Replika Istana Raja Melewar@Rembau

Salam.

Rancangan pada cuti hari Malaysia tahun ni ialah mini family gathering di ilham resort pantai biru tg tuan. Last year datang untuk weekend je. Kalau ikut plan, pagi-pagi keluar rumah then ke istana lama seri menanti. Kononnya nak ikut highway LEKAS, then dari seri menanti terus ke seremban singgah di muzium negeri sambil melawat istana ampang tinggi. Tetapi ALLAH dah set, bertolak dalam pukul 12.30. So, terus ke PD. The day before masa buat plan, ada terjumpa blog mat motor besar buat jelajah dari replika istana raja melewar di rembau, ke seri menanti then last sekali ke istana ampang tinggi di kompleks muzium negeri. Tak pernah tau ada replika istana raja melewar… dunia hari ini dihujung jari banyak dapat info kalau rajin mencari…tapi tak tahu bila nak sampai rembau ni…seri menanti pun rasa jauh…

Hari isnin lepas check out. ohh lupa semalam lepas zohor bon ajak naik rumah api. Dia buat lagi, kali ni turun ke pantai dekat pulau intan then jalan tepi pantai ke hotel casa. Budak-budak ikut sekali…lain jadinya…hampir sesat. Kena redah persisiran pantai yang berbatu…naik balik ikut denai, meredah air laut sebab ada pokok tumbang..tak larat nak redah hutan bakau sebab air dah start pasang. last sekali ikut trek hang tuah naik balik ke jalan rumah api…dekat-dekat 4 jam trekking.

So, lepas check out singgah makan mee kari dekat simpang masuk ke rumah rehat bank negara. Dulu pernah datang dengan det. Lepas makan suggest ke melaka ikut jalan linggi ke pengkalan balak. Semua setuju. On the way singgah  kompleks sejarah pengkalan kempas.

On the way ke melaka, tetiba cam signboard daerah rembau tapi signboard ke melaka ada..so tak sesatlah…then ada signboard ke makam raja melewar belah kiri…alang-alang dah lalu, cuma yang pelik pejalanana ni macam smooth je, cam ada yang mengiring pulak…ada kg pilin, sini rupanya kg kawan aku masa kat itm dulu sampai orang panggil dia pilin. Si jiboi pulak sebab dia dari kg jiboi..meredah rembau rupanya hari ni…dalam 8 km, sampai di makam raja melewar. Aku stop, dan tetiba aku buka bonet kereta ambil air untuk siram pusara diraja tersebut.. kat sini aku tak snap gambar seperti biasa sebagai menghormati…

Aku sedekahkan fatihah dan 3 qul dan ada tiga pusara rupanya. Pusara Raja Melewar dan permaisuri baginda dan satu lagi tanpa sebanrang info…

Fikiran aku mula berfikir:

1) Kenapa  makam baginda di rembau bukan di seri menanti ?

2) Kenapa simple je makam dia sedangkan kalau baca sejarah dia yamtuan negeri sembilan yang pertama bermula tahun 1773.

3) Permaisuri baginda pun disemadikan disebelah makam baginda ? Mereka mangkat pada masa yang sama ke ?

Itulah persoalan yang buat aku tertanya dan nak cari..

Perjalanan diteruskan ke lokasi replika istana di astana raja, sedap nama tempa ni. Aku ingat  astana ni orang serawak je panggil astana…apa beza istana dengan astana…? kena cari jugak ni…

Then sampailah ke sini…kg astana raja terletaknya bangunan ini…selepas baca info rupanya bangunan ini pernah digunakan sebagai kediaman datuk undang rembau…ironinya tapak ini dipercayai tapak asal istana raja melewar ketika bersemayam sebagai yamtuan rembau…

Balik KL bermulalah pencarian kepada persoalan aku dan jawapanya memang ada….rupanya apa yang dipersoalkan ada ceritanya….

Atas kesuntukan masa dan sebab-sebab tertentu, aku tak masuk ke dalam bangunan ini…kat parking lot ada khemah rasmi macam ada funtion sebelum ni..

Kupasan Sejarah

Kalau ikut papan tanda sejarah dari makam tadi, raja mahmud (nama asal raja melewar) dihantar oleh raja pagar ruyung, sumatera barat setelah datuk-datuk di daerah rembau, sungai ujong dan kawasan berdekatan datang ke pagar ruyung untuk meminta dihantar seorang raja bagi memimpin daerah-daerah tersebut.

Kalau ikut sejarah pada 1699 sultan mahmud shah II (1685-1699) mangkat dijulang adalah pemerintah dari dinasti kesultanan melaka yang berdaulat. Baginda mangkat di kota tinggi ketika dijulang dari tandu untuk naik ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. Baginda ditikam olehMegat Seri Rama@ laksamana bentan kerana dendam dengan sultan kerana jatuhkan hukuman bunuh akibat si isteri laksamana mengidam buah nangka yang dibawa oleh orang untuk sultan mahmud. Sultan murka kerana buah nangka sudah ditebuk. Alasan diberikan oleh bendahara kerana kesian kepada isteri laksamana yang mengidam sedangkan laksamana sedang berjuang menentang lanun di perairan johor. Lagenda mengatakan ketika perut isteri laksamana dibelah, bayi sedang makan buah tersebut…ALLAHuaklam bissawab..laksamana pulang dengan kejayaan tetapi isteri dikatakan mati ketika beranak..rahsia terbocor bila suatu petang dekat maghrib…ada ibu yang memanggil anak agar masuk ke rumah dengan alasan dikacau hantu isteri laksamana mati dibunuh raja..bila laksamana tahu cerita sebenar…terjadilah pembunuhan keturunan terakhir kesultanan melaka…baginda pada ketika itu tiada waris..

Akibat dari peristiwa ini, pahang mula dijaga oleh bendahara dan johor menjadi hilang arah..Itulah yang dikatakan pihak di kawasan rembau, sg ujong, jempol, johol dan lain-lain memutus tali ke johor…malah mereka pernah request dihantar raja dari johor ke sana tapi tiada hasilnya so terpaksalah request dengan raja dari pagar ruyung.

Kalau kita refer balik sejarah negeri perak, tun saban, anak tun perak setelah membuka kawasan di grik perak pernah minta kepada sultan mahmud shah, sultan melaka terakhir yang bersemayam di kampar untuk hantar seorang raja ke sana. Sultan mahmud hantar putera baginda bernama mudzafar untuk jadi sultan perak pertama dalam tahun 1528 dengan diiringi oleh megat terawis, anak raja pagar ruyung. sultan muzafar adalah putera baginda dengan puteri onang kening puteri sultan mansor shah kelantan (1465-1526). Melaka pernah menyerang kelantan, menakluk dan membawa balik puteri onang kuning ke melaka. Malah kelantan juga pernah berajakan sultan hussin dari johor (1580-1610) kerana pewaris takhta iaitu Che Siti Wan Kembang masih kecil.

Jadi, tradisi memohon raja adalah satu kemestian pada zaman itu kerana daulat raja amat penting. Kuasa raja adalah daulat baginda. Mengikut sejarah lagi, untuk menyambut kedatangan raja mahmud (raja melewar), raja khatib dihantar oleh pagar ruyung untuk survey dan buat preparation.

So kat sini ada beberapa isu…

1) Apabila raja mahmud (raja melewar) tiba di rembau, kononya raja khatib telah mengaku sebagai raja dari pagar ruyung, so terjadilah peperangan raja mahmud vs raja khatib. Setelah raja khatib tewas barulah raja mahmud ditabalkan di penajis dalam kawasan rembau menjadi yamtuan rembau dengan nama raja melewar.

Isu: Kenapa raja khatib mengaku sebagai raja yang diutus oleh pagar ruyung ?

Teori:

1) Raja khatib dikatakan diterima oleh orang rembau, sebab itu dia diangkat jadi raja. so, orang dah lantik, terima sajalah…malah orang pun suka. Raja mahmud dah ler travel jauh-jauh tetiba ada oarng rampas tempat dia..apa lagi perang lah..

2) Raja mahmud yang sebenar telah diserang lanun dan dibunuh di laluan siak ke rembau. Ada individu yang menyamar dan bila sampai di rembau raja khatib surely cam individu tersebut bukan raja mahmud dari pagar ruyung. Individu tersebut adalah orang bugis yang pada zaman itu sedang meluaskan pengaruh di johor dan selangor. So, Individu yang menyamar sebagai raja dari pagar ruyung ( Mr. X) vs raja khatib. So, ditakdirkan Mr. X menang so ditabal jadi yantuan rembau dengan nama raja melewar. Ada teori yang kata raja melwar adalah daeng merewah, anak raja dari sulawesi.

Alasan 1

Dikatakan selepas itu raja melewar berpindah ke seri menanti. Baginda gering lalu mangkat ketika melawat rembau..so yang ini alasan baik lah….

Alasan 2

Mengikut cerita lain, raja melewar lari ke seri menanti kerana orang rembau nak bunuh dia kerana buat hal. Bila masa berlalu raja melewar ingat orang dah lupa so dia buat trip ke rembau. Apa lagi, sampai kat rembau kena bunuh dengan buluh runcing, kononnya dia kebal dengan besi.

Masa lunch, lepak dengan orang ‘ jang’ kat cafe…ada yang kata dari zaman mereka kecik, bapa mereka tak fan orang rembau, sebab alasan sejarah..

So, secara tak sengaja aku dah buat research pasal negeri sembilan…best lah jugak lapi banyaaknya konflik antara melayu, dulu kini dan esok…

Entri lain pasal negeri sembilan kena sambung bila ke seri menanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: