Masjid Sultan Alaeddin@Masjid Bandar Jugra

Salam.

Ada satu kejadian yang tidak baik berlaku kat opis. Aku hampir menjadi mangsa keadaan namun ALLAH melindungi hambanya ini. Sebagai tanda syukur, aku mengajak isteriku menemani aku ke Jugra. Setelah solat zohor, kami bertolak pada satu petang ahad. Rancangan awal hendak sampai dan solat asar berjemaah namun sampai je kat pekan langat azan asar dah berkumandang dan jarak ke sana dalam 15KM.

Setelah melalui beberapa kawasan kampung, lebih kurang pukul 5 petang sampailah ke masjid ini. Masjid Sultan Alaeddin juga dikenali sebagai Masjid Bandar terletak di Jugra Kuala Langat. Masjid ini dibina antara tahun 1903 hingga tahun 1906 oleh Sultan Ala’eddin Suleiman Shah ibni Raja Muda Musa (Sultan Selangor ke 5). Ia dibina berdasarkan ilham dari masjid kerajaan Deli medan sumatera utara.

Ada satu family tengah solat berjemaah, so rezeki dapat jugak solat berjemaah walaupun tidak bersama ahli kariah kampung bandar. Setelah selesai solat aku ambil masa untuk melihat ciri-ciri keunikan dalam masjid. Bermula dengan kubah dan ukiran kayu yang amat cantik.

Gambar kubah dapat disnap setelah banyak kali dicuba. Aku minta izin dalam hati agar gambar ini dapat disnap untuk aku mensyukuri kalimah ALLAH yang maha cantik ini.

Susah juga nak snap sebab cahaya matahari yang kuat. Mula-mula rasa macam nak datang lain kali je, tapi second thought snap jelah kalau nak ziarah, kita datang lagi.

Ketika berzikir, suasana amat tenang, rasa macam nak bermalam je kat sini sedangkan plan termasuk untuk ziarah makam sultan abdul samad di bukit jugra. On the way tadi istana bandar tidak dibuka, mungkin masih diselia dan baikpulih.

Setelah selesai urusan, aku ke belakang masjid. Cantiknya masjid ini walaupun dari sudut yang berbeza. Nak snap front middle center tak boleh sebab matahari petang opposite buat gambar gelap, coz aku bukannya pakai DSLR.

Dari sisi pula, tower yang bercirikan senibina mongul ini amat ketara beauty of them. Sinaran matahari petang membias warna kuning yang cantik. Masjid ini kelihatan baru walaupun sudah berusia 106 tahun pada tahun 2012.

Waktu berlari pantas. Nak ziarah makam sultan abdul samad, so kena gerak meninggalkan masjid yang cantik ini. InsyaALLAH jika diizinkan akan sampai lagi ke sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: