Archive for November, 2012

Mitos Gunung Reng…satu pengajaran silam untuk manusia

Salam..

Gunung Reng yang terletak di hutan melintang daerah jeli di negeri kelantan hanyalah sebuah bukit batu. Namun ia dipanggil gunung reng…

Kalau menggunakan jalanraya timur-barat dari jeli ke grik, ia berada di sebelah kanan, dan jika dari grik menghala ke jeli ia berada di sebelah kiri jalan…ada papan tanda untuk ke kawasan rekreasi gunung reng. Ia agak popular untuk musafir berhenti kerana ada sebuah masjid untuk musafir berhenti rehat, solat, mandi dan makan bekal yang dibawa…

Di kawasan rekreasi ada 2 kedai makan tetapi toilet tak ada air…di kaki gunung reng ada sebatang sungai untuk berkelah…terdapat sebuah gua yang dikatakan boleh diterokai untuk sampai ke puncak gunung reng…

Papan tanda menceritakan kisah yang berlaku di tapak gunung reng ini…ia mengisahkan

Dari sinilah bermulanya satu balasan tuhan secara cash kepada mereka yang zalim…

Kalau nak percaya pun tak apa kalau tak percaya pun tak ada masalah…yang penting pengajaran dari kejadian tersebut dijadikan sebagai ilmu sebagaimana kita harus belajar dari sejarah…

Mengikut kata seorang sedara bertitih daripada puteri saadong, kawasan ini boleh tahanlah dia punya unsur–unsur mistik…ALLAHuaklam bissawab….banyak yang dipelajari daripada Che Ku Aini mengenai ilmu yang tersurat dan tersirat…terima kasih di atas segala ilmu yang ditunjuk maupun diajar kepada saya…

 

Leave a comment »

Kedah Mengikut Catatan Silam

Salam.

Entri ini berdasarkan info kat muzium arkeologi lembah bujang. (kredit untuk gambar dan info sebagai rujukan anak-anak sekolah yang tidak berpeluang ke sini)

Mengikut catatan pelayar dan pedagang arab kurun ke 8 dan 9 masihi, lembah bujang dikenali sebagai kalah atau kalah-bar (negeri kalah). Pusat perdagangan yang terletak di utara semenanjung malaya dikatakan kaya dengan bijih timah. Akhbar as-sin wa’l hind mentafsir bar sebagai kerajaan atau pesisir pantai dan kalah-bar bermaksud kerajaan di pesisir pantai dan di bawah penguasaan al-zabaj atau srivijaya.

Ia disokong oleh tulisan abu dulaf misa’r dengan mengatakan kalah sebuah kerajaan yang mempunyai kebudayaan yang tinggi dan makmur serta disinggahi oleh pedagang. Sebagai kerajaan besar, ia dikelilingi tembok, terdapat taman bunga, sumber air bersih, pasar dan jumlah penduduk yang ramai.

Masyarakatnya pula menjadi tukang besi, makan haiwan tanpa sembelih dan mandi di sungai. Makanan utama adalah gandum dan sayur. Ia dijual dengan kiraan berat dan roti dalam kiraan jumlah. Mereka memakai firand (sutera) dan diimport dari china. Masyarakat yang hidup dengan sistem yang teratur dari segi keadilan, pesalah dan denda.

I-Tsing menceritakan satu pelayaran ahli ugama buddha, wu-hsing sebelum tahun 685 masihi ke india. Ia turut mencatat tentang lokasi Chieh-Ch’a serta hubungan srivijaya dan melayu.

“Mengikut angin timur, angin timur laut belayar dengan ching-hung dan sampai ke shih-li-fu….kemudian naik kapal raja dan belayar selama 15 hari ke melayu ‘chou’. Lagi 15 hari tiba di chieh’ch’a kedah. Pada akhir musim sejuk, kembali ke kapal lalu belayar ke arah barat”

I-Tsing memulakan pelayaran dalam tahun 671 masihi telah singgah di chieh-ch’a yang merupakan nama kedah tua dalam sebutan china dalam pelayaran ke nalanda, india dengan menumpang kapal raja. Setelah belajar selama 12 tahun, di universiti tersebut, dia kembali dan singgah di kedah dalam tahun 685 masihi sebelum pulang ke china. I-Tsing menyatakan kedah adalah pusat perdagangan dan pelabuhan teragung di rantau ini di bawah kerajaan srivijaya.

Chieh-ch’a merujuk kepada lembah bujang dan fakta ini disokong oleh P.Wheatley, 1991. Para sarjana percaya sumber india yang merujuk nama-nama tempat atau wilayah seperti kataha, kadaram, kidaram, dan kidara adalah lembah bujang.

R.C Majumdar berpendapat dinasti raja sailendra memerintah kataha atau kitara yang kemudiannya menguasai srivijaya. Ia terdapat dalam inskripsi keping besar leidin, raja sailendra disebut sebanyak 6 kali sebagai raja ‘kataha’.

Peta lama menunjukkan kepulauan india oleh willem lodewyckz.c (1596) dan semenanjung tanah melayu (kini malaysia) dikenali sebagai chersonese aurea dalam bahasa greek awal. Ia bermaksud semenanjung emas.

Lembah bujang sebagai tempat kajian arkeologi pengkaji sejarah proto semenanjung tanah melayu kerana kerajaan yang wujud dari abad ke 5 hingga 14 masihi banyak meninggalkan warisannya. Sehingga kini lebih 80 tapak warisan telah dijumpai di lembah bujang. Warisan tersebut dijumpai terkumpul di satu kawasan luas dan strategik. Kawasan tersebut yang boleh diklasifikasikan sebagai kompleks ialah:

1) sungai mas

2) bukit batu pahat

3) merbok

4) bukit pendiat

5) bukit choras

6) kompleks percandian pengkalan bujang

Leave a comment »

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Salam.

Kali kedua melawat muzium arkeologi lembah bujang selepas 14 tahun yang lalu. Kali ni bawa anak-anak yang dah mula belajar kajian tempatan dan sejarah..so musim cuti sekolah ni gunakan untuk active learning session, melihat dan merasai sejarah yang termasuk dalam silibus sekolah mereka..nasib baik saya suka sejarah, ibu mereka tak berapa suka…so dia tak ikutlah…

Macam biasalah muzium kat malaysia agak statik. Kita nak kena expain pulak…faris siap suruh baca walaupun dia dah boleh membaca…sebenarnya bila saya baca, sayacerita balik guna pelbagai cara secara active; sketsa, lawak, imaginasi, mistik dan penghayatan serta berfikir serta analisis fakta…Artifak dari arkeologi ni taklah menarik sangat bagi budak-budak sebab, serpihan pinggan, tembikar, manik, duit lama, senjata, lukisan dalam gua, dll…banyak batu-batu dan juga patung gangsa hindu. Cuma adalah bahagian peta-peta dan penerangan mengenai perdagangan zaman dulu di lembah bujang…

Ini adalah artifak yang mempunyai ukiran piramid dan bunga..mengikut catatan di muzium: batu lintel ini diukir dengan motif bunga teratai dan piramid, sebagai lambang gunung meru. Motif hindu ini digunakan secara meluas pada zaman kerajaan chola. Ia dipercayai dibawa ke lembah bujang dari india oleh pedagang dan pengembang agama hindu. Patung gangsa hindu saya tak snap dan explain sebab tak mau ada unsur-unsur tarikan mistik…try to avoid those things..

Tak sampai sejam dah boleh keluar muzium. Masa nak masuk ke muzium dah boleh tengok serpihan dan rangka perahu-perahu lama yang dijumpai di sekitar lembah bujang terutama di tebing sungai seperti pengkalan merbok dan sungai mas…atau sepanjang laluan sungai…

Bahagian anak sungai batu pahat ni memang budak-budak suka, siap boleh mandi lagi. so kasi can lah untuk mandi di anak sungai di kaki gunung jerai ni…yang dipagar dengan rantai tu adalah kesan batu-batu yang telah dipahat dari sungai ini untuk dibuat candi…still boleh lihat kesan-kesan batu dipotong di beberapa kawasan di sungai ni….

Bahagian terakhir ialah mendaki ke atas bukit untuk melihat tinggalan candi batu pahat dan juga candi-candi dari tempat lain yang dipindahkan ke sini…

Masa nak datang ke sini ada cerita kartun jumbo gajah biru kat tv. Cerita yang pernah kami tengok 2-3 tahun lepas kat pawagam..opening cerita adalah view seekor burung yang terbang dari atas sebuah kota kerajaan siam ayudhya…so boleh imagine kedudukan candi-candi dalam sesebuah kota purba…kat kawasan ni memang auranya berlainan sebab suatu ketika dulu tempat ini mesti sebuah tempat suci orang-orang alim hindu bertapa. Kawasan ini agak tinggi dan udaranya nyaman.

Kawasan negara kita pula pada waktu itu adalah di bawah pengaruh kerajaan hindu dari india seperti kerajaan raja chola…bukti artifak batu lintel adalah bukti nyata mereka pernah ke sini..

Pada tahun 632 masihi barulah nabi muhammad s.a.w mendapat wahyu terakhir tanda lengkapnya agama islam…bermula saat inilah para sahabat mula berdakwah dan meninggalkan mekah dan madinah ke serata dunia untuk berdakwah…serta menyebarkan islam..

On the way tadi ada signboard makam sultan muzafar, sultan kedah pertama menganut islam, tapi tak sempat nak visit…next time insyaALLAH. So tanya pada kak long apin, bila sultan kedah masuk islam, rakyat mesti masuk islam so agak-agak alim ulama hindu masuk islam tak ? kak long punya jawapan, mereka tak masuk islam tapi dengan sendirinya berpindah ke tanah sumatera atau jawa, tak pun pulang ke india…harus diingat kat pulau jawa ada brobudur dan di cambodia ada angkor wat…jadi alasan logik, candi-candi tadi terbiar atau dimusnahkan apabila ia tidak lagi relevan kepada masyarakat kedah…teori ini juga dipakai terhadap brobudur setelah islam sampai ke tanah jawa, ia menjadi tidak relevan kerana orang pulau jawa memeluk islam…(macam dalam cerita puteri gunung ledang, apabila kerajaan islam demak menyerang kerajaan hindu majapahit setelah usaha dakwah gagal untuk mengislamkan raja dan rakyat majapahit…maka jihad berlaku di tanah jawa…last-last semua tok sami hindu lari ke pulau bali…maka kekallah pulau bali seperti hari ini..

Tinggalan candi dan artifak pengaruh zaman kerajaan hindu chola hanya sebagai bukti untuk timelime sejarah dan evolusi kawasan nusantara…apa yang penting, bersyukurlah kita kerana nenek moyang kita telah dibuka pintu hati dan menerima hidayah untuk memeluk islam…bila kita lahir kita sudah islam…andaikata ia tidak terjadi cuba kita fikir, siapa kita sekarang ni, hindu, buddha atau kristian…nauzubillah min zaliq…tetapkan iman kami dan kekalkan kami dan zuriat kami sebagai penganut islam ya ALLAH…

Comments (1) »

Sultan Muhammad Al-Fateh

Salam.

Novel tentang pahlawan islam yang agung iaitu sultan muhammad al-fateh yang berjaya menakluk konstantinopel, ibukota empayar rom timur atau byzantin pada 29 mei 1453 ketika baginda berumur 21 tahun.

Novel terbitan PTS berharga RM15, setebal 335 saya habis baca dalam masa 8 jam…(2 hari)..

“Kota konstantinopel akan jatuh ke tangan islam. Pemimpinnya ialah seorang ketua yang sebaik-baik, tentera yang sebaik-baik dan rakyat yang sebaik-baik” daripada sebuah hadis oleh rasulullah s.a.w..

Kerana hadis ini, saidina ali (34hijrah), muawiyah (84hijrah), sultan sulaiman abdul malik (91hijrah), khalifah harun al-rashid (165hijrah), sultan beyazid, datuk sultan muhammad al-fateh dan sultan murad, bapa sultan muhammad al-fateh (825hijrah) telah gagal menawan kota tersebut….selepas 800 tahun barulah hadis itu menjadi kenyataan iaitu pada 20 jamadil awal 857 hijrah…

Sejarah kota konstantinopel

Maharaja konstantine memindahkan ibukota dari rom ke konstantinopel dalam tahun 330 masihi. Pada tahun 1054 masihi, kerajaan rom terbahagi dua kerana masalah mazhab kristian. Kerajaan bermazhab kristian ortodoks di konstantinopel dan kristian roman katolik di rom.

Nabi Muhammad s.a.w pernah mengutus surat kepada maharaja rom untuk memeluk islam tetapi surat itu dikoyak oleh maharaja tersebut. Nabi Muhammad lalu bersabda “Kota konstantinopel akan jatuh ke tangan islam. Pemimpinnya ialah seorang ketua yang sebaik-baik, tentera yang sebaik-baik dan rakyat yang sebaik-baik”..

Perihal sultan muhammad al-fateh (1432-1481masihi)

1) Ketika dilahirkan, bapanya sedang membaca surau al-fath, surah pembukaan kota mekah..

2) Mula menghafal surah pada usia 5 tahun setelah dirotan oleh syeikh al-kurani setelah beberapa gurunya gagal mengajar kerana suka bermain.

3) Guru agamanya adalah syeikh bayram dan guru ketenteraan pula panglima tharhan, ketua panglima tentera turki dan juga adik bapanya. (pakcik)

4) Sahabat dan pakar rujuk adalah syeikh syamsudin al-wali, anak murid syeikh bayram.

5) Musuh yang menjadi sahabat dan panglima tentera laut adalah zaqhanus. Bekas ketua paderi besar rom berasal dari albania. Memeluk islam kerana insaf dengan keajaiban hadis nabi yang bermaksud para ulama islam adalah setaraf nabi-nabi bani israel.

6) Perdana menteri bernama khalil pasya, sering menasihati baginda untuk berdamai dengan rom tetapi ditentang oleh sahabat-sahabat seperti panglima tharhan dan zaqhanus. Ia turut disokong oleh syeikh syamsudin dan syeikh al-kurani.

7) Menggunakan taktikal rasulullah s.a.w ketika berperang.

8) Sejak baligh tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu, solat runat rawatib dan solat tahajud..

9) Mangkat pada usia 49 tahun setelah diracun oleh yahudi yang bernama maesto jakopa. Maesto jakopa memeluk islam dan menukar nama kepada yakop pasya, seorang doktor peribadi baginda. Moral, jangan percaya kepada yahudi..

10) Nama konstantinopel ditukar kepada islambol bermaksud islam keseluruhan tetapi ditukar kepada istanbul oleh kamal ataturk.

11) Menukar status aya sophia daripada gereja kepada masjid.

Ya ALLAH, kurniakanlah pemimpin seperti baginda sultan muhammad al-fateh, agar umat islam terbela, agama islam dimuliakan dan negara islam dapat disatukan di bawah khalifah islam..ameen.

Leave a comment »

Rahsia “Kyoumi No Chikara”

Salam.

Buku tulisan ahmad fauzan othman diberi oleh beliau sendiri kepada jabatan kami untuk dijadikan bacaan sebelum engage training program kendalian beliau…Buku setebal 93 mukasurat separuh hari boleh khatam…kat opis ni saya je yang dah khatam, yang lain-lain cam berat je nak selak buku ni…ki ki ki

Actually, buku ni adalah experience dia sendiri berdasarkan “Kyoumi No Chikara” dalam bahasa jepun adalah “kuasa minat”. Konsep ini adalah daripada Keiichi Nakami, seorang usahawan jepun..jepun train otak budak-budak melalui cerita komik astroboy 1952. 10 tahun kemudian diadaptasi ke animasi di TV. Pada tahun 1971 tertubuhnya persatuan robot industri jepun dipelopori oleh budak-budak jepun bila depa dewasa..Kini jepun adalah peneraju robotik dunia.

Apa yang disentuh dalam buku ini melalui bab pendek ialah :

1) mengenai surah al-asr 1-3 demi masa…, beriman & beramal soleh dan kebenaran & kesabaran..

2) tak ada barang yang kekal baik, tiba masa mesti rosak, lebih-lebih lagi kalau guna tanpa rehat..

3) jika anda mahukan perubahan, lihat cermin dan buatlah perubahan itu.

4) ilmu satu sen – Apa nak, dapat! “Boleh jadi apa yang kamu benci padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi apa yang kamu suka padahal ia buruk bagi kamu”

5) persepsi membentuk penilaian tetapi kita tidak boleh terus menilai sesuatu itu selagi kita belum cuba untuk mengenalinya terlebih dahulu…

6) menulis untuk merakam maklumat dan idea, catat untuk rujukan.

7) minda untuk berfikir bukan sebagai gudang maklumat

8) matlamat seumpama ambil gambar: fokus, set timer, tripod (apa yang kita nak snap) kejayaan adalah gambar yang kita mahukan…

9) informasi yang terkumpul menjadi ilmu pengetahuan, ilmu yang dipraktikkan menjadi kemahiran..

10) tabiat bila perbuatan diulangi dengan kekerapan yang cukup

11) membaca adalah cari ilmu daripada pengalaman orang lain..

12) melakukan kesilapan adalah perbuatan cari ilmu daripada pengalaman sendiri

13) membaca adalah lihat, dengar dan fikir

14) idea tanpa tindakan tidak akan membuah hasil

15) tindakan tanpa perancangan akan hasilkan kekalutan & pembaziran..

16) beza orang berjaya atau tidak adalah minda dan emosi yang menentukan penggunaan masa; guna MINDA, Urus MASA, kawal EMOSI

17) jati diri = siapa kita yang sebenarnya…

18) diri kita dinilai melalui: kepercayaan, perlakuan dan percakapan…untuk memperbaiki diri kita perlu SEDAR, apa yang kita PERCAYA, apa yang kita LAKUKAN dan apa yang kita UCAPKAN..

19) kesedaran jati diri = sentiasa nilaisemula dan jadikannya lebih baik dari sebelum

20) tiada matlamat = tiada usaha untuk berubah….

Leave a comment »

Sumber-sumber Ilmu Mengikut Al-Quran

Salam.

Kesempatan melawat sambutan 100 tahun MAIK minggu lepas di istana negeri kubang kerian rupanya memberi nilai ilmu yang amat tinggi..kalau baca buku sejarah, istana merupakan tempat majlis ilmu berlangsung, malah sultan-sultan melaka menjemput alim ulama datang mengajar di istana..rezeki ALLAH buat saya, ilmu ini saya dapat di istana kelantan..

Bila saya share dengan isteri, dia excited dan terus search dan buat slides..masa kat dalam pameran tu saya ambil notes sebab tak boleh capture apa-apa bahan pameran…so…

Sumber ilmu bagi umat islam adalah al-quran. Al-quran diturunkan sebagai pelengkap agama islam daripada ALLAH s.w.t kepada rasul terakhirnya nabi muhammad s.a.w dengan perantaraan malaikat jibril.. Ia adalah mukjizat, membuktikan kerasulan nabi muhammad s.a.w dan bukti ALLAH s.w.t wujud..itulah jawapan mudah apa bukti adanya tuhan bernama ALLAH  ?

Al-quran ada 30 juzuz, 114 surah dan 6666 ayat. Diturunkan di mekah dan madinah selama 23 tahun, bermula kira-kira pada tahun 610M sehingga 632M. Nabi muhammad s.a.w lahir pada tahun gajah lebih kurang pada tahun 571M, menjadi rasul pada umur 40 tahun iaitu pada tahun 610M, tahun turunnya al-quran. Baginda menyebarkan islam selama 23 tahun, dan wafat pada usia 63 tahun lebih kurang pada tahun 632M. Harus diingat sistem kalendar hijrah tidak sama dengan kalendar masihi..so tahun masihi boleh default -1 atau + 1 tahun.

Sumber-sumber ilmu mengikut al-quran yang sempat saya catit dan isteri saya compile seperti berikut:

1) Baca

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) – Al Alaq ayat 1

2) Lihat

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? – Al Mulk ayat 3

3) Perhati

Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.  – Al-Annam ayat 99

4) Sejarah

Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa. – Al Baqarah ayat 66

5) Mengembara

Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. – Al Ankabut ayat 20

Leave a comment »

Sambutan 100 Tahun MAIK@Istana Negeri Kubang Kerian

Salam.

Majlis agama islam kelantan (MAIK) menyambut ulang tahun ke 100 penubuhannya bermula 1 november hingga 6 disember 2012. Pelbagai acara diatur dan sultan muhammad v telah berkenan agar ia diadakan di istana negeri kubang kerian…last masuk ke sini masa sekolah rendah dulu (1984-1985) untuk majlis taman semasa majlis ulang tahun keputeraan tuanku sultan ismail. Kami kena perform dendangan alat muzik. Saya dengan dr ramiza ramza ramli (usm) main harmonica…masa tu tg fa-iz (tg mahkota) dan tg fakhry (tg temenggong) pun dalam pasukan srk sultan ismail 1, cikgu muzik ialah cikgu mohd ali kutty…masa tu tg faris (sultan muhammad v) sambung pengajian menengah di singapura sebelum ke UK…Untungnya sebab sempat bersekolah dengan ketiga-tiga putera diraja kelantan tersebut..Mereka sangat baik, tidak sombong dan down to earth…kawan saya wan azmani, anak ketua pengiring istana pun sekelas dengan saya…wan azmani datang ke sekolah naik kereta diraja bersama putera-putera diraja kelantan…

Anak-anak saya teruja bila saya nak bawa melawat istana. Kami masuk ikut pintu utama dan melawat khemah pameran sebelum ke dewan jubli perak istana untuk pameran pasal perkembangan islam.

Banyak artifak, senjata lama, naskah al-quran lama, replika pedang nabi, replika pedang khulafa ar-rashidin, dan juga model rumah nabi..dan tiada sebarang rakaman dibenarkan semasa berada di ruang istana…dapat lihat pun dah kira syukur…

Kat sini saya dapat satu ilmu yang amat bernilai iaitu sumber-sumber ilmu mengikut al-quran…saya akan buat entri sebab isteri saya dah emailkan slides yang dibuat…terima kasih sebab dia kena search quran online untuk dapatkan terjemahan ayat-ayat tentang sumber-sumber ilmu mengikut al-quran..

Patik dengan penuh hormat dan takzim merafakkan sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku, berkenan mengizinkan patik hamba-hamba rakyat menziarahi istana negeri tuanku Kelatan Darul Naim. Ampun Tuanku.

Leave a comment »