Masjid Kg Hulu Melaka

19012013846

Salam.

Kali pertama menjejakkan kaki di masjid ini ialah pada bulan Julai 1991 bersama arwah ayah saya. Pada waktu itu, saya mendaftar sebagai siswa itm melaka. Dari stesen bas melaka, menapak pun dah sampai. Imam masjid ini ialah imam abbas, adik kepada arwah imam mat yamim iaitu suami maksu saya yang tinggal di pernu.

Imam abbas adalah orang paling rapat dengan saya semasa saya di melaka selain maksu saya di pernu, dekat umbai sana. Tempat saya mengadu, minta tolong, tumpang tinggal motor dan minta dia doakan bila saya nak exam..jasa dia saya takkan lupa sampai bila-bila.

19012013853

Semasa saya di itm, bila time solat jumaat saya selalu datang ke sini. Kalau minggu ni solat jumaat di masjid kg hulu, minggu depan solat di masjid kg kling. Sekarang tak sure sistem giliran masih dipakai..

Kalau masuk ikut pintu utama, ada meriam menyambut tetamu. Kat atas pintu gerbang ada beduk.

19012013852

Selama 3 tahun di melaka, saya tak pernah tahu pun masjid ini sangat penting kepada orang melaka. Selain masjid lama yang dikatakan dibina pada tahun 1728 di zaman belanda, ia mempunyai aura yang tersendiri.

Saya terbaca dalam blog seorang rakan tentang air kolah masjid yang sering digunakan oleh masyarakat setempat untuk mandi serta tidak kurang juga yang datang dari jauh untuk mengambil air bagi ikhtiar menyembuhkan penyakit dengan izin ALLAH s.w.t.

Ada juga yang kata, kalau nak test kat badan ada benda yang tak  elok cubalah masuk ke dalam masjid. Ada yang tidak dapat masuk ke ruang utama masjid andaikata badan anda ada benda lain. ALLAHuaklam. Kawan saya nordin, yang berasal dari tg kling melaka, bercerita kalau budak kampung dia disyaki mencuri, orang kampung akan bawa ke masjid kg hulu untuk membuktikan dia tidak bersalah atau sebaliknya. Itu cerita si nordinlah..

19012013848

Pada tahun 2011, saya datang ziarah tapi sekejap saja. Minggu lepas saya datang kerana berniat nak ambil air kolah untuk ikhtiar mengubati ibu saya yang tidak sihat. Alhamdullillah, imam abbas ada di masjid kerana hari sabtu AJK bertugas menyediakan makanan untuk musafir. Dapatlah rasa nasi yang disediakan oleh mereka yang menderma. Rezeki yang ALLAH berikan pada hambanya.

19012013849

Dapat berada di dalam masjid ini terasa sungguh tenang. Itulah istimewanya menjadi tetamu masjid kg hulu. Selain berzikir dan bersolat sunat, berdoalah untuk ditetapkan iman, keselamatan ahli keluarga dan sebagainya. Masjid ini turut dikaitkan dengan seorang pedagang cina yang hanyut ke pantai klebang setelah kapalnya karam dipukul ombak. Setelah sedar dari pengsan, dia terdengar laungan azan yang turut didengarnya 5 kali sehari sewaktu pengsannya. Dia memeluk islam dan bergelar harun@arom. Keturunannya diberi tugas oleh belanda untuk membina masjid kg hulu.

19012013856

Inilah kolah yang popular untuk diambil airnya oleh pengunjung. Ada juga yang memandikan anak kecil di tepi kolah masjid. Saya dan isteri mengambil kesempatan untuk mandi air dari kolah ini di bilik mandi yang disediakan.. kalau dapat mandi tepi kolah lagi best..

19012013847

Rugi betul saya, selalu “overlooked” kesempatan yang diberi oleh ALLAH. Walhal 22 tahun yang lalu saya boleh datang tiap-tiap hari ke masjid kg hulu, tapi tak tahu pun kelebihan masjid ini. Semoga ALLAH membuka alimul ghoibi wassyahadah kepada saya. ameen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: