Masjid Muhammadi Kota Bharu

Salam.

Sempena hari kebangsaan ke 55 yang lepas, sempat juga pulang ke kampung menjenguk bonda yang tidak berapa sihat. Sebelum pulang ke KL pada 15 syawal, sampai hajat untuk ziarah dan solat subuh di masjid muhammadi.

Asalnya masjid ini dibina daripada kayu dalam tahun 1867 semasa zaman pemerintahan sultan muhammad II(1830-1886). Pada zaman itu ia dikenali sebagai masjid besar kota bharu. Struktur konkrit dibina pada tahun 1922 dan siap dirasmi pada tahun 1931 oleh sultan ismail ibni sultan muhammad IV dan ditukar nama sebagai masjid muhammadi sempena nama ayahnda baginda. Sejak dari itu renovation dilakukan pada tahun-tahun berikutnya  untuk tampung jumlah jemaah yang bertambah.

Selesai solat para jemaah mengaji Al-Quran bersama imam. Keadaan sungguh tenang dan aura keistimewaan berada di sini dapat aku rasa pada pagi 15 syawal 1433. Semoga aku dapat jadikan program ziarah empat masjid ini pada setiap tahun jika ada kelapangan kerana pada bulan syaaban 1433 aku menziarahi masjid sultan abu bakar johor bahru buat kali pertama, bulan ramadhan dan 1 syawal 1433 menziarahi masjid zahir alor setar dan di 15 syawal 1433 sempat pula menziarahi masjid muhammadi kota bharu.

InsyaALLAH masjid jamek kuala lumpur akan aku ziarahi dalam bulan syawal juga. Pada  8 ramadhan 1433 yang lalu aku juga sempat menziarah masjid al-hussain kuala perlis. Semasa pulang melalui terengganu, tercapai hajat untuk solat jumaat di masjid kayu seberang jerteh, cuma atas kesilapan teknikal tak sempat nak luangkan masa mengambil gambar masjid tersebut. nampak gaya macam kena datang lagilah..On the way balik ke KL melalui kuala krai, sempat singgah di masjid kg laut di nilam puri untuk solat dhuha. Sempat snap 2-3 photo untuk entrinya.

Ini pulak beduk. Dulu-dulu sebelum ada eletrik dan pembesar suara, beduk diketuk tanda masuk waktu sembahyang. Adakalanya diketuk jika berlaku kecemasan. Tak sure beduk ini diketuk lagi ke tak…rindu betul dengan bunyi beduk…Aku selalu main beduk kat surau arwak tok ayah aku di terengganu. Sampai sekarang aku masih ingat timingnya…

Dapat aku snap bulan terang di tengah menara masjid yang penuh bersejarah ini. Masjid ini pernah menjadi pusat pengajian dan penyebaran agama di nusantara. Setelah habis belajar di sini pelajar berangkat ke mekah untuk sambung advanced level. Kiramacam twinning program di zaman inilah. Malah silibus pengajian di sini sama dengan pengajian di masjidil haram. Sebab itulah ia dipanggil serambi mekah. Tokoh ulama besar seperti tuan taba (1840-1891), haji wan ali kutan (1837-1912) dan tok kenali (1868-1933) pernah berkhidmat di sini.

Pernah diceritakan bahawa tok kenali mengajar agama tanpa ada murid pada pagi jumaat. Lalu dilaporkan oleh orang kepada sultan setelah ia berlaku 3 kali jumaat, kononnya tok kenali dah tak waras. Sultan pun panggil mengadap. Tok kenali kata dia Ok lalu dia ajak sultan datang ke masjid pada jumaat depan. Sultan pun datang, maka tok kenali mula mengajar agama walaupun tiada siapa pun di depan beliau. Sultan pun percaya tok kenali ada problem. Tok kenali stop mengajar dan minta izin pada sultan sambil membaca ayat lalu menyapu pada mata tuanku. Maka terkejutlah sultan apabila dilihatnya penuh di hadapan baginda dengan orang. Tok kenali explain pada sultan kat depan sekali adalah raja jin. Raja jin suruh semua rakyat dia datang belajar agama pada hari jumaat dengan tok kenali. Wallahuaklam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: