Ahlul-Bait (Family) of Rasulullah SAW & Malay Sultanate

ahli1

Salam.

Saya cuba cari buku ini yang ditulis dalam bahasa melayu (edisi 2006) tapi dah out of stock. Dapat edisi 2010, yang diterjemah ke bahasa inggeris untuk pasaran luar negara. Itulah perangai saya bila jumpa tak terus beli…he he he sebab ongkosnya jugak…tapi bila nak guna melilau cari…so dapat juga dengan harga RM80…beli guna voucher 1 malaysia untuk student..sayakan student phd so dapat lah RM200….kedua-dua buku saya beli pakai voucher. Buku kembarnya ialah ahlul-bait (keluarga) Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu.

Buku ini boleh digunakan untuk rujukan salasilah keluarga sekiranya anda rasa berdarah raja-raja melayu. Ini kerana raja-raja melayu dikaitkan dengan ahlul-bait, susur galur daripada keluarga rasulullah saw. Tiga susur galur utama rasulullah adalah daripada putera & puteri baginda dan cucunda baginda saidina hassan dan hussein.

Selain menceritakan sejarah keluarga rasullullah, ia turut menyentuh tentang generasi-generasi kemudian yang mengasaskan kerajaan islam di sekitar tanah arab. Akibat ditindas, generasi daripada baka nabi terakhir ini berhijrah keluar dari mekah dan madinah. Ada yang pergi ke baghdad. Apabila mongol menyerang baghdad, ramai yang lari ke india. Ini termasuklah sayid ahmad syah jalal yang menjadi menteri kesultanan delhi di bawah sultan muhammad tughluq 1325-1351 masihi. Seorang puteranya bernama sayyid jamaluddin al-hussein atau dikenali sebagai sayid hussein jamadil kubra telah mengembara ke champa atau cambodia.

Kejatuhan kerajaan champa menyebabkan sayid hussein jamadil kubra berpindah ke cermin jiddah, iaitu terletak 3 KM dari bukit panau, kelantan. Rujuk entri masjid brunei di danau tok uban. Kerajaan cermin jiddah tenggelam akibat banjir.

Sayid jamaluddin al-hussein mempunyai 3 isteri iaitu:

1) Puteri cermin jiddah bernama puteri linang cahaya dan mendapat putera bernama sayid      barakat zainul alam- sultan barakat adalah sultan brunei ke 3 dan pengasas keturunan kesultanan brunei hingga sekarang.

2) Puteri champa bernama puteri ramawati dan mendapat putera bernama Ibrahim asmoro

3) Puteri cermin jiddah bernama puteri siti syahirah dan mendapat putera bernama ali nurul alam

Pada abad ke 18, ahlul-bait datang melalui ba’ alawi hadramaut, yemen. Ini kerana kumpulan saud, satu kumpulan badwi yang menguasai mekah melalui pengaruh british cuba menghapuskan pengaruh ahlul-bait di mekah dan madinah. Kumpulan kedua dari bani hashim ini turut sampai ke nusantara.

Ahlul-Bait

1) Raja perlis – bertitih ke sayid jamaluddin al-hussein kubra melalui sayid ahmad (sayid ahmad palembang)

2) Sultan kelantan- bertitih ke sayid jamaluddin al-hussein kubra melalui ali nurul alam

3) Sultan johor & pahang – bertitih sayid aidrus bani hashim hadramaut melalui bendahara seri maharaja

4) Sultan trengganu & selangor – bertitih melalui bendahara seri maharaja sebelah ibu

5) Sultan perak – bertitih melalui puteri onang kuning, puteri mansur shah kelantan,

6) Sultan kedah -bertitih ke sayid jamaluddin al-hussein kubra melalui ali nurul alam, melalui puteri raja patani

Buku ini juga mengupas rancangan zionis untuk menjatuhkan kerajaan islam kerana mereka sedar akan kewujudan ahlul-bait. Kejatuhan kerajaan othmaniah turki, raja farok di mesir, kerajaan islam di india, kerajaan patani, melayu singapura, wilayah islam Mindanao turut dibincangkan. Ini termasuk rancangan untuk jatuhkan raja-raja melayu di Malaysia.

Semoga buku ini membuka minda generasi yang akan mewarisi tanahair ini dan sedar akan agenda jahat musuh islam….

1 Response so far »

  1. 1

    Amirul Sirat said,

    Nice…Boleh pinjam? Hiii


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: