Hulu Kekabu Setiu

Salam.

Gambar kat atas tu adalah pintu gerbang sempadan dari kelantan darul naim nak masuk ke negeri trengganu darul iman…”selamat datang ke negeri trengganu” , “terima kasih dan datang lagi ke kelantan”

Masa kecik-kecik dulu,kalau balik kampung ada 3 tempat. Pertama rumah moyang kami di kg pulau panjang, jalan kuala besar kb…tempat saya dilahirkan…sekarang rumah moyang sudah tiada lagi..panjang ceritanya..

Kampung kedua ialah kg semerak, cherang ruku pasir putih…jalan ke pantai dalam rhu…ini pula rumah nenek, ibu kepada arwah ayah saya. Rumah pusaka inipun sudah tiada….pun panjang ceritanya…saya tak sempat jumpa datuk sebelah ayah saya sebab dia meninggal dunia di jeddah semasa hendak menunaikan haji dalam tahun 1972…saya belum lahir lagi…tapi mak saya kata saya kat dalam perut masa mak dan ayah saya hantar mereka ke pulau pinang untuk naik kapal haji…(so saya kena visit masjid lebuh aceh pulau pinang, tempat jemaah haji dulu-dulu singgah untuk ke mekah)

Kampung ketiga ialah hulu kekabu, kg guntung setiu trengganu…rumah datuk saya dengan nenek tiri saya sebab dia bercerai dengan nenek saya dalam tahun 1953 (masa tu arwah ayahcik saya dalam perut nenek saya)…asal datuk saya adalah dari pasir mas, kelantan…seorang imam, peneroka dan seorang yang gifted…

Dia sangat sayang pada saya, bukan saya yang cakap tapi orang lain yang cakap…masa saya form 5 (1990) dia meninggal…antara peristiwa yang buat saya sedih sebab saya plan untuk spend dengan dia selepas SPM untuk belajar pelbagai ilmu yang tidak diajar di mana-mana IPT…

Selepas tahun 1991, saya tak pijak tanah di hulu kekabu sehinggalah pada syawal tahun lepas saya ziarah pusara tok ayah saya di pancor merah…betul-betul selepas 20 tahun….

Sejak ziarah itulah saya rasa, saya telah mendapat kunci ilmu yang saya pohon selama ini…apa yang saya dapat biarlah ia menjadi rahsia saya…kerana ia adalah janji saya kepada seseorang…bukan kunci peti harta…maksud saya, saya dipermudahkan untuk belajar dan menghayati ilmu…al-quran dan hadis…kerana itulah saya mula menziarahi rumah ALLAH iaitu masjid-masjid di tanahair yang saya anggap sebagai kunci segala ilmu…ada majlis ilmu di masjid, kita boleh bersedekah dan beramal jariah serta di dalam masjid itu penuh dengan barakah…

Ini pula adalah surau arwah tok ayah saya. Nampak macam rumah kecil yang sebenarnya adalah surau atau kami panggil balasoh…dulu ada beduk, saya selalu main beduk..surau ini istimewa, tempat tok ayah mengajar agama dan penduduk berdekatan datang untuk solat berjemaah..Saya dan ayah saya pernah tidur di surau ni semasa majlis perkahwinan makcik zan dengan pakcik lias sekitar tahun 1980-an dulu…mat zaki dan meer, sepupu saya pun join tidur kat sini…

Surau ini pernah terbiar dan dijadikan stor sehinggalah ditegur oleh ‘seseorang’ supaya membersihkannya…apa lagi kene clear dan bersihkan tempat ni…masa saya visit last year surau dah ok…

Masa nak balik Kl hari tu saya singgah sekejap untuk kali kedua selepas 20 tahun…jalan dah cantik, rumah-rumah dah banyak….dan melalui sebatang anak sungai yang jernih tapi tak sempat nak snap…next time…

Nasib tak baik nenek dan makcik saya (mok ma) tiada di rumah…Kat belakang surau adalah rumah makcik saya juga, moktie dan ayah lan, pun tak de kat rumah…pakcik din dan pakcik sabri masing-masing tinggal di chalok dan permaisuri.

Saya sempat solat hajat dan berzikir sebelum beransur…Faris dan isteri saya suka tengok pokok-pokok buahan di sekeliling surau…kecik-kecik dulu, bila time durian…meriah orang datang cari durian..mana pokok durian bangkok kesayangan tok ayah saya ? …kali ni tak sempat ke air terjun…my baby girls kalau singgah jenuh nak balik kl….sebab ada yang dok tanya kalau-kalau saya tergerak nak ke situ…saya dan adik saya bon ada kisah menarik ketika berbasikal ke air terjun hulu kekabu…bon mesti ingat sampai bila-bila peristiwa tu…dan bila tengok mat ariff, saling tak tumpah macam bon masa kecik…reminds me of those cool old days…

Inilah rumah tok ayah saya…sebenarnya tok ayah saya pernah berkahwin lebih dari 4 kali…jadi saya ada ramai pakcik dan makcik serata malaya….sepupu jangan ceritalah…mungkin saya kena buat satu entri…dulu-dulu saya pernah buat family chart….penuh kertas A3…punya lah ramai masa tu…kalau compile balik sekarang…mak aiiii tak cukup kertas….semua dah beranak-pinak….macam nak kena visit maksu che bidah bila on the way ke pulau besar…dan singgah juga di masjid kg hulu jumpa pakcik abbas….masyaallah sebenarnya saya ada access ke dua-dua tempat tersebut, secara sedar atau tidak…ia mempermudahkan urusan tersebut dengan izin ALLAH..

8 Responses so far »

  1. 1

    nik said,

    Salam, awak ada sebut “rumah moyang kami di kg pulau panjang, jalan kuala besar kb…tempat saya dilahirkan…sekarang rumah moyang sudah tiada lagi..panjang ceritanya..” Boleh tak bagi tahu nama moyang awak tu.

  2. 2

    nik said,

    Salam, maaf menganggu, awak ada sebut “rumah moyang kami di kg pulau panjang, jalan kuala besar kb…tempat saya dilahirkan…sekarang rumah moyang sudah tiada lagi..panjang ceritanya..” Boleh tak bagi tahu siapa moyang awak tu. Untuk pengetahuan saya pun berasal dari kampung pulau panjang tapi dah 25 tahun merantau.

    • 3

      mikemohd said,

      Salam.

      Dari penambang, kedai buloh, pulau pisang, pulau panjang dan kat seberang sungai kelantan; palekbang dan sungai pinang kebanyakannya adalah saudara-mara. Moyang kami arwah zainab berkahwin dengan arwah embong (sungai pinang). Wassalam.

  3. 5

    cahaya zahir said,

    salam..walaupun kte tak kenal,,tapi rumah nenek awak 2 is my neighbour..huu..


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: