Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Salam.

Kali kedua melawat muzium arkeologi lembah bujang selepas 14 tahun yang lalu. Kali ni bawa anak-anak yang dah mula belajar kajian tempatan dan sejarah..so musim cuti sekolah ni gunakan untuk active learning session, melihat dan merasai sejarah yang termasuk dalam silibus sekolah mereka..nasib baik saya suka sejarah, ibu mereka tak berapa suka…so dia tak ikutlah…

Macam biasalah muzium kat malaysia agak statik. Kita nak kena expain pulak…faris siap suruh baca walaupun dia dah boleh membaca…sebenarnya bila saya baca, sayacerita balik guna pelbagai cara secara active; sketsa, lawak, imaginasi, mistik dan penghayatan serta berfikir serta analisis fakta…Artifak dari arkeologi ni taklah menarik sangat bagi budak-budak sebab, serpihan pinggan, tembikar, manik, duit lama, senjata, lukisan dalam gua, dll…banyak batu-batu dan juga patung gangsa hindu. Cuma adalah bahagian peta-peta dan penerangan mengenai perdagangan zaman dulu di lembah bujang…

Ini adalah artifak yang mempunyai ukiran piramid dan bunga..mengikut catatan di muzium: batu lintel ini diukir dengan motif bunga teratai dan piramid, sebagai lambang gunung meru. Motif hindu ini digunakan secara meluas pada zaman kerajaan chola. Ia dipercayai dibawa ke lembah bujang dari india oleh pedagang dan pengembang agama hindu. Patung gangsa hindu saya tak snap dan explain sebab tak mau ada unsur-unsur tarikan mistik…try to avoid those things..

Tak sampai sejam dah boleh keluar muzium. Masa nak masuk ke muzium dah boleh tengok serpihan dan rangka perahu-perahu lama yang dijumpai di sekitar lembah bujang terutama di tebing sungai seperti pengkalan merbok dan sungai mas…atau sepanjang laluan sungai…

Bahagian anak sungai batu pahat ni memang budak-budak suka, siap boleh mandi lagi. so kasi can lah untuk mandi di anak sungai di kaki gunung jerai ni…yang dipagar dengan rantai tu adalah kesan batu-batu yang telah dipahat dari sungai ini untuk dibuat candi…still boleh lihat kesan-kesan batu dipotong di beberapa kawasan di sungai ni….

Bahagian terakhir ialah mendaki ke atas bukit untuk melihat tinggalan candi batu pahat dan juga candi-candi dari tempat lain yang dipindahkan ke sini…

Masa nak datang ke sini ada cerita kartun jumbo gajah biru kat tv. Cerita yang pernah kami tengok 2-3 tahun lepas kat pawagam..opening cerita adalah view seekor burung yang terbang dari atas sebuah kota kerajaan siam ayudhya…so boleh imagine kedudukan candi-candi dalam sesebuah kota purba…kat kawasan ni memang auranya berlainan sebab suatu ketika dulu tempat ini mesti sebuah tempat suci orang-orang alim hindu bertapa. Kawasan ini agak tinggi dan udaranya nyaman.

Kawasan negara kita pula pada waktu itu adalah di bawah pengaruh kerajaan hindu dari india seperti kerajaan raja chola…bukti artifak batu lintel adalah bukti nyata mereka pernah ke sini..

Pada tahun 632 masihi barulah nabi muhammad s.a.w mendapat wahyu terakhir tanda lengkapnya agama islam…bermula saat inilah para sahabat mula berdakwah dan meninggalkan mekah dan madinah ke serata dunia untuk berdakwah…serta menyebarkan islam..

On the way tadi ada signboard makam sultan muzafar, sultan kedah pertama menganut islam, tapi tak sempat nak visit…next time insyaALLAH. So tanya pada kak long apin, bila sultan kedah masuk islam, rakyat mesti masuk islam so agak-agak alim ulama hindu masuk islam tak ? kak long punya jawapan, mereka tak masuk islam tapi dengan sendirinya berpindah ke tanah sumatera atau jawa, tak pun pulang ke india…harus diingat kat pulau jawa ada brobudur dan di cambodia ada angkor wat…jadi alasan logik, candi-candi tadi terbiar atau dimusnahkan apabila ia tidak lagi relevan kepada masyarakat kedah…teori ini juga dipakai terhadap brobudur setelah islam sampai ke tanah jawa, ia menjadi tidak relevan kerana orang pulau jawa memeluk islam…(macam dalam cerita puteri gunung ledang, apabila kerajaan islam demak menyerang kerajaan hindu majapahit setelah usaha dakwah gagal untuk mengislamkan raja dan rakyat majapahit…maka jihad berlaku di tanah jawa…last-last semua tok sami hindu lari ke pulau bali…maka kekallah pulau bali seperti hari ini..

Tinggalan candi dan artifak pengaruh zaman kerajaan hindu chola hanya sebagai bukti untuk timelime sejarah dan evolusi kawasan nusantara…apa yang penting, bersyukurlah kita kerana nenek moyang kita telah dibuka pintu hati dan menerima hidayah untuk memeluk islam…bila kita lahir kita sudah islam…andaikata ia tidak terjadi cuba kita fikir, siapa kita sekarang ni, hindu, buddha atau kristian…nauzubillah min zaliq…tetapkan iman kami dan kekalkan kami dan zuriat kami sebagai penganut islam ya ALLAH…

1 Response so far »

  1. 1

    Yusof said,

    Kisah sebenar yg disahkan sendiri oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah yg sekarang bertahta sebagai DYMM Agong Malaysia..

    Asal Kerajaan Kalaha adalah kerajaan Hindu yang diketuai oleh Phra Ong Maha Wang Ser. Setelah peristiwa pengislaman yg dilakukan oleh utusan Syeikh Muhyidin Abdul Qadir Jilani yg bernama Syeikh Abdullah al-Qumari bersama 11 org sahabatnya maka ketua itu diberi nama Raja Muzaffar Shah 1.

    Kemudian setahun selepas itu selepas semua rakyatnya diIslamkan secara massal maka jatuhlah kerajaan kuffar secara mutlak dan bertukar kerajaan tersebut menjadi kerajaan Islam yg pertama di rantau ini dengan nama Negeri Kedah Darul Aman sempena nama yg diberi oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairi berdasar pemberian gelas bekas minuman arak oleh Raja Muzaffar semasa beliau belum Islam.

    Seperkara lagi selepas peristiwa pengIslaman secara besar-besaran meliputi raja dan pemerintah negeri seterusnya rakyat.. maka diberi kurnia oleh syeikh muhyiddin abdul qodir jilani dengan gelaran Sultan kepada Raja Muzaffar.. maka bermulalah perkataan Sultan di pakai oleh semua raja-raja Melayu kecuali Negeri Sembilan.

    Detail boleh rujuk Pok Nik Blogs..abjadmalaysia.blogspot.com

    Dalam kerajaan Kalaha sewaktu peralihan itu sesiapa yg tidak menerima Islam diperintahkan oleh Sultan supaya keluar dari kerajaan Kalaha… jika rakyat tempatan maka masuk mereka ke hutan-hutan.. jika mereka dari luar, umpama dari India balik ke India, jika dari China maka balik ke China dan begitulah.. yg wujud di kerajaan ini hanya rakyat beragama Islam.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: