Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIA Gombak

Salam.

Pada 20 syawal 1433 yang lalu, berkesempatan untuk solat jumaat di masjid UIA Gombak dengan kawan baik aku mike. Lama dah tak datang sini untuk solat jumaat. Dulu-dulu hari jumaat, tepat 12.30 tgh je terus pecut dari opis ke gombak.

UIA ni antara tempat istimewa bagi aku…sekitar tahun 1994, aku masuk UIA PJ lepas grad ITM. Aku masuk UIA satu semester before ke US..then dalam tahun 2004 sehingga tahun 2008 aku jadi part time lecturer untuk kulliyah ICT di UIA gombak. Tahun 2006 – 2007 pulak aku buat professional course (CiCA) di hashim al-harun law center…so aku pernah jadi student dua kali dan jadi part time lecturer di UIA…

Masjid UIA ni besar. Masa solat jumaat penuh di ruang solat bawah dan juga di wing kanan dan kiri di tingkat 1. Student wanita pun solat jumaat kat sini. Masa kat US wife aku pernah ikut solat jumaat sebab solat kat dewan besar universiti.

Kubah masjid UIA ni berwarna biru dengan lampu tergantung.

Keistimewaan khutbah jumaat di masjid ialah ia dibaca dalam dwi bahasa. Kalau khutbah pertama dalam bahasa inggeris, khutbah kedua dalam bahasa melayu. Kalau khutbah pertama dalam bahasa arab, khutbah kedua pula dalam bahasa inggeris.

Selepas solat jumaat kalau di masjid lain, para jemaah akan mula beredar dan sebilangan kecil akan solat sunat. Kat UIA, jemaah lambat beredar, seperti ada program lain menanti.

Ada yang akan berkumpul dan berbual, berbincang dan ada yang akan buat tazkirah. Kawan aku nizam pernah berkata, solat jumaat kat sini mengimbas nostalgia dia kat UK masa belajar dulu.

Inilah kelebihan masjid UIA. Seperti satu ayat Al-Quran lebih kurang bunyinya ALLAH jadikan pelbagai bangsa dan bahasa supaya kita saling kenal mengenali…

Kat luar masjid pun ada mini gathering di kalangan mereka. Lokasi masjid di tengah-tengah kampus benar-benar menjadikan fungsi masjid sebagai pusat ibadat dan keilmuan.

Inilah uniknya masjid UIA kerana  terletak di lokasi penting, tidak seperti masjid universiti lain bukan saja jauh malah terpencil seperti terpisah dengan dunia kampus maka ibadat dan ilmu dibatasi…aku sayang UIA….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: