Kedah Mengikut Catatan Silam

Salam.

Entri ini berdasarkan info kat muzium arkeologi lembah bujang. (kredit untuk gambar dan info sebagai rujukan anak-anak sekolah yang tidak berpeluang ke sini)

Mengikut catatan pelayar dan pedagang arab kurun ke 8 dan 9 masihi, lembah bujang dikenali sebagai kalah atau kalah-bar (negeri kalah). Pusat perdagangan yang terletak di utara semenanjung malaya dikatakan kaya dengan bijih timah. Akhbar as-sin wa’l hind mentafsir bar sebagai kerajaan atau pesisir pantai dan kalah-bar bermaksud kerajaan di pesisir pantai dan di bawah penguasaan al-zabaj atau srivijaya.

Ia disokong oleh tulisan abu dulaf misa’r dengan mengatakan kalah sebuah kerajaan yang mempunyai kebudayaan yang tinggi dan makmur serta disinggahi oleh pedagang. Sebagai kerajaan besar, ia dikelilingi tembok, terdapat taman bunga, sumber air bersih, pasar dan jumlah penduduk yang ramai.

Masyarakatnya pula menjadi tukang besi, makan haiwan tanpa sembelih dan mandi di sungai. Makanan utama adalah gandum dan sayur. Ia dijual dengan kiraan berat dan roti dalam kiraan jumlah. Mereka memakai firand (sutera) dan diimport dari china. Masyarakat yang hidup dengan sistem yang teratur dari segi keadilan, pesalah dan denda.

I-Tsing menceritakan satu pelayaran ahli ugama buddha, wu-hsing sebelum tahun 685 masihi ke india. Ia turut mencatat tentang lokasi Chieh-Ch’a serta hubungan srivijaya dan melayu.

“Mengikut angin timur, angin timur laut belayar dengan ching-hung dan sampai ke shih-li-fu….kemudian naik kapal raja dan belayar selama 15 hari ke melayu ‘chou’. Lagi 15 hari tiba di chieh’ch’a kedah. Pada akhir musim sejuk, kembali ke kapal lalu belayar ke arah barat”

I-Tsing memulakan pelayaran dalam tahun 671 masihi telah singgah di chieh-ch’a yang merupakan nama kedah tua dalam sebutan china dalam pelayaran ke nalanda, india dengan menumpang kapal raja. Setelah belajar selama 12 tahun, di universiti tersebut, dia kembali dan singgah di kedah dalam tahun 685 masihi sebelum pulang ke china. I-Tsing menyatakan kedah adalah pusat perdagangan dan pelabuhan teragung di rantau ini di bawah kerajaan srivijaya.

Chieh-ch’a merujuk kepada lembah bujang dan fakta ini disokong oleh P.Wheatley, 1991. Para sarjana percaya sumber india yang merujuk nama-nama tempat atau wilayah seperti kataha, kadaram, kidaram, dan kidara adalah lembah bujang.

R.C Majumdar berpendapat dinasti raja sailendra memerintah kataha atau kitara yang kemudiannya menguasai srivijaya. Ia terdapat dalam inskripsi keping besar leidin, raja sailendra disebut sebanyak 6 kali sebagai raja ‘kataha’.

Peta lama menunjukkan kepulauan india oleh willem lodewyckz.c (1596) dan semenanjung tanah melayu (kini malaysia) dikenali sebagai chersonese aurea dalam bahasa greek awal. Ia bermaksud semenanjung emas.

Lembah bujang sebagai tempat kajian arkeologi pengkaji sejarah proto semenanjung tanah melayu kerana kerajaan yang wujud dari abad ke 5 hingga 14 masihi banyak meninggalkan warisannya. Sehingga kini lebih 80 tapak warisan telah dijumpai di lembah bujang. Warisan tersebut dijumpai terkumpul di satu kawasan luas dan strategik. Kawasan tersebut yang boleh diklasifikasikan sebagai kompleks ialah:

1) sungai mas

2) bukit batu pahat

3) merbok

4) bukit pendiat

5) bukit choras

6) kompleks percandian pengkalan bujang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: