Archive for October, 2012

Ayat Kursi 9 Wakaf (Surah Al-Baqarah 255)

Leave a comment »

Ayat Pelindung

Maksud “Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Salam.

First time aku hafal ayat ini pada tahun 2006. Ustaz Ramli, seorang anak murid Ustaz Harun Din yang ajarkan ayat ini bersama dengan ayat kursi 9 wakaf. Kegunaan ayat ini sangat perlu terutama bila hendak makan, memulakan perjalanan dan juga untuk mendapatkan isyarat pekerjaan kita ada halangan atau tidak.

Kegunaan: Baca 3x apabila hendak keluar rumah. Jika tersekat pada mana-mana bacaan 3x yang pertama, cuba baca 3x yang kedua,  baca 3x yang ketiga. Jika tersekat juga, dengan izin ALLAH batalkan rancangan anda. Begitu juga apabila hendak makan. Baca 3x tanpa tersekat bacaan. Jika terganggu ketika hendak makan/minum, (telefon berbunyi, tertumpah, dll)  adalah baik jika tidak diteruskan menjamu selera anda.  [Santau atau makanan tidak bersih]

Leave a comment »

Menjemput Rezeki

Salam.

Seorang sahabat meminjamkan buku “mudahnya menjemput rezeki” tulisan saudara fathuri salehuddin.

Bagi book review, saya buat slides dan email kat kawan-kawan yang rajin membaca…..

Menjemput rezeki lebih mudah daripada mencari rezeki…itulah kata penulis.

1) Utamakan solat di masjid kerana ALLAH yang memberi rezeki. Bila berdoa@minta di rumah ALLAH lebih afdal sebenarnya.

2) Amalkan solat tahajud 8 rakaat dan witir 3 rakaat pada sepertiga malam. Dalam sahih muslim riwayat abu hurairah r.a, ALLAH turun ke langit dunia pada sepertiga malam dan mengabulkan doa hambanya.

3) Amalkan solat dhuha. (25 minit selepas syuruk) Doanya “Ya ALLAH, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuha-mu, kecantikan itu kecantikan-mu, keindahan itu keindahan-mu, kekuatan itu kekuatan-mu, kekuasaan itu kekuasaan-mu dan perlindungan itu perlindungan-mu”  “Ya ALLAH jika rezekiku di atas langit turunkanlah, jika di bawah bumi keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan, dan kekuasaan-mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-mu yang soleh”

4) Amalkan zikir (1000 kali). Hari jumaat– Ya ALLAH, sabtu-Laa illaaha ilallaah, ahad-Yaa Hayyuu Yaa Qoyyuum, isnin-Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billahil Aliyil Azhim, Selasa-Shollallaahu Alaa Muhammad, Rabu-Astaghfirullahal Azhim, Khamis-Subhaanallahil Azhimi Wabihamdih.

5) Amalkan berdoa di waktu mustajab.Sebelum dan lepas solat, waktu turun hujan, bermusafir, waktu subuh, antara zohor-asar, asar-maghrib, bangun tidur, hendak masuk-keluar masjid, antara takbir raya dan solat raya, antara 2 khutbah, ziarah makam nabi muhammad s.a.w, doa khunut, urusan penting, majlis ilmu, jiwa resah, khatam 30 juzuz al-quran dan bersujud.

6) Doa kepada orang lain

7) Bersedekah. Sedekah menjauhkan bala

8) Membaca Al-Quran

9) Beramal dengan Asma ul Husna

10) Bersukur dengan apa yang ALLAH beri

11) Tekun berusaha

Tambahan: Cipta dan imbangi impian kita. Hubungi ibubapa setiap hari dan bertaubat

Comments (4) »

Masjid Sultan Alaeddin@Masjid Bandar Jugra

Salam.

Ada satu kejadian yang tidak baik berlaku kat opis. Aku hampir menjadi mangsa keadaan namun ALLAH melindungi hambanya ini. Sebagai tanda syukur, aku mengajak isteriku menemani aku ke Jugra. Setelah solat zohor, kami bertolak pada satu petang ahad. Rancangan awal hendak sampai dan solat asar berjemaah namun sampai je kat pekan langat azan asar dah berkumandang dan jarak ke sana dalam 15KM.

Setelah melalui beberapa kawasan kampung, lebih kurang pukul 5 petang sampailah ke masjid ini. Masjid Sultan Alaeddin juga dikenali sebagai Masjid Bandar terletak di Jugra Kuala Langat. Masjid ini dibina antara tahun 1903 hingga tahun 1906 oleh Sultan Ala’eddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke 5). Ia dibina berdasarkan ilham dari masjid kerajaan Deli medan sumatera utara.

Ada satu family tengah solat berjemaah, so rezeki dapat jugak solat berjemaah walaupun tidak bersama ahli kariah kampung bandar. Setelah selesai solat aku ambil masa untuk melihat ciri-ciri keunikan dalam masjid. Bermula dengan kubah dan ukiran kayu yang amat cantik.

Gambar kubah dapat disnap setelah banyak kali dicuba. Aku minta izin dalam hati agar gambar ini dapat disnap untuk aku mensyukuri kalimah ALLAH yang maha cantik ini.

Susah juga nak snap sebab cahaya matahari yang kuat. Mula-mula rasa macam nak datang lain kali je, tapi second thought snap jelah kalau nak ziarah, kita datang lagi.

Ketika berzikir, suasana amat tenang, rasa macam nak bermalam je kat sini sedangkan plan termasuk untuk ziarah makam sultan abdul samad di bukit jugra. On the way tadi istana bandar tidak dibuka, mungkin masih diselia dan baikpulih.

Setelah selesai urusan, aku ke belakang masjid. Cantiknya masjid ini walaupun dari sudut yang berbeza. Nak snap front middle center tak boleh sebab matahari petang opposite buat gambar gelap, coz aku bukannya pakai DSLR.

Dari sisi pula, tower yang bercirikan senibina mongul ini amat ketara beauty of them. Sinaran matahari petang membias warna kuning yang cantik. Masjid ini kelihatan baru walaupun sudah berusia 106 tahun pada tahun 2012.

Waktu berlari pantas. Nak ziarah makam sultan abdul samad, so kena gerak meninggalkan masjid yang cantik ini. InsyaALLAH jika diizinkan akan sampai lagi ke sini.

Leave a comment »