Masjid Kg Laut@Nilam Puri

28012013933

Salam.

Dah beberapa kali visit masjid kg laut di nilam puri. Masjid ini dipindahkan setelah dibaik pulih oleh persatuan sejarah malaysia semasa allahyarham tun hamdan sheikh tahir jadi presiden persatuan. Ada yang kata masjid ni dibina lebih 500 tahun dulu oleh pendakwah dari campa nak ke pulau jawa.

Mengikut cerita, kapal yang dinaiki oleh para pendakwah dari campa bocor di tengah laut. Ada yang bernazar kalau selamat sampai di daratan, akan mereka bina sebuah masjid. Maka dengan kuasa ALLAH s.w.t, sekumpulan ikan kekacang masuk ke tempat bocor lalu kapal tidaklah karam. Apabila sampai di pantai maka dibinalah sebuah masjid. Tempat tersebut adalah di kampung laut.

Ada yang kata mereka itu adalah kumpulan wali songo yang awal. Ia turut dikaitkan dengan bukit panau dan danau tok uban.

Di dalam masjid ini, sungguh tenang dan terasa seperti beribadah di zaman silam. Sayangnya masjid ini tidak digunakan untuk solat jumaat kerana masjid nilam puri ada berdekatan. Statusnya sama seperti masjid brunei di danau tok uban, hanya untuk solat fardu dan terawih di bulan ramadhan. Kalau dapat beriktikaf di masjid ini, alangkah indahnya tapi macam biasalah waktu tidak mengizinkan…

Ini pula mimbar masjid. Mungkin nenek moyangku dulu pernah mendengar khutbah jumaat dari mimbar ini. Bertuahlah kalau ianya benar dan aku diberi peluang untuk solat di masjid yang pernah mereka gunakan di abad terdahulu…bagaimana kalau yang membinanya adalah keturunanku…ahlul-bait..masyaALLAH…

Hebatnya rumah ALLAH ini. Tentu ia menjadi kemegahan umat islam di zaman tersebut. Paling tidak ia menjadi persinggahan ramai pelayar dan pengembara silam seperti ibnu battuta semasa mudik ke kuala krai untuk mengadap ratu durga@cik siti wan kembang.

28012013935

 

Mungkin juga laksamana cheng ho pernah solat di sini semasa siri pelayaran mega beliau.

Menara masjid yang agak tinggi pada zaman terdahulu. Kalau mengikut catatan, sultan akan datang menaiki gajah dan lantai masjid sama tinggi dengan gajah. Kalau anda pernah sampai di masjid kayu seberang jerteh, anda kena naik tangga untuk ke ruang masjid dan di bawahnya gajah pun boleh lalu.

mkglaut1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: