Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas terletak lebih kurang 20KM dari Port Dickson. Kalau ke tanjung tuan, selalu tengok signboard ke sana tapi tak pernah sampai pulak. So, masa nak ke pengkalan balak, sempatlah singgah di situ.

Kompleks ni terdapat makam sheikh ahmad majnun yang dikatakan seorang pendakwah di zaman sultan mansur shah melaka (1459-1477). Pada catatan batu tanda, beliau dikatakan meninggal semasa berdakwah.

Melalui kajian yang aku buat, sheikh ahmad majnun dikatakan meninggal semasa berperang dengan tentera sultan mansur shah melaka. Tak pernah pulak dalam sejarah diceritakan pasal kejadian ni.

Persoalan, kenapa seorang pendakwah berperang dengan tentera sultan mansur shah sedangkan waktu itulah zaman kegemilangan melaka dan islam berada pada kemuncak penyebaran di nusantara…

So, ada satu teori mengatakan sheikh ahmad membawa satu ajaran yang lain dari mazhab shafie.  Oleh kerana melaka menerima mazhab shafie, sheikh ahmad diminta comply dengan melaka, malangnya dia bantah. Dikatakan beliau dan pengikut-pengikutnya berpindah ke Linggi dan pengaruhnya tidak disenangi oleh penduduk setempat lalu sultan menghantar satu pasukan tentera untuk settlekan masalah ni. Kekuatan tentera melaka tidak setanding dengan kumpulan sheikh ahmad. Sheikh ahmad gugur dan jenazahnya dibawa ke pengkalan kempas dan dikebumikan di sana.

Di kompleks ini juga terdapat batu megalith. Kalau di Alor Gajah terdapat pusara purba yang menggunakan batu tersebut. Dikatakan batu ini hidup dan semakin membesar.

Sheikh Ahmad Majnun, begitulah nama hamba ALLAH yang bersemadi di pusara ini. Kenapa pula perkataan majnun dipanggil kepada seorang pendakwah ? Ada satu movie klasik lakonan nordin ahmad iaitu laila majnun, yang mengisahkan sepasang kekasih yang jadi gila kerana cinta dihalang oleh keluarga. So ‘Majnun’ itu maksudnya gila dan gelaran tersebut bermaksud sheikh ahmad yang gila. Adakah sheikh ahmad ini benar-benar tidak siuman atau gelaran diberikan kerana dia pelik pada pandangan masyarakat di zaman beliau. Ia mengingatkan aku kepada kisah sheikh siti jenar yang dihukum bunuh dan dibuang dari kelompok wali songo kerana ajaran beliau bertentangan dengan ajaran asas kumpulan wali songo….ALLAHuaklambissawab…

1 Response so far »

  1. 1

    Shahariman bin Mohd Yunus said,

    Saya pernah membaca satu artikal yg. menyatakan Sheikh Ahmad telah membena satu penempatan di PENGKALAN KEMPAS dan berpengaruh dikalangan penduduk tempatan. Sedangkan waktu itu Pengkalan Kempas dibawah kekuasan Melaka. Sultan Mansur Shah telah menghantar Tun Perak dan angkatan memerangi Sheikh Ahmad dan pengikut2 nya. Sheikh Ahmad dan pengikut2nya telah meninggal dunia. Telah dikebumikan di Pengkalan Kempas.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: