Archive for August, 2012

Surah Al-Fatihah

Salam.

Malam ni malam ke 25 ramadhan 1433. Malam ganjil yang boleh jadi malam lailatul qadar juga. Tadi lepas solat terawih, naik motor bertiga ke kedai, nak makan roti telur. MasyaALLAH ditegur oleh owner kedai yang merupakan anak kepada mak sepupu saya. Dapatlah bersembang dengan dia…antara topik yang disentuh ialah pasal sihir. Katanya adat orang melayu tak boleh tengok orang senang, kat mana-mana pun ada, lebih-lebih lagi orang berniaga.

Apa yang nak disumbangkan pada malam ni ? oh ya ada baiknya dimuat-naik ayat-ayat yang boleh membatalkan sihir yang diajar oleh ustaz majid malah ayat-ayat ini baru dapat saya hafal walaupun ia adalah ayat-ayat dalam matsurat.

Ayat-ayat Al-Quran adalah perisai. Kalau dapat dibaca selalu lebih-lebih lagi di bulan ramadhan al-mubarak, insyaALLAH ia akan sebati dengan diri kita. Ayat yang paling mujarab tentulah surah Al-Fatihah. Semua orang tahu surah Al-Fatihah adalah ibu segala ayat cuma bagaimana nak jadikan ia amalan yang berkesan. Bila baca kita kena faham maksudnya. Ada tak yang tak faham terjemahan tujuh ayat dalam surah ini ? Saya rasa ada. Petua khusyuk semasa solat juga adalah sambil baca kita faham maksudnya.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1) Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.

2) Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3) Raja (Pemilik) hari pembalasan (akhirat).

4) Hanya Engkau yang kami Sembah dan hanya Engkau kami minta pertolongan. Pada ayat 4 yakni “hanya Engkau kami minta pertolongan” semasa membaca niatlah dan mintalah (doa) apa yang dikehendaki, insyaALLAH akan dimakbulkan. Di sinilah letaknya kata kunci@password segala permintaan yang selama ini kita tidak sedar. Kalau ustaz tak beritahu sampai bila-bila pun saya tak tahu.

5) Tunjukkan kami jalan yang lurus.

6) Jalan yang Engkau beri nikmat kepada mereka.

7) Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Inilah ayat Al-Fatihah jika dibaca dengan teknik yang betul akan memberi kesan yang optimum kepada kita. Setiap patah ayat ada pula kegunaannya. Disarankan dibaca 7 kali surah ini selepas solat fardu. Bacaan dalam solat subuh (2), zohor (4), asar (4), maghrib (3) Insyak (4), berjumlah 17 kali dalam solat fardu dan 35 kali selepas solat fardu. Jadi sehari kira-kira 52 kali ia dibaca.

Selalunya kalau saya ada masalah kritikal, saya akan baca 41 kali selepas solat sunat sebelum solat fardu subuh. Paling mujarab 3 kali subuh. InsyaALLAH jalan penyelesaian akan hadir. Jika ia masalah yang berat “Ya ALLAH aku kembalikan kepadamu ya ALLAH, aku buntu ya ALLAH, tolonglah aku ya ALLAH”

Advertisements

Leave a comment »

Malam Seribu Bulan

Salam.

Hari ni 23 ramadhan 1433, berdasarkan keadaan terbitnya matahari dan keadaan serta suasana tidak begitu panas sampai ke waktu zohor insyaALLAH ramalan imam ghazali tentang malam lailatulqadar menepati catatan-catatan dan saranan alim ulama terdahulu. Jika tahun ini puasa bermula pada hari sabtu, maka tambahan ibadat harus dibuat pada malam 23 yakni semalam kerana kita mula solat terawih pada hari jumaat malam sebelumnya padahal keesokannya adalah 1 ramadhan. Kalau hari ni kita puasa hari ke 23, maka malam ni adalah malam ke 24.

Ada yang kata, kalau macam tu just cari malam 23 jelah…Kalau kita kaji mengikut apa yang diceritakan oleh para ustaz dalam ceramah ramadhan, 10 hari pertama penuh dengan keampunan, 10 hari pertengahan adalah rahmat dan 10 hari terakhir dijauhi dari api neraka. Malah Nabi Muhamammad s.w.t melakukan ibadat yang lebih extra pada 10 malam terakhir kerana di antara malamnya adalah lailatulqadar yang mana pahala ibadat diberi ganjaran seumpama beribadat selama 1000 bulan atau 83 tahun. Ia disokong dengan hujah carilah ia pada malam-malam ganjil kerana ALLAH suka ganjil (witir).

Semua orang tahu pasal ni cuma, masa malam lee chong wei lawan lin dan dalam final badminton olimpik london 2012 masjid lenggang…tak kesahlah boleh buat solat terawih kat rumah…

Pada ramadhan 1432, puasa start hari isnin dan pada malam 21 adalah malam tersebut kerana esoknya keadaan cuaca seperti yang digambarkan oleh para ulama.Banyak yang menyanggal, bagi aku senang saja analoginya, kalau kita nak jadi  pelajar yang akan dapat A+, ciri-cirinya seperti datang kelas tak miss, buat revision, jumpa lecturer untuk tips dan buat assignment untuk carry mark yang baik bagi bekalan ke final exam. Kalau nak dapat malam lailatulqadar kena usahalah. Solat fardu kena perfect, zikir, solat terawih, tadarus, dan infaq.

Tips pula telah diberikan oleh rasulullah s.w.t dan disokong oleh imam-imam besar dan para ulama. ALLAH tahu siapa yang dia nak berikan. Kita pun tak tahu seumur hidup kita, pernahkah pada satu tahun kita punya amalan serta ibadat telah diterima untuk mendapat ganjaran malam lailatulqadar…mengejar malam lailatulqadar sama seperti orang kaya mengejar harta, dah dapat nak lagi dan lagi dan lagi…kalau kita pernah dapat mesti kita nak dapat lagi kerana 1000 bulan sama durationnya 83 tahun ibadat. Kalau seumur hidup kena 3 kali sama dengan 249 tahun beribadat…umur kita pun tak sampai 100 tahun…Ya ALLAH semoga seumur hidupku ini adalah dapat malam tersebut.

Malah Nabi Musa dan Nabi Isa pun nak jadi umat nabi Muhammad s.w.t sebab apa? Buat ibadat sikit tapi ganjarannya terlalu banyak….MasyaALLAH..ruginya kalau kita sebagai umat Nabi Muhammad mensia-siakan pemberian tersebut. Sama seperti ganjaran ibadat yang lain, solat sorang dengan berjemaah, adake kita pernah nampak perbezaan pahala? Tak de pun. Bukan macam collect mata ganjaran bonuslink, kad mesra petronas dan kat jusco, cukup point boleh tebus dengan hadiah..ganjaran kat sana nanti baru dapat, sebab tak nampak tang tu…tapi kena ingat ganjaran ada ditulis dalam Al-Quran..macam statement KWSP, ada figure je tiap-tiap bulan caruman.  Nak duit tunggu umur 50 dan 55 baru merasa… Macam itu jugalah ganjarannya…yang ni barulah skim cepat kaya di akhirat..bukan cam skim pak man telo…

ALLAH huaklam bissawab

Ramalan Imam Al-Ghazali

Leave a comment »

Introduction

Salam.

I just read 1 entry by one prof regarding what is PhD. One of his suggestion to candidates is to write in blog. why ? To get you write and write. Do not care if no one reads your blog. Ironically, I put up this blog for my PhD journey but end up with picture speaks, rawatan islam and travel notes. Oklah tu at least I have tendency to WRITE….so I don’t need to tag …

So my interest is about knowledge…since I have put up some papers on knowledge…then what is knowledge ?

 

Leave a comment »

Muzium Arkeologi Lenggong

Salam.

Just for the record. Muzium arkeologi lenggong aku visit few years ago masa balik dari kedah ke KL. Hari tu last day boleh masuk free sebab esoknya para pengunjung kena bayar untuk masuk. So kira rezekilah sebab dah lama teringin nak datang dapat juga sampai. Masa tu public phone pun tak de…take note ye, public transport pun tak de…

Kat dalam muzium adalah info dan pameran pasal perak man, kota tampan dan zaman batu (paleolitik). Tapak muzium ini pun adalah tapak prasejarah 74,000 tahun dahulu. Ada replika gua, tempat tinggal perak man yang hidup kira-kira 10-11,000 tahun dahulu.

Tak snap pun gambar display kat dalam tu sebab budak-budak pun tak berapa gemar nak duduk lama-lama dalam gua kerana displaynya tak interesting for kids. Rupa orang gua pun menakutkan juga, dan biasalah separuh bogel pulak tu, pakai cawat je…tapi kelas siap ada IC…cuma gambar takde…boleh pinjam buat mengundi pakai IC perak man…kalau ada bawa baby, tak digalakkan ke sini. Sebab kawasannya terpencil dan budak-budak boleh mengigau malam kalau teringat kat wajah-wajah manusia primitif dalam muzium tu…kalau nak try apa salahnya…

Cuba fikirkan, kenapa dulu-dulu sesebuah tamadun mesti bermula di tengah-tengah hutan tapi kawasan tersebut mesti ada sungai ? Betul ke dulu kawasan ini hutan ? Brobudur dan angkor wat pun dijumpai di kawasan hutan. Padahal ia adalah sebuah kota yang ditinggalkan dan ditutup oleh hutan. Bayangkan kalau rumah ditinggal 2-3 bulan penuh lalang tumbuh melata. Kalau 1000 tahun ? Fikirlah ye….

Setakat ni, perak man dikatakan manusia tertua pernah dijumpai di tanah melayu. A few KM dari kompleks tu ada gua dan juga sungai perak.

Kalau anda nak ke sana dari highway utara selatan exit kuala kangsar / gerik, ambil jalan baling-kuala kangsar. Jauhnya dalam 30++KM jugaklah rasanya sebab kena lalu sauk, R&R tasik raban, MRSM lenggong. Ikut je signboard jangan ralit sebab ada juntion masuk ke kanan. Jalan terus nanti jumpa simpang empat jalan lama, terus je then jumpa kg baru kota tampan, jalan terus. Kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Kawasan ni lengganglah jugak…Last junction seperti kat bawah ni….terus je…kat sebelah kiri nanti ada kompleks di tengah-tengah ladang kelapa sawit…

So, itu saja untuk entri pasal muzium arkeologi kota tampan lenggong. Teringat satu lagi muzium arkeologi lembah bujang kedah nak kena revisit. Nak bawa budak-budak ke muzium arkeologi ni, mereka belum ada feel. Lebih-lebih lagi kalau setakat tengok batu, tengkorak lagilah semua lari masa visit muzium sarawak last year…Kota Ngah Ibrahim dah sampai tapi tak masuk tour lagi dan kompleks sejarah pasir salak pun belum sampai lagi…Insya ALLAH kalau plan sampailah tu… Muzium kat kelantan je yang dah habis tour…hari tu pun sebab ke muzium negara….dah berubah benar dan menarik pulak tu tak puas 2 jam tour…

Leave a comment »

Muzium Kota Kayang Perlis

Salam.

Lawatan tak disengajakan semasa balik dari masjid al-husain kuala perlis minggu lepas. Teringat bon kata dia balik perlis pun tak pernah sampai. Alang-alang tak de apa nak buat just spend sikit masa. On the way to kuala perlis ada sign ke muzium kota kayang dan juga marhum kayang. Apa actually tempat ni ?

Tak sampai lima minit dah sampai. Aku teruja keadaan bukit dan sawah yang menghijau, rasa macam nak buat rumah kat sini je. Sampai je aku terus ke kawasan marhum kayang. Ada makam sultan kedah ke 15, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah 1@Marhum Kayang Pertama (1651-1661). Al-Fatihah untuk Almarhum dan keluarga baginda. Keluarga baginda, keluarga aku juga dari satu susur galur yang tidak tercatat secara dokumentasi tapi boleh dibuktikan dari sudut DNA. InsyaALLAH.

Di zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 2, untuk mengekang kuasa kedah siam membahagikan kuasa pemerintahan kepada beberapa kawasan seperti indera kayangan di perlis, setul di selatan thai sekarang, kota setar dan juga kubang pasu. Sebab itulah kawasan-kawasan ini pernah mempunyai raja masing-masing.

Bila berjalan-jalan di kawasan ini, aku dapat rasa kawasan taman bunga larangan, tempat pendekar berlatih silat, tempat mandi gajah walaupun tiada signboard yang menceritakan hal demikian. Malah gua-gua tempat pertapaan pun ada di sini. Sebagai tanda hormat dengan apa yang dizahirkan tidak mampu untuk aku mengambil gambar di kawasan-kawasan tersebut. Mungkin orang akan kata aku mengarut tapi biarlah. Aku bersyukur diberikan feel untuk merasai suasana istana di zaman silam. Aku datang sebagai saudara dari zaman terkemudian. Hanya doa dan keinsafan yang terpahat di hati. Perjuangan dan pergorbanan mereka-mereka terdahulu demi kesenangan kita pada hari ini.

Di atas tapak bangunan muzium dikatakan bekas kompleks istana kota kayang. Di dalamnya ada sejarah perlis dari zaman neolitik (zaman batu ke tembikar) hinggalah ke zaman marhum kayang, raja syed hussein jamalullail, raja syed ahmad jamalullail, raja syed safi jamalullail, raja syed alwi jamalullail, raja syed hamzah jamalullail, raja syed putra jamalullail dan raja syed sirajuddin jamalullail.

Perlis satu-satunya negeri yang memakai gelaran raja. Walaupun dikatakan raja perlis mempunyai susur galur dari rasulullah s.a.w (ahlul bait), ini tidak bermakna tidak berlaku konflik dalam politik. Contohnya semasa raja syed ahmad jamalullail dan raja syed hamzah jamalullail memerintah. Pasal konflik ni tak kuasa aku nak cerita sebab biasalah ada pengaruh siam dan aku sure ada cerita lain disebalik cerita yang tercatat dalam sejarah standard. Raja perlis juga cuba kekal merdeka dari kedah walaupun kubang pasu diserahkan balik kepada kedah namun perlis kekal sebagai sebuah negeri dan satul akhirnya masuk ke dalam wilayah thai. Yang pasti perlis mempunyai hubungan yang baik dengan siam bangkok dan berjaya kekal tanpa perlu masuk ke kedah kembali. Pada zaman itu survival adalah penting demi kuasa dan negeri.

Apa-apa pun setiap lipatan sejarah adalah berlaku dengan izin yang maha esa ALLAH s.w.t. Semalam aku sempat ke muzium negara kerana terujar dengan satu entri blog pasal wajah baru muzium tersebut. Memang aku teruja dengan imej baru tersebut dan ada benda baru yang aku discover mengenai sejarah bangsa yang dilenyapkan oleh penjajah. Bila dikaji balik tidak match dan masuk akal beberapa catatan orang putih mengenai sejarah nusantara. Dengan kuasa ALLAH walau disorok, dimusnahkan dan dimanipulasi, ia akan tetap terbuka dengan izinnya….memang benar ALLAH jua yang maha mengetahui ilmu yang ghaib dan  nyata. (Al-Hasyr 22)

Leave a comment »

Kota Kuala Kedah

Salam.

Banyak tempat sejarah yang aku dah lawati di negara ni sebab aku memang suka sejarah. Anehnya kota kuala kedah tidak pernah terlintas untuk dilawati walaupun dah hampir 15 tahun aku beristerikan orang kedah. Antara sebabnya ia tidaklah diceritakan sehebat kota melaka dalam buku teks sejarah kita, sebab tulah aku tak berapa tahu pasal sejarahnya. Masa first time aku visit makam mahsuri 24 tahun yang lampau, masih teringat tahun mahsuri meninggal ialah pada tahun 1821. Kalau kita match dengan kronologi masa, pada tahun itulah perang kedah dengan siam ligor berlaku. Lepas tu siam serang langkawi hingga ia jadi padang jarak padang terkukur.

Jadi, minggu lepas selepas tour kuala perlis, aku patah balik ke sini untuk visit muzium kota kuala kedah. Ini kali kedua aku melawat tempat ni, Kali pertama tahun 2011 tapi masa tu muzium tak buka.

Dalam muzium ni, ada penerangan pasal kota kuala kedah atau nama kunonya kota kuala bahang. Terletak di tebing utara muara sungai kedah, ia menjadi benteng pertahanan kedah dan ibu negeri alor setar. Di zaman sultan sulaiman Shah II kedah (1602-1619), ia dikenali sebagai kuala bahang.

Akibat kejatuhan empayar melaka pada 1511, kedah bangkit kembali menjadi sebuah pelabuhan perdagangan di selat melaka. Sebuah penempatan perniagaan dibina oleh portugis sebagai kawasan kilang untuk mengumpul timah dari kedah dan perak. Portugis mengawal timah di utara tanah melayu supaya tidak jatuh ke tangan kuasa lain. Sultan Mahkota Alam dari Aceh telah menyerang dan memusnahkan kawasan ini. Portugis berjaya dihalau dan kedah ditawan.  Seramai 7000 tawanan di kalangan rakyat kedah dan sultan sulaiman II dibawa ke Aceh kira-kira dalam tahun 1619. Baginda sultan meninggal di Aceh.

Dalam tahun 1650 kira-kira 30 meriam dibeli daripada Portugis untuk pertahanan kedah. Malangnya berlaku perebutan kuasa antara sultan muhammad jiwa (1710-1778) dan adinda tirinya, Raja Nambang. Sultan disokong oleh daeng perani dari riau dan adindanya disokong oleh raja kechil minangkabau. Raja kechil telah menawan kota kuala kedah. Namun, bantuan adinda daeng perani iaitu daeng merewah berserta perahu perang bugis, berjaya mengusir raja kechil. Tidak lama selepas itu, bugis pula menawan kota ini dan sultan abdullah mukarram shah II (1778-1797) terpaksa meminta bantuan francis light untuk merampas kota ini kembali. Pulau pinang jatuh ke tangan british pada tahun 1786.

Kota Kuala Kedah yang ada sekarang dibina pada tahun 1771 semasa sultan muhamad jiwa (1710-1778) dan siap pada tahun 1780, di zaman sultan abdullah mukarram shah II ibni sultan muhamad jiwa (1778-1797).  Ia direka oleh Dato’ Maharaja Kadhi bernama Hafiz Sab dan dibina oleh tukang-tukang dari India. Di sebelah timur ada satu pintu gerbang bernama pintu “Pintu Gerbang Kacapuri”.

Pada 12 november 1821, satu angkatan tentera siam ligur berlabuh di kota ini. Disambut dengan penuh keraian oleh pembesar kedah. Namun hati siam dari dulu sampai kini tak boleh dipercayai. Panglima siam mengarahkan serangan kilat ke atas kedah. Ramai yang tidak bersedia, mati di bumi ini. Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II ibni sultan abdullah mukarram shah II (1797-1843) berundur ke pulau pinang. British mungkir janji untuk membantu kedah melawan siam. Inilah bekas tapak istana tempat bersemayam sultan pada tahun 1803 sebelum dijajah siam pada tahun 1821.

Pada tahun 1838, tentera kedah di bawah pimpinan tunku kudin menyerang kota kuala kedah dan berjaya menghalau tentera siam sampai ke singgora. Namun bantuan tentera siam bangkok tiba dan tentera kedah kembali berkubu di kota kuala kedah sehingga tewas jua akhirnya. Jasad tentera kedah dikatakan dikebumi di kawasan masjid zahir alor setar.

Pintu gerbang inggeris dibina setelah kedah menerima penasihat inggeris pada 1905, setelah kedah mengalami krisis kewangan dan terpaksa meminjam dari siam. Pinjaman sebenarnya dari negeri selat sebab itulah penasihat orang putih (WJF Williamson) dan majlis negeri ditubuhkan untuk tolong sultan selia kewangan kedah yang tenat . Jadi ada dua pintu gerbang utama yang menghadap sungai. Inggeris membina pejabat pentadbiran dan juga rumah api di kawasan kota.

Pembinaan rumah api di zaman sultan abdul hamid (1882-1942) ini dibiayai oleh raja siam (king chulalongkorn, 1853-1910). Sultan abdul hamid dikatakan sangat rapat dengan chulalongkorn. Malah dua putera kedah, tunku yusuf dan tunku badlishah dihantar ke eropah untuk belajar serta dibiayai raja siam itu.

(Ia lebih dikenali sebagai rumah pelita kerana dulu-dulu dipasang pelita.)

So, itulah sejarah kedah yang aku mula fahami. Sedih dengan perjuangan hebat rakyat kedah mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dari dijajah. Nanti aku kaitkan pula dengan cerita kota kayang di perlis. Sebenarnya cerita yang tercatit dalam sejarah tidak selalunya benar. Sejarah kedah ni kalau dikaji ada banyak “untold story” dan juga kesah yang diubah suai tapi kalau dibuka banyak implikasi dan ramai yang akan terguris. Orang akan kata dah jadi sejarah, tapi kalau ia patut diperbetulkan ia harus diperbetulkan walau atas alasan apa sekali pun. Kalau kedah ni tak ada nilai kenapa semua orang nak takluk dan menjajah kedah. Kenapa siam nak sangat kedah dan british sanggup buat perjanjian bangkok untuk dapatkan kedah dari siam.

Leave a comment »

Masjid Al-Hussain Kuala Perlis

Salam.

Kali pertama aku lihat satu permandangan indah masjid ini dalam sebuah cerita telemovie melayu, dah lupa nama cerita tu. Aku mula search kat mana lokasi masjid terapung ni, tak mungkin kat Trengganu. Then Wan (anak buah wife aku) kata kat kola perlih…

Lepas aku google, dapatlah lokasinya di kuala perlis tapi tak boleh nak compute kat belah mana sebab last August 2011, bon bawa buka puasa di medan selera kuala perlis lepas balik dari KL, tak perasan pun. ( Dah nak setahun Marzuq pergi). Ada tanya bon, dia pun tak tahu pasal masjid ni…

Last week, tanpa dirancang, lepas kerja balik kedah..Esoknya sempat solat subuh di masjid zahir then jalan-jalan ke kuala kedah nak visit kota kuala kedah, jam masih pukul 7.30 pg, muzium buka jam 9.30..

Try jalan marina habour, sebab ada signboard ke kuala perlis…dulu separuh jalan tak siap lagi. Mesti boleh drive ikut jalan pantai ke kola perlis. Sampai hujung jalan, ada beberapa mat basikal, ke kiri jalan batu-batu tak boleh jalan, patah balik ada sign ke kg sungai dua. redah jelah jalan tali air sampai ke air hitam..aik 34km ke kuala perlis…terus je lah. On the way lalu jerlun, ni kawasan mukhriz mahathir.Dah masuk perlis, ada pulak signboard muzium kota kayang, teringat bon kata dia pun tak pernah visit. Camne, rasa cam nak balik ikut jalan kuala sanglang, ikut jalan pantai. Hati berat nak visit kota kayang jugak.

Akhirnya dalam pukul 8.00 sampai lah juga, rupanya terletak di hujung medan selera kola perlis dan sebelah jeti ke langkawi.

Dapatlah lihat masjid Al-Hussain secara live, memang cantik dan menara dia ada dua puncak, sebab apa ?  Masuk je dalam masjid ada pakcik angkat tangan bagi salam. Ada 2-3 orang tengah rehat. Cantik masjid ni.

Aku masuk sampai ke mimbar dan buka tingkap menghadap laut, dapat dengar bunyi ombak, terus solat sunat. Kat 5 penjuru kubah ada tulisan rukun islam dalam 5 bahasa;

—> melayu, tamil, arab, cina dan Inggeris. Syahadah, solat, zakat, puasa dan haji. Syukur, dapat ziarah masjid ini di bulan ramadhan yang mulia ini.

Aku suka pergi hotel corus PD sebab bila solat dapat mengadap laut. So, aku dah ada option untuk tujuan itu. Melihat laut dapat pahala dan solat sambil mengadap laut sungguh menyenangkan.

Esoknya, aku dapat pujuk mak mertua berbuka puasa di kuala perlis. Plan nak snap satu gambar matahari senja depan masjid tapi masa pack sangat. Dapat bawa dia solat maghrib dan dia ajak solat terawih sekali. Memandangkan nak kena balik malam ni juga sebab esok kerja dan budak-budak sekolah, tak sampai hajat nak solat terawih di masjid al-hussain yang dirasmikan oleh raja perlis bulan november 2011.

InsyaALLAH akan datang lagilah…

Leave a comment »