Serikin@Sarawak

Salam.

Sebahagian daripada family trip ke kuching last year ialah ke serikin. Perjalanan lebih kurang sejam lebih dengan kereta dari kuching melalui jalan ke bau. Serikin dikatakan tempat orang gila shopping. Minggu lepas orang ramai berkunjung tapi peniaga kurang sebab mereka balik indon nak sambut raya haji. Itu yang diceritakan oleh brother teksi yang kami sewa RM180 untuk 5 orang untuk ke sana. Gambar kat atas yang dicrop:  gambar bukit dan orang jual buah adalah last khemah jualan di serikin. Hujung habis. Bukit tu rasanya dah masuk dalam sempadan indonesia. Orang berkerusi roda pun sempat di snap. Yang menarik perhatian kami ialah orang jual alat buat kuih. Pandai sungguh dia dok promo, satu alat RM10…pun aku beli…balik KL tak buat pun kuih….

Kedai kopi kat bawah, rumah tumpangan kat atas, kalau semua orang nak bermalam kat sini macam mana ? Pasar serikin hanya buka hari sabtu dan ahad.

Apa yang ada ?

1) Telekung, memang murahlah dari RM20 yang kain keras sampai kain lembut bersulam..dari bandung…memang murah, aku spend RM300 untuk telekung, souvenir utk ma, mak, etc..

2) Baju perempuan RM50…wife aku kata kat KL RM200….so kat sini boleh beli 4 pasang…memang murah, duit pun mengalir…sekejap je RM500 dah masuk ke indonesia….

3) Mainan, setakat RM10-50 tu kira biasalah…mainan simple je RM8, (bot besar tapak tangan diperbuat daripada tin, letak minyak masak, nyalakan sumbu then kapal bergerak dalam besen air)

4) Miniature kereta, basikal, dll

5) Barang kulit: topi, jaket, belt…memang murah lah..

6) Kain langsir pelbagai warna…

7) Baju-baju tu biasalah cam kat sempadan siam…

8) Barang daripada rotan..

9) Poster-poster agama, wali songo, minyak atar asli….

10) Pakaian orang jawa, aku beli songkok yang dipakai oleh sunan kalijaga…

11) Makanan, kekacang yang dibungkus…yang tak pernah kita temui…

12) Datang sendirilah…naik air asia….ka ka ka

Kami bertolak dari kuching dalam pukul 8.00 pagi sampai dalam pukul 9.00…orang tak ramai lagi masa sampai…kalau cuti sekolah brother teksi kata huiiii semua jenis bas universiti ada, UiTM, Unimas, politeknik, maktab perguruan, sekolah, dll.. masa datang parking kosong masa nak balik penuhla satu padang…

Nak singgah makan kat warung kat sini tak berapa lalulah geng, beli air tin oklah..menu indon ler…bakso, bakso, bakso….daging apa yah ? Gambar kat bawah ni warung jual makanan…lalu ke nak singgah…aku dah survey…tak jadi…tahan perut…

Tengoklah kalau dah pukul 11 pagi matahari dah terik, jalan berabuk humm kalau ada budak-budak dah start meragam…ada orang kata jalan dulu survey then baru patah balik untuk beli…tapi aku ikut petua buat ‘gori’, first customer dapat harga baik….macam masa beli telekung, tak banyak kerenah, tawar je OK…

Semua gambar snap masa awal-awal, dah ramai orang dah tak larat sebab dah jalan sampai ke hujung pergi balik adalah 2KM kot…tak campur menunggu…cukup 2 jam..cari brother teksi balik kuching..

Brother teksi ni memang baiklah, teksi dia jenis naza citra 6 seaters warna biru sebab executive teksi. Kod teksi dia HQ 1807, nama dia anuar@leslie bin redzuan. Kalau dia tak tukar no HP 019-8396516, email: leslie_reduan@yahoo.com. Kalau orang baik tak rugi kita promo untuk dia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: