Archive for January, 2013

Teknik Kembara & Rawat

Salam.

Antara teknik yang diajar kepada kami oleh ustaz majid semasa kursus rawatan islam di akademi rawatan islam nur ehsan (akrine). Ini adalah sebagai rujukan rakan-rakan yang pernah mengikuti KIRI 1 & 2.

1. Pesakit tadah tangan dan Perawat bacakan ayat scanning dan tiup.

2. Pesakit fokus berada di lokasi yang disyaki (rumah / pejabat)

3. Pesakit melihat dengan matanya di lokasi yang disyaki (walaupun mata dipejam)

4. Jika tidak nampak gunakan Teknik Scan Dengan Tangan.

kaf ha ya ain sod

5. Pesakit berjalan sambil Scan Dengan Tangan dan terasa ada kawasan panas / sejuk.

6. Di kawasan panas, Pesakit cari bahan sihir dan jika terjumpa Tawarkan kawasan berkenaan atau buang barang tersebut.

7. Peringkat kedua, Pesakit masuk ke dalam tubuhnya sendiri.

8. Pesakit pergi ke bahagian organ tertentu dalam tubuh dan akan terjumpa monyet, ular, anjing, tukang sihir atau orang yang disyaki.

9. Bersihkan organ dengan cara menangkap, bunuh atau buang dengan bekalan senjata (imagine) yang disediakan dengan bantuan Perawat.

Advertisements

Leave a comment »

Teknik Ambil Barang Sihir

Salam.

Antara teknik yang diajar kepada kami oleh ustaz majid semasa kursus rawatan islam di akademi rawatan islam nur ehsan (akrine). Ini adalah sebagai rujukan rakan-rakan yang pernah mengikuti KIRI 1 & 2.

1. Bacakan pada tangan pesakit dan tiup ayat:

i. Al-Fatihah
ii. Ayat Kursi
iii. An-Namlu 30-31 (Ayat Penunduk)
iv. As-Sod 35 (Ayat Pemanggil)
v. Al-Furqan 23 (Ayat Belasah)
vi. Al-Haj 19-22
vii. Yaasin 9 (Ayat Penutup / blocking)

2. Pesakit genggam tangan dan mengucap 2 kalimah syahadah.

3. Pesakit guna tangan kanan untuk kesan jin pada anggota badan.

4. Jika terasa panas, berat, mencucuk atau bergetar itu adalah tanda kehadiran jin.

5. Pesakit tangkap (secara menggenggam tangan) jin tersebut. RENTAP dan biarkan tangan tergantung seperti memegang benda. Guna kaedah uji kebenaran.

6. Baca Yaasin 4 penjuru dan tiup pada tangan, buka dan angkat tangan dan arahkan jin bawa tangan ke tempat barang sihir “Dengan nama dan izin ALLAH saya arahkan anda membawa tangan ini ke tempat barang sihir, bergerak ! bergerak !” [Indicator seperti # 4] Ambil barang tersebut.

7. Pesakit genggam tangannya dan pindah barang ke tangan kiri (genggam) dan bawa berdekatan mulut pesakit. Niat musnahkan, sebut ALLAHu Akbar, buka tangan dan tiup.

8. Buka ikatan jin pada tangan, genggam semula tangan dan baling dengan niat hantar ke Serambi Madinah. (Penempatan jin)

Leave a comment »

Nursery@Sg Buloh

Salam.

Hari isnin iaitu sehari selepas dompet saya hilang adalah birthday wife saya. Saya memang cuti sebab nak bawa dia pergi nursery di sg buloh. Dia beria-ia nak buat balik laman rumah yang tak seberapa besar itu.

Minggu lepas, selepas balik dari melaka, pada hari ahad baru dapat bawa dia ke sana. Itu pun sebab kakak dia datang dan beliau adalah pencinta dunia hiasan taman. Dia orang seni. Dia juga penggubah hantaran perkahwinan yang berada dalam kategorinya sendiri. Mana tak, dialah yang gubah hantaran saya dulu.

Berbalik kepada nursery di sg buloh. 10 tahun lalu, kami selalu datang ke sini sebab abang isteri saya tinggal di kg melayu sg buloh. Masa tu hospital baru belum ada. Dia selalu bawa ikut short cut jalan hospital kusta. Dulu-dulu kat sinilah pesakit kusta diberi kawasan oleh sultan selangor untuk  meneruskan kehidupan di dunia yang dikurantinkan. Teringat masa sekolah dulu ada hadis yang menyebut larilah kamu daripada penyakit kusta sebagai kamu lari dari seekor singa.

Dulu-dulu seriau jugak bila datang ke sini. Tapi kata abang ipar saya, depa dah ok dah…merekalah pengusaha nursery di sg buloh.

Hari ini, saya bawa lagi wife saya ke sana sebab nak beli rumput untuk laman. Hari tu hanya beli 6 keping bila  letak kat laman jadi lompang.

24012013894

Paling mudah nak ke sana, ambil highway PLUS dan exit hospital sg buloh, lepas bayar tol sampai T junction depan hospital belok kiri. Jalan terus di kiri dan kanan dah ada orang jual tapi nak murah masuk ikut jalan ni. Kalau terlepas simpang ni akan ke UiTM sg buloh dan masjid ibnu sina. Kiri dan kanan pun ada nursery.

24012013870

Kalau datang hari minggu, kat simpang pun dah jem. Wife saya suka pergi nursery kat tengah-tengah. Sebenarnya, amoi jaga nursery dah kenal dia pun. Bolehlah dapat harga special sket..Amoi tu pun muka macam melayu.

24012013881

Kat sini boleh terserempak dengan saudara-mara dari jauh. Depa mesti singgah sg buloh, kalau peminat bunga dan pokok. Ada yang borong sampai 10 pokok. Mana taknya sepokok baru RM2-3. Wife saya kata kat jusco depa jual RM13 sepokok.

24012013871

Plan asal untuk beli rumput jepun. Saja nak survey kat dalam, ropanya tak de, kena beli kat luar. Ada satu lagi yang dicari ialah pokok bunga ala-ala lolipop warna putih dan merah. Kat luar diletak harga RM4-5 sepokok. Kat dalam ni boleh dapat 4 pokok RM10.

24012013890

Pasu bunga pun banyak dijual. Ada yang sebiji RM5, kalau besar RM8. Tak tau market price berapa..sebab bukan bidang saya walaupun arwah ayah orang jabatan pertanian. Dari kebun sayur, sawah bendang, dusun buah-buahan, bukit bekas balak untuk dijadikan kebun durian dan tali air adalah antara tempat yang arwah ayah pernah bawak saya dulu. Cuma pelik sebab tak seorang pun yang ikut jejak dia ambil bidang pertanian. Saya pernah apply UPM lepas spm pun dia tak bagi…ada sebabnya, dia nampak apa yang terbaik untuk kami..

24012013880

Baja ada dijual. Tanah hitam dijual RM1 satu beg manakala tanah merah RM1.5. Saya tanya mat indon yang dok angkut dengan kereta tolak ke kereta sorang makcik. Borong sakan makcik ni. Anak atau menantu lelaki dia terkebil-kebil bila kena masukkan tanah ke dalam MPV mewah dia…alah berbakti pada mereka…kereta boleh beli, jaga hati orang tua boleh jadi bekal ke syurga…

24012013883

Syok juga layan tengok pokok ni. Minggu lepas saya beli sepohon pokok bidara (RM15) untuk menyahut saranan seorang sahabat blogger agar tanam pokok bidara. Banyak khasiat pohon bidara, nanti saya buat satu entri. Kat sini saya beli, pokok bidara, nama diberi oleh nurseri ialah vietnam apple. Pokok mangga, durian, rambutan, serai, kari semua ada. Sediakan duit je..

24012013882

Sambil mereka dok pilih dan tawar harga saya try snap beberapa gambar. Lepas bayar siap cakap, saya ambil gambar boleh ? amoi tu kata boleh ambil. nasib baik tak kena extra..

24012013888

Kalau ada DSLR lagi cantik, boleh close up dan snap dengan kumbang dan lebah sekali..kang kena bayar ambil gambar pulak dengan nurseri…

24012013884

Merah ada, kuning ada, putih, pink, hijau….sejuk je mata. Sesekali terlupa berada di sg buloh sebab bila hujan ala-ala cameron highland terflash cam berada di cameron..kalau mak saya dah sihat, saya nak bawa dia ke sini untuk dia pilih apa saja stok bunga yang dia nak..penuh kereta pun tak pe, lepas beli terus balik kb ikut cameron…semoga doa serta hasrat saya ni dimakbolkan ALLAH s.w.t  insyaALLAH…masa kecik-kecik saya selalu tolong dia ambil tanah tempat bakar sampah, letak batu kat lubang pasu, penuhkan 3/4 pasu dengan tanah untuk dia tanam bunga. Dia kata tangan saya ada umm bila tanam pokok.

24012013869

Pokok-pokok dalam plastik senang untuk dibawa balik. Kalau kita pilih selain daripada yang kat dalam plastik, ia tetap pulang berplastik.

24012013873

Bahagian ini memang menyelerakan. Dah dekat tahun baru cina, banyaklah pokok limau, tomato, lada yang dah berbuah. Pokok limau ni RM60 sepasu..banyak ongggg bagi orang cina…

Saya tertarik dengan dua jenis pokok ni. satu adalah pokok bunga raya, warna ala-ala kuning nak bercampur merah…saja buat kenangan..tak beli pun..

24012013885

Pokok ini pun cantik tapi tak tahu namanya. Ingatkan pokok orkid…macam tapak sulaiman..

24012013886

Daripada yang di dalam pasu, dalam plastik, yang khas untuk digantung pun ada..macam-macam ada…rambang mata..patut ler ada orang datang sini untuk hilangkan stress…memang berbaloi..pokok pun berselawat kepada ALLAH s.w.t…kalau kita tanam pokok kat rumah, pokok-pokok akan berselawat. Kalau kita siram air dan bagi baja, agak-agak apa yang pokok akan kata pada kita….?

24012013889

Teringat satu riwayat berdasarkan hadis, ketika umat islam memerangi orang kafir yahudi di akhir zaman. Mereka akan lari dan bersembunyi di sebalik pokok. Pokok akan berkata-kata kepada orang islam, bahawa ada orang kafir bersembunyi di sebalik pokok. Semua pokok akan berkata-kata kecuali sejenis pokok iaitu pokok yahudi atau pokok Qhardad.

Mengikut sumber blog, yahudi sudah menanam pokok ini sebanyak 220 juta pohon di seluruh dunia dan ia menjadi pokok utama ditanam di seluruh palestin. Rupanya yahudi pun takut dan percaya kepada hadis tersebut..saat itu akan tiba dan mereka pasti tewas kerana ia adalah janji ALLAH s.w.t

24012013867

Wife saya tanya kenapa saya layan dia tanam pokok bunga. Saya jawab, bila kita kahwin dengan orang yang kita sayang, kita pun kena belajar suka apa yang dia suka..kalau dia suka tanam bunga, saya pun sukalah. Actually, macam saya kata tadi, saya telah spend time dengan mak saya tanam bunga dan sekarang saya jarang dapat spend time dengan dia…masa dia sakit, bila saya balik kb saya tolong siram bunga dia dan setiap pasu yang saya siram, itulah kesukaan mak saya dan setiap pokok tersebut ada nota dan ceritanya yang tersendiri…bila mak saya dah tiada di dunia, setiap pokok yang dia tanam akan menjadi tanda kasih dia kepada kami…kerana bila dia tanam pokok bunga, dia tanam untuk setiap anaknya…kita sebagai anak mungkin tak tahu dan perasan..sebab kita tak pernah tanya kenapa dia suka tanam pokok…setiap pokok boleh menceritakan segalanya dalam kehidupan kita…jangan menangis bila baca apa yang saya tulis ye…

24012013891

Last sekali sebelum balik barulah singgah beli rumput jepun. Minggu lepas mat indon letak harga RM6 sekeping, beli 6 keping dapat RM5 sekeping. Hari ni beli 8 keping dapat RM4.5 sekeping..so confirm hari minggu harga tinggi sikit…kena beli baja, sepeket RM10, mat indon kata siram banyak air bila hari panas dan baja pula tabur dalam 10 biji je. Saya tanya boleh tak larutkan dan sembur dengan penyembur…dia kata tak boleh nanti rumput terbakar..betul ke nasihat dia ni ? masa nak masukkan rumput dalam bonet, dia nampak pokok bunga yang dibeli tadi, dia siap pesan jangan guna baja rumput untuk pokok bunga…kena cek ni….macam pakar pertanian mat indon ni…inilah ilmu, masa depa datang, depa tak tahu apa….then bila depa tangkap sesuatu ilmu depa jadi expert…kalau dia cong pun kita percaya…

Balik kat rumah…..inilah hasil yang wife saya buat. Last week kakak dia dah guide membina laman mini….terima kasih isteriku..

24012013899

Sedikit ruang bertanah yang masih ada. Majoriti jiran-jiran dah simen this part. Kawasan akan jadi lebih luas tapi saya biarkan saja…

24012013904

Sekurang-kurangnya masih ada unsur tanah di laman rumah. Sang embun masih bisa hadir di padang kecil teratakku ni..Titik-titik hujan masih bisa singgah di bumi kecil kami….cuma rakan-rakan kucing jangan dok mai buang sisa lah no….memang kena kejar dengan abang faris lah..ketua darjah 1C.

Wassalam…

Comments (7) »

Penyeluk saku@pencopet

Salam.

Pada 6 Januari, hari ahad, isteri saya kena jaga exam kat universiti. Lepas hantar dia saya ke shah alam, dengan tujuan nak beli barang sikit kat pasar minggu shah alam. Jalan agak jem kerana MSU pun ada majlis konvo. So, masuk ke tesco extra.

Sambil tu survey hadiah untuk majlis perkahwinan anak staff opis. Lepas wife habis jaga exam plan terus ke dewan bangunan tabung haji jln tun razak di mana majlis berlangsung.

Panggilan standard pagi untuk ke toilet. Tanya dengan guard lokasi toilet then terus ke sana. Kat toilet pula ketiga-tiga bilik penuh. Ada seorang lelaki india mengadap cermin seolah-olah sedang tunggu turn. Seketika kemudian pengguna di toilet paling akhir keluar. Saya dengan berhemah panggil orang india tadi untuk masuk. Dia dengan baik suruh saya pula yang masuk. (Inilah permulaan modus operandi). Saya masuk dan gantung seluar.

CR2

(AWAS: Hanger boleh gam yang sengaja dipasang sebagai umpan)

Pelik juga sebab kenapa penyakut kat belakang bukan kat pintu atau dinding sebelah kita. (Perasaan syak yang terdetik di hati sebenarnya baik jika situasi pelik dan mencurigakan)

CR6

Semasa berurusan tetiba dinding bergegar, saya dah agak ada orang panjat untuk curi dompet saya. Bila saya raba poket, dompet dah tiada. Buat apa yang patut dan keluar. Saya berjaya tangkap orang india tadi tapi dompet saya tiada pada dia..

CR1

(AWAS: Bahaya jika anda gantung seluar macam ni, Jangan buat !!)

Saya panggil security dan minta orang india tadi pulangkan dompet saya namun gagal. Saya kata awak nak duit ambillah tapi kad-kad saya pulangkan. Dia buat dek je. Saya kata  “awak ada dalam toilet tadi”, dia terdiam. Then dia kata periksalah saya…

Saya minta tolong security cari dalam tong sampah berdekatan kalau-kalau dompet saya dibuang namun gagal….security minta saya buat laporan polis. Kata mereka dua tiga hari lepas, pencuri angkat dengan seluar sekali. Jadi, dah biasalah kes sebegini kat tesco extra shah alam ni..Saya minta security cek kat CCTV, namun ia tidak dipasang dilokasi tersebut..inilah kelemahan tesco extra shah alam terhadap tahap keselamatan di premis mereka..

CR5

(AWAS: Periksa dahulu tahap keselamatan tandas awam, sebelum berurusan)

Ketika sedang buat repot polis, saya dapat call dari maybank dan sms dari citibank yang cubaan menggunakan kad kredit saya..ia berlaku di subang parade di subang jaya…dan parkson..

Esoknya, saya ke JPN untuk buat IC sementara, dengan membawa repot polis.

Then ke maybank dan cimb untuk buat kad ATM. IC sementara dan repot polis serta kena bawa dua kad ID yang ada gambar. Nasib baik saya bawa paspot dan kad pekerja. Ia membantu untuk verify kita sebagai pelanggan yang sah. Kalau tidak kena pergi ke cawangan akaun kita dibuka…macam saya jenuh nak balik kelantan..

Then ke JPJ buat lesen..bawa satu keping gambar dan repot polis.

Saya percaya pada qada’ dan qadar ALLAH s.w.t. Saya dah berusaha dan mungkin cuai sedikit tapi tahap keselamatan di tandas awam tidak berada pada tahap yang sepatutnya.

Sebagai lesson learned, saya buat survey di beberapa tandas awam untuk melihat ruang dan peluang untuk penjenayah atau pencuri menjalankan aktiviti mereka…ada premis yang telah mengambil langkah keselamatan demi keselamatan pengunjung..majoriti tidak..CCTV pun tidak dipasang..

CR3

(AWAS: Tandas jenis duduk, kita agak leka berbanding tandas cangkung)

Bila saya share dengan rakan-rakan, rupanya ramai dah pernah kena…

1) isteri hilang beg ketika ambil wuduk di surau perempuan pusat membeli belah (kain tudung diletakkan atas beg, angkat tudung beg lesap)

2) hilang dompet di one utama, dan sogo, esoknya dapat cal, dompet dijumpai di tempat pakaian

3) beg tinggal dalam kereta depan masjid keramat, lepas makan malam di restoren baru sedar beg kena kebas

4) beg komputer hilang dalam bonet belakang di setiawangsa

5) dompet kena curi di tandas carefour ampang

6) dompet tertinggal dalam kereta di sebuah taman di ampang, cermin tak dipecahkan, alarm tak berbunyi tapi barang hilang dalam kereta

7) dompet hilang dari poket seluar yang diletak di sisi ketika solat di R & R PLUS

Saya kongsi cerita ini dengan semua orang agar tingkatkan tahap alert dan syak kita walau di mana sahaja kita berada.

Mungkin, satu hari mereka akan tertangkap akibat aktiviti mereka ini..hari ini hari mereka, hari esok belum pasti..InsyaALLAH..

CR4

(AWAS: Tandas ini pernah menjadi umpan oleh pencuri dompet)

Jika boleh tahan, jangan ambil risiko berurusan di tandas seperti di tesco dan carrefour. Bila saya survey, tahap keselamatan tandas amat rendah. Jika anda lebih dari 5 kaki tinggi, cukup tinggi untuk hulur tangan ke sebelah tandas. Ia memberi peluang kepada pencuri membuat kerja-kerja mereka.

Mereka ada team: peninjau, penyeluk dan runner. Dompet kita akan dipass kepada runner dalam masa kurang daripada 30 saat. Kalau dapat tangkap penyeluk pun, dompet tak de kat dia, apatah lagi peninjau bertindak sebagai pengambil dompet dan pass kepada runner.

Kalau anda tunggu orang sebelah (penyeluk) keluar dari tandas, tahan dia pun dompet dah tiada kerana kurang 5 saat dia pass dompet kepada peninjau. Peninjau akan russ keluar toilet then pass dompet kepada runner bermotorsikal untuk ke stesen minyak bagi calit kad kredit.

Sarjan polis kata, nak tahan kena ada bahan bukti. Kalau tak de macam mana nak jadikan kes..betul jugakkan…sebab itulah CCTV sekarang ni sangat penting. Kata sarjan, dah berkali -kali PDRM nasihat management tesco suruh pasang CCTV…tak buat jugak..

CR8

Bila saya survey di Jusco seperti di AU3 dan alpha angle, tahap keselamatan di tandas seperti penghadang telah dipasang. Sedikit inisiatif daripada jusco dapat mengelakkan customer menjadi mangsa curi..

CR7

Akhirkata, kalau tak terkena kita tak rasa peritnya bila dompet hilang. Panik, blurr, dan kekadang ada yang menyamar jadi mangsa dompet kena curi sebab nak minta simpati orang. Berhati-hatilah, peninjau ada di mana-mana..

Biar kisah saya ini menjadi teladan, saya doakan anda yang membaca entri ini ambil iktibar, alert dan jangan leka…kita jadi takut di tanah tumpah nenek moyang kita sendiri…

Wassalam

Leave a comment »

Masjid Kg Hulu Melaka

19012013846

Salam.

Kali pertama menjejakkan kaki di masjid ini ialah pada bulan Julai 1991 bersama arwah ayah saya. Pada waktu itu, saya mendaftar sebagai siswa itm melaka. Dari stesen bas melaka, menapak pun dah sampai. Imam masjid ini ialah imam abbas, adik kepada arwah imam mat yamim iaitu suami maksu saya yang tinggal di pernu.

Imam abbas adalah orang paling rapat dengan saya semasa saya di melaka selain maksu saya di pernu, dekat umbai sana. Tempat saya mengadu, minta tolong, tumpang tinggal motor dan minta dia doakan bila saya nak exam..jasa dia saya takkan lupa sampai bila-bila.

19012013853

Semasa saya di itm, bila time solat jumaat saya selalu datang ke sini. Kalau minggu ni solat jumaat di masjid kg hulu, minggu depan solat di masjid kg kling. Sekarang tak sure sistem giliran masih dipakai..

Kalau masuk ikut pintu utama, ada meriam menyambut tetamu. Kat atas pintu gerbang ada beduk.

19012013852

Selama 3 tahun di melaka, saya tak pernah tahu pun masjid ini sangat penting kepada orang melaka. Selain masjid lama yang dikatakan dibina pada tahun 1728 di zaman belanda, ia mempunyai aura yang tersendiri.

Saya terbaca dalam blog seorang rakan tentang air kolah masjid yang sering digunakan oleh masyarakat setempat untuk mandi serta tidak kurang juga yang datang dari jauh untuk mengambil air bagi ikhtiar menyembuhkan penyakit dengan izin ALLAH s.w.t.

Ada juga yang kata, kalau nak test kat badan ada benda yang tak  elok cubalah masuk ke dalam masjid. Ada yang tidak dapat masuk ke ruang utama masjid andaikata badan anda ada benda lain. ALLAHuaklam. Kawan saya nordin, yang berasal dari tg kling melaka, bercerita kalau budak kampung dia disyaki mencuri, orang kampung akan bawa ke masjid kg hulu untuk membuktikan dia tidak bersalah atau sebaliknya. Itu cerita si nordinlah..

19012013848

Pada tahun 2011, saya datang ziarah tapi sekejap saja. Minggu lepas saya datang kerana berniat nak ambil air kolah untuk ikhtiar mengubati ibu saya yang tidak sihat. Alhamdullillah, imam abbas ada di masjid kerana hari sabtu AJK bertugas menyediakan makanan untuk musafir. Dapatlah rasa nasi yang disediakan oleh mereka yang menderma. Rezeki yang ALLAH berikan pada hambanya.

19012013849

Dapat berada di dalam masjid ini terasa sungguh tenang. Itulah istimewanya menjadi tetamu masjid kg hulu. Selain berzikir dan bersolat sunat, berdoalah untuk ditetapkan iman, keselamatan ahli keluarga dan sebagainya. Masjid ini turut dikaitkan dengan seorang pedagang cina yang hanyut ke pantai klebang setelah kapalnya karam dipukul ombak. Setelah sedar dari pengsan, dia terdengar laungan azan yang turut didengarnya 5 kali sehari sewaktu pengsannya. Dia memeluk islam dan bergelar harun@arom. Keturunannya diberi tugas oleh belanda untuk membina masjid kg hulu.

19012013856

Inilah kolah yang popular untuk diambil airnya oleh pengunjung. Ada juga yang memandikan anak kecil di tepi kolah masjid. Saya dan isteri mengambil kesempatan untuk mandi air dari kolah ini di bilik mandi yang disediakan.. kalau dapat mandi tepi kolah lagi best..

19012013847

Rugi betul saya, selalu “overlooked” kesempatan yang diberi oleh ALLAH. Walhal 22 tahun yang lalu saya boleh datang tiap-tiap hari ke masjid kg hulu, tapi tak tahu pun kelebihan masjid ini. Semoga ALLAH membuka alimul ghoibi wassyahadah kepada saya. ameen.

Leave a comment »

13.1.13@13 Januari 2013

Salam.

Dah hari ke 13 tahun 2013. Minggu lepas selesai minggu pertama sesi persekolahan budak-budak. Ingat hari minggu nak rest sikit tapi…ada aktiviti, kenduri kahwin, dll

By the way, 27 tahun yang lalu pada tarikh ini, saya dan rakan-rakan mendaftar sebagai pelajar form 1 di STAR Ipoh.

Minggu lepas 6 Januari 2013, dompet saya dikebas orang di tandas tesco extra shah alam…nanti saya ceritakan sebagai pengajaran….

Leave a comment »