Surah Al-Fatihah

Salam.

Malam ni malam ke 25 ramadhan 1433. Malam ganjil yang boleh jadi malam lailatul qadar juga. Tadi lepas solat terawih, naik motor bertiga ke kedai, nak makan roti telur. MasyaALLAH ditegur oleh owner kedai yang merupakan anak kepada mak sepupu saya. Dapatlah bersembang dengan dia…antara topik yang disentuh ialah pasal sihir. Katanya adat orang melayu tak boleh tengok orang senang, kat mana-mana pun ada, lebih-lebih lagi orang berniaga.

Apa yang nak disumbangkan pada malam ni ? oh ya ada baiknya dimuat-naik ayat-ayat yang boleh membatalkan sihir yang diajar oleh ustaz majid malah ayat-ayat ini baru dapat saya hafal walaupun ia adalah ayat-ayat dalam matsurat.

Ayat-ayat Al-Quran adalah perisai. Kalau dapat dibaca selalu lebih-lebih lagi di bulan ramadhan al-mubarak, insyaALLAH ia akan sebati dengan diri kita. Ayat yang paling mujarab tentulah surah Al-Fatihah. Semua orang tahu surah Al-Fatihah adalah ibu segala ayat cuma bagaimana nak jadikan ia amalan yang berkesan. Bila baca kita kena faham maksudnya. Ada tak yang tak faham terjemahan tujuh ayat dalam surah ini ? Saya rasa ada. Petua khusyuk semasa solat juga adalah sambil baca kita faham maksudnya.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1) Segala puji bagi ALLAH tuhan sekalian alam.

2) Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

3) Raja (Pemilik) hari pembalasan (akhirat).

4) Hanya Engkau yang kami Sembah dan hanya Engkau kami minta pertolongan. Pada ayat 4 yakni “hanya Engkau kami minta pertolongan” semasa membaca niatlah dan mintalah (doa) apa yang dikehendaki, insyaALLAH akan dimakbulkan. Di sinilah letaknya kata kunci@password segala permintaan yang selama ini kita tidak sedar. Kalau ustaz tak beritahu sampai bila-bila pun saya tak tahu.

5) Tunjukkan kami jalan yang lurus.

6) Jalan yang Engkau beri nikmat kepada mereka.

7) Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.

Inilah ayat Al-Fatihah jika dibaca dengan teknik yang betul akan memberi kesan yang optimum kepada kita. Setiap patah ayat ada pula kegunaannya. Disarankan dibaca 7 kali surah ini selepas solat fardu. Bacaan dalam solat subuh (2), zohor (4), asar (4), maghrib (3) Insyak (4), berjumlah 17 kali dalam solat fardu dan 35 kali selepas solat fardu. Jadi sehari kira-kira 52 kali ia dibaca.

Selalunya kalau saya ada masalah kritikal, saya akan baca 41 kali selepas solat sunat sebelum solat fardu subuh. Paling mujarab 3 kali subuh. InsyaALLAH jalan penyelesaian akan hadir. Jika ia masalah yang berat “Ya ALLAH aku kembalikan kepadamu ya ALLAH, aku buntu ya ALLAH, tolonglah aku ya ALLAH”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: