Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu

ahli

Salam.

Buku kembarnya ialah ahlul-bait (Family) Rasulullah SAW & Malay Sultanate. Buku ini edisi 2011, lebih mengfokuskan ahlul-bait sebagai penyebar agama islam. Sesuai dengan tajuknya “Ahlul-Bait (keluarga) Rasulullah SAW & Ulama Umarak di Alam Melayu”.

Jika dalam buku kembarnya sayid jamaluddin al-hussein al-kubra mempunyai 3 isteri iaitu:

1) Puteri cermin jiddah bernama puteri linang cahaya dan mendapat putera bernama sayid barakat zainul alam

2) Puteri champa bernama puter ramawati dan mendapat putera bernama sayid ibrahim asmoro

3) Puteri cermin jiddah bernama puteri siti syahirah dan mendapat putera bernama ali nurul alam

Wali Songo

Selain melahirkan baka pemerintah di nusantara melalui perkahwinan dengan puteri diraja, zuriat para wali songo juga dilahirkan daripada sayid jamadil kubra:

1) Sunan Gresik atau maulana malik ibrahim ibni sayid barakat zainul alam

2) Sunan Ampel atau maulana ahmad rahmatullah ibni sayid ibrahim asmoro

3) Sunan Bonang atau ibrahim ibni sunan ampel ibni sayid ibrahim asmoro

4) Sunan Giri atau maulana muhammad ainulyaqin ibni maulana ishak ibni sayid ibrahim asmoro

5) Sunan Drajat atau qasim syarifuddin ibni sunan ampel ibni sayid ibrahim asmoro

6) Sunan Kalijaga atau raden syahid, dari jurai ronggolawe, dinasti abbasiyyah

7) Sunan Kudus atau jaafar sadiq ibni sunan ngudung ibni ali murtadho ibni sayid ibrahim asmoro

8) Sunan Muria atau umar said berketurunan sunan kalijaga

9) Sunan Gunung Jati atau syarif hidayatullah ibni sultan umdatuddin ibni sayid ali nurul alam

Wali-Songo

1-maulana malik ibrahim 2-sunan ampel 3-sunan bonang 4-sunan giri (atas dari kiri ke kanan)

5-sunan kudus 6-sunan muria 7- sunan kalijaga 8-sunan drajat 9-sunan gunung jati (bawah dari kiri ke kanan)

Wali-wali songo berdakwah di tanah jawa dan hidup dalam masa yang berbeza.

Ulama Kelantan, Kedah & Patani

Melalui zuriat sayid ali nurul alam, selain bertitih kepada para wali songo, ia juga melahirkan para ulama terkenal di kelantan, kedah dan patani.

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani

Syeikh Abdul Qadir al-Jilani seorang ulama besar lahir pada tahun 1077 masihi. Ayahandanya bersalasilah sehingga saidina hassan putera kepada puteri nabi sayyidatina Fatimah dan bondanya bersalasilah sehingga saidina hussein juga putera kepada puteri nabi sayyidatina Fatimah. Syeikh abdul qadir berkahwin 4 dan mempunyai 49 orang anak.  27 daripadanya adalah putera dan turut mengembara ke serata tempat.

Mengikut sejarah kedah, dalam tahun 1136 masihi, seorang ulama dari yaman bernama syeikh abdullah al-qumairi datang bersama 11 orang sahabatnya dan mengislamkan raja kedah lalu menukarkan namanya kepada sultan muzaffar syah. Pembesar dan rakyat kedah secara beramai-ramai menganut agama islam.

Syeikh Abdullah meninggal pada tahun 1137 masihi dan dikebumikan di padang tok syeikh di puncak gunung jerai. (Refer pada entri gunung jerai) Mengikut sumber tradisional syeikh abdul qadir sendiri pernah menziarah makam syeikh abdullah al-qumairi di gunung jerai dan pernah bersolat di padang tok sheikh tersebut. Syeikh abdul qadir wafat pada tahun 1166 masihi.

Selain daripada syeikh abdullah al-qumairi, syeikh abdullah arief yang datang berdakwah ke perlak pada tahun 1177 masihi juga bertitih kepada syeikh abdul qadir al-jilani. Sayid abdul aziz yang mengislamkan sultan melaka sekitar 1414 masihi juga daripada zuriat syeikh abdul qadir.

Sayid abdul aziz meninggalkan zuriat yang ramai dalam kesultanan melaka kerana beliau, anaknya sayid yusof dan cucunya sayid menawar memegang jawatan kadhi melaka dalam tempuh 100 tahun (1414-1511 masihi). Ia melibatkan perkahwinan dengan keluarga bendahara dan melahirkan bendahara paduka raja tun muhammad atau tun seri lanang. (cicit syed menawar sebelah perempuan)

Pada tahun 1495 masihi, sultanul al-arifin syeikh ismail, piut kepada syeikh abdul qadir datang sebagai misi dakwah bersama 16 sahabat termasuk kekandanya syed ibrahim dan gurunya syeikh yusuf as-sidiq. Mereka tiba dari mekah, singgah di pasai dan kemudiannya ke pulau besar melaka.

Di pulau besar pada ketika itu sudah ada penduduk. Antaranya ialah syeikh thanauddin bin ahmad shah jalal, adinda kepada syeikh jamadil kubra. Syeikh thanauddin dikatakan sebagai adi putera, guru hang tuah yang mengajar pelbagai ilmu kepadanya.

Antara yang menjadi anak murid syeikh ismail ialah 2 ahli wali songo; sunan bonang dan sunan giri. Syeikh ismail sultanul arifin meninggal pada tahun 1520 masihi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: