Kota Kuala Kedah

Salam.

Banyak tempat sejarah yang aku dah lawati di negara ni sebab aku memang suka sejarah. Anehnya kota kuala kedah tidak pernah terlintas untuk dilawati walaupun dah hampir 15 tahun aku beristerikan orang kedah. Antara sebabnya ia tidaklah diceritakan sehebat kota melaka dalam buku teks sejarah kita, sebab tulah aku tak berapa tahu pasal sejarahnya. Masa first time aku visit makam mahsuri 24 tahun yang lampau, masih teringat tahun mahsuri meninggal ialah pada tahun 1821. Kalau kita match dengan kronologi masa, pada tahun itulah perang kedah dengan siam ligor berlaku. Lepas tu siam serang langkawi hingga ia jadi padang jarak padang terkukur.

Jadi, minggu lepas selepas tour kuala perlis, aku patah balik ke sini untuk visit muzium kota kuala kedah. Ini kali kedua aku melawat tempat ni, Kali pertama tahun 2011 tapi masa tu muzium tak buka.

Dalam muzium ni, ada penerangan pasal kota kuala kedah atau nama kunonya kota kuala bahang. Terletak di tebing utara muara sungai kedah, ia menjadi benteng pertahanan kedah dan ibu negeri alor setar. Di zaman sultan sulaiman Shah II kedah (1602-1619), ia dikenali sebagai kuala bahang.

Akibat kejatuhan empayar melaka pada 1511, kedah bangkit kembali menjadi sebuah pelabuhan perdagangan di selat melaka. Sebuah penempatan perniagaan dibina oleh portugis sebagai kawasan kilang untuk mengumpul timah dari kedah dan perak. Portugis mengawal timah di utara tanah melayu supaya tidak jatuh ke tangan kuasa lain. Sultan Mahkota Alam dari Aceh telah menyerang dan memusnahkan kawasan ini. Portugis berjaya dihalau dan kedah ditawan.  Seramai 7000 tawanan di kalangan rakyat kedah dan sultan sulaiman II dibawa ke Aceh kira-kira dalam tahun 1619. Baginda sultan meninggal di Aceh.

Dalam tahun 1650 kira-kira 30 meriam dibeli daripada Portugis untuk pertahanan kedah. Malangnya berlaku perebutan kuasa antara sultan muhammad jiwa (1710-1778) dan adinda tirinya, Raja Nambang. Sultan disokong oleh daeng perani dari riau dan adindanya disokong oleh raja kechil minangkabau. Raja kechil telah menawan kota kuala kedah. Namun, bantuan adinda daeng perani iaitu daeng merewah berserta perahu perang bugis, berjaya mengusir raja kechil. Tidak lama selepas itu, bugis pula menawan kota ini dan sultan abdullah mukarram shah II (1778-1797) terpaksa meminta bantuan francis light untuk merampas kota ini kembali. Pulau pinang jatuh ke tangan british pada tahun 1786.

Kota Kuala Kedah yang ada sekarang dibina pada tahun 1771 semasa sultan muhamad jiwa (1710-1778) dan siap pada tahun 1780, di zaman sultan abdullah mukarram shah II ibni sultan muhamad jiwa (1778-1797).  Ia direka oleh Dato’ Maharaja Kadhi bernama Hafiz Sab dan dibina oleh tukang-tukang dari India. Di sebelah timur ada satu pintu gerbang bernama pintu “Pintu Gerbang Kacapuri”.

Pada 12 november 1821, satu angkatan tentera siam ligur berlabuh di kota ini. Disambut dengan penuh keraian oleh pembesar kedah. Namun hati siam dari dulu sampai kini tak boleh dipercayai. Panglima siam mengarahkan serangan kilat ke atas kedah. Ramai yang tidak bersedia, mati di bumi ini. Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah II ibni sultan abdullah mukarram shah II (1797-1843) berundur ke pulau pinang. British mungkir janji untuk membantu kedah melawan siam. Inilah bekas tapak istana tempat bersemayam sultan pada tahun 1803 sebelum dijajah siam pada tahun 1821.

Pada tahun 1838, tentera kedah di bawah pimpinan tunku kudin menyerang kota kuala kedah dan berjaya menghalau tentera siam sampai ke singgora. Namun bantuan tentera siam bangkok tiba dan tentera kedah kembali berkubu di kota kuala kedah sehingga tewas jua akhirnya. Jasad tentera kedah dikatakan dikebumi di kawasan masjid zahir alor setar.

Pintu gerbang inggeris dibina setelah kedah menerima penasihat inggeris pada 1905, setelah kedah mengalami krisis kewangan dan terpaksa meminjam dari siam. Pinjaman sebenarnya dari negeri selat sebab itulah penasihat orang putih (WJF Williamson) dan majlis negeri ditubuhkan untuk tolong sultan selia kewangan kedah yang tenat . Jadi ada dua pintu gerbang utama yang menghadap sungai. Inggeris membina pejabat pentadbiran dan juga rumah api di kawasan kota.

Pembinaan rumah api di zaman sultan abdul hamid (1882-1942) ini dibiayai oleh raja siam (king chulalongkorn, 1853-1910). Sultan abdul hamid dikatakan sangat rapat dengan chulalongkorn. Malah dua putera kedah, tunku yusuf dan tunku badlishah dihantar ke eropah untuk belajar serta dibiayai raja siam itu.

(Ia lebih dikenali sebagai rumah pelita kerana dulu-dulu dipasang pelita.)

So, itulah sejarah kedah yang aku mula fahami. Sedih dengan perjuangan hebat rakyat kedah mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dari dijajah. Nanti aku kaitkan pula dengan cerita kota kayang di perlis. Sebenarnya cerita yang tercatit dalam sejarah tidak selalunya benar. Sejarah kedah ni kalau dikaji ada banyak “untold story” dan juga kesah yang diubah suai tapi kalau dibuka banyak implikasi dan ramai yang akan terguris. Orang akan kata dah jadi sejarah, tapi kalau ia patut diperbetulkan ia harus diperbetulkan walau atas alasan apa sekali pun. Kalau kedah ni tak ada nilai kenapa semua orang nak takluk dan menjajah kedah. Kenapa siam nak sangat kedah dan british sanggup buat perjanjian bangkok untuk dapatkan kedah dari siam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: