Masjid Ar-Rahman@Masjid Lama Mulong

Salam.

Secara tak sengaja terjumpa blog pasal pemulihan bangunan lama oleh jabatan warisan negara. Terkejut sebab ia melibatkan satu masjid lama di KB dan kita tak pernah tahu sehinggalah tahun 2011..masa balik kb pun selalu terlupa nak ziarah, antara sebab jarang ikut jalan kb-kuala krai…

So, masa balik hari tu ikut jalan kubang krian then cross ke mulong then masuk balik ke jalan pasir putih ikut melor selepas ziarah…malas nak ikut gua musang…so sempatlah singgah…itu pun tanya adik yang mengajar di SMK Mulong….boleh confuse kedai mulong ni kat mana….confuse dengan pendek..

Uniknya masjid ini ialah dulunya balairong seri di istana  tuan zainal abidin (raja dewa 1897-1945). Struktur asal dibina dalam tahun 1900-an semasa zaman sultan muhammmad iv. Kedudukan asal adalah berdekatan istana balai besar dekat masjid muhammadi kb. Setelah tidak digunakan dalam tahun 1950-an, pihak istana hendak merobohkan untuk extend istana.

Ada di kalangan pekerja istana yang berasal dari kedai mulong telah bermuafakat untuk membeli bangunan tersebut untuk dijadikan masjid kerana pada ketika itu di kawasan mulong tiada masjid. Walaupun bangunan itu usang kerana tidak digunakan sejak perang dunia kedua, ia mempunyai ukiran yang cantik serta tidak menggunakan paku. Teknologi tanggam dan pasak digunakan untuk bangunan ini.

Setelah pihak istana bersetuju menjual dengan harga RM1000, penduduk mengutip derma untuk membawa balik bangunan tersebut yang dipotong dua menggunakan lori. jarak ke mulong dari kb adalah 11km. Ia dibina semula di atas tanah wakaf haji abdul rahman secara gotong royong dan siap pada tahun 1958, boleh memuatkan 100 jemaah.

Syukur dapat solat dhuha di masjid ini semasa ziarah. Kat notis board ada info pasal kalau nak derma untuk masjid ini tapi terlupa nak ambil info serta bank account…so, kalau tuan-tuan ada singgah boleh ambil info untuk derma kepada masjid ini…

Saya masuk ikut pintu ni sebab pintu depan berkunci…terima kasih kepada mereka yang telah terlibat daripada waktu menyelamatkan bangunan ini daripada diroboh pada tahun 1950-an dan juga mereka yang bertungkus lumus memelihara bangunan ini dari terbiar dan musnah. Atleast, dapat juga ia kekal sebagai warisan untuk tatapan generasi masa depan tentang seni pertukangan zaman dulu serta feel tentang istana zaman silam….

Masa pun tak mengizinkan untuk berada lama, dapat solat dan snap…kena beransur untuk ke KL, kena cross ke melor untuk ke pasir putih then trengganu…

1 Response so far »

  1. 1

    anggun said,

    cantik..In sha Allah jika ada kelapangan akan kami singgah..


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: