketika dulu sebahagian empayar melaka. kalau melaka perlu bantuan nyalakan asap berkepul, orang sebelah sana nampak pasti hantar tentera bantuan untuk support melaka. (aku andaikan saje).

Mengikut catatan abad ke 16, battle of Cape Rachado adalah pertempuran terbesar armada laut antara portugis dan belanda pernah berlaku di selat ini. Di tanjung tuan juga tempat persinggahan burung pemangsa dari hemisfera selatan ke utara. Macam transit point lah….

Bunyi macam kipas helicopter rupanya radar jabatan laut sedang berpusing ligat. Kita hanya boleh mengelilingi pagar luar rumah api kerana ia kawasan larangan. Tanjung tuan bukan negeri sembilan punya kawasan tetapi melaka…sebab musababnya adalah faktor sejarah…sebenarnya persisiran pantai melaka sampai ke klang….jauh tu. Malah ada yang kata ulu melaka adalah di pulau langkawi sebab ada tempat di sana bernama ulu melaka. Setakat Hang Tuah berkuda di tepi pantai dari melaka ke tanjung tuan just macam petang-petang naik kereta round pantai jelah tengok jajahan takluk…Tun Perak pula adalah penghulu klang sebelum dilantik menjadi bendahara, sedangkan in return sultan terpaksa menceraikan Tun Kudu permaisuri melaka yang juga kekanda Tun Perak sebagai habuan agar tun ali step down sebagai bendahara dan menjadi penghulu bendahari…Actually ayahnda tun perak adalah bekas bendahara melaka yang kononnya bunuh diri atas masalah konflik politik melaka. Dah berkait dengan sejarah pulak…macam tulah…bila mengembara, kena kait dengan sejarahnya barulah ada moral of the story…bukan setakat penat dan lelah..

Bon pula mengalami situasi bateri camera habis bila nak snap kat satu kawasan tapi bateri ada balik bila sampai kat rumah api….

So journey tamat kami turun dan sayonara kat pak cik..semoga jumpa lagi…

Leave a comment »

Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru

Image

Salam.

Pada 4 Julai 2012, akhirnya aku menjejakkan kaki di perkarangan masjid keempat yang harus aku lawati bagi merasai aura istimewa tersebut. Dari jauh masjid sultan abu bakar amat indah. Berdiri utuh di atas sebuah bukit dan menghadap selat tebrau pastinya memukau perasaan terutama di waktu sebelum maghrib.

Ramai budak tahfiz di perkarangan masjid, macam ada program je. Selepas ambil gambar, hari dah lewat hampir ke maghrib. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup dari selat melewati masjid. InsyaALLAH esok aku datang lagi sebab belum masuk ke dalam masjid.

5 Julai 2012. MasyaALLAH, semalam rupanya malam nisfu syaaban, patut ler ramai budak tahfiz di masjid. Mesti ada bacaan yaasin sempena malam nisfu syaaban.

Ya ALLAH, di hari nisfu syaaban aku menjejakkan kaki di dalam masjid ini. Sebelum bertolak balik, aku singgah untuk solat dan berzikir di masjid yang mula dibina pada tahun 1892 dan siap pada 1900. Sebenarnya kehadiran aura-aura istimewa dapat dirasai. Hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

Syukur ya ALLAH, Masjid Muhammadi Kota Bharu, Masjid Zahir Alor Setar, Masjid Jamek Kuala Lumpur dan Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru, telah sempurna hajat dan niat untuk ziarah keempat-empat buah masjid setelah teruja dengan cerita ustaz hanif 6 tahun dulu di awal muharam 1427 @ 2006.

InsyaALLAH, sekali kuziarah akan ada kelapangan untuk aku ke sana lagi dengan puteraku…

Leave a comment »