Penyeluk saku@pencopet

Salam.

Pada 6 Januari, hari ahad, isteri saya kena jaga exam kat universiti. Lepas hantar dia saya ke shah alam, dengan tujuan nak beli barang sikit kat pasar minggu shah alam. Jalan agak jem kerana MSU pun ada majlis konvo. So, masuk ke tesco extra.

Sambil tu survey hadiah untuk majlis perkahwinan anak staff opis. Lepas wife habis jaga exam plan terus ke dewan bangunan tabung haji jln tun razak di mana majlis berlangsung.

Panggilan standard pagi untuk ke toilet. Tanya dengan guard lokasi toilet then terus ke sana. Kat toilet pula ketiga-tiga bilik penuh. Ada seorang lelaki india mengadap cermin seolah-olah sedang tunggu turn. Seketika kemudian pengguna di toilet paling akhir keluar. Saya dengan berhemah panggil orang india tadi untuk masuk. Dia dengan baik suruh saya pula yang masuk. (Inilah permulaan modus operandi). Saya masuk dan gantung seluar.

CR2

(AWAS: Hanger boleh gam yang sengaja dipasang sebagai umpan)

Pelik juga sebab kenapa penyakut kat belakang bukan kat pintu atau dinding sebelah kita. (Perasaan syak yang terdetik di hati sebenarnya baik jika situasi pelik dan mencurigakan)

CR6

Semasa berurusan tetiba dinding bergegar, saya dah agak ada orang panjat untuk curi dompet saya. Bila saya raba poket, dompet dah tiada. Buat apa yang patut dan keluar. Saya berjaya tangkap orang india tadi tapi dompet saya tiada pada dia..

CR1

(AWAS: Bahaya jika anda gantung seluar macam ni, Jangan buat !!)

Saya panggil security dan minta orang india tadi pulangkan dompet saya namun gagal. Saya kata awak nak duit ambillah tapi kad-kad saya pulangkan. Dia buat dek je. Saya kata  “awak ada dalam toilet tadi”, dia terdiam. Then dia kata periksalah saya…

Saya minta tolong security cari dalam tong sampah berdekatan kalau-kalau dompet saya dibuang namun gagal….security minta saya buat laporan polis. Kata mereka dua tiga hari lepas, pencuri angkat dengan seluar sekali. Jadi, dah biasalah kes sebegini kat tesco extra shah alam ni..Saya minta security cek kat CCTV, namun ia tidak dipasang dilokasi tersebut..inilah kelemahan tesco extra shah alam terhadap tahap keselamatan di premis mereka..

CR5

(AWAS: Periksa dahulu tahap keselamatan tandas awam, sebelum berurusan)

Ketika sedang buat repot polis, saya dapat call dari maybank dan sms dari citibank yang cubaan menggunakan kad kredit saya..ia berlaku di subang parade di subang jaya…dan parkson..

Esoknya, saya ke JPN untuk buat IC sementara, dengan membawa repot polis.

Then ke maybank dan cimb untuk buat kad ATM. IC sementara dan repot polis serta kena bawa dua kad ID yang ada gambar. Nasib baik saya bawa paspot dan kad pekerja. Ia membantu untuk verify kita sebagai pelanggan yang sah. Kalau tidak kena pergi ke cawangan akaun kita dibuka…macam saya jenuh nak balik kelantan..

Then ke JPJ buat lesen..bawa satu keping gambar dan repot polis.

Saya percaya pada qada’ dan qadar ALLAH s.w.t. Saya dah berusaha dan mungkin cuai sedikit tapi tahap keselamatan di tandas awam tidak berada pada tahap yang sepatutnya.

Sebagai lesson learned, saya buat survey di beberapa tandas awam untuk melihat ruang dan peluang untuk penjenayah atau pencuri menjalankan aktiviti mereka…ada premis yang telah mengambil langkah keselamatan demi keselamatan pengunjung..majoriti tidak..CCTV pun tidak dipasang..

CR3

(AWAS: Tandas jenis duduk, kita agak leka berbanding tandas cangkung)

Bila saya share dengan rakan-rakan, rupanya ramai dah pernah kena…

1) isteri hilang beg ketika ambil wuduk di surau perempuan pusat membeli belah (kain tudung diletakkan atas beg, angkat tudung beg lesap)

2) hilang dompet di one utama, dan sogo, esoknya dapat cal, dompet dijumpai di tempat pakaian

3) beg tinggal dalam kereta depan masjid keramat, lepas makan malam di restoren baru sedar beg kena kebas

4) beg komputer hilang dalam bonet belakang di setiawangsa

5) dompet kena curi di tandas carefour ampang

6) dompet tertinggal dalam kereta di sebuah taman di ampang, cermin tak dipecahkan, alarm tak berbunyi tapi barang hilang dalam kereta

7) dompet hilang dari poket seluar yang diletak di sisi ketika solat di R & R PLUS

Saya kongsi cerita ini dengan semua orang agar tingkatkan tahap alert dan syak kita walau di mana sahaja kita berada.

Mungkin, satu hari mereka akan tertangkap akibat aktiviti mereka ini..hari ini hari mereka, hari esok belum pasti..InsyaALLAH..

CR4

(AWAS: Tandas ini pernah menjadi umpan oleh pencuri dompet)

Jika boleh tahan, jangan ambil risiko berurusan di tandas seperti di tesco dan carrefour. Bila saya survey, tahap keselamatan tandas amat rendah. Jika anda lebih dari 5 kaki tinggi, cukup tinggi untuk hulur tangan ke sebelah tandas. Ia memberi peluang kepada pencuri membuat kerja-kerja mereka.

Mereka ada team: peninjau, penyeluk dan runner. Dompet kita akan dipass kepada runner dalam masa kurang daripada 30 saat. Kalau dapat tangkap penyeluk pun, dompet tak de kat dia, apatah lagi peninjau bertindak sebagai pengambil dompet dan pass kepada runner.

Kalau anda tunggu orang sebelah (penyeluk) keluar dari tandas, tahan dia pun dompet dah tiada kerana kurang 5 saat dia pass dompet kepada peninjau. Peninjau akan russ keluar toilet then pass dompet kepada runner bermotorsikal untuk ke stesen minyak bagi calit kad kredit.

Sarjan polis kata, nak tahan kena ada bahan bukti. Kalau tak de macam mana nak jadikan kes..betul jugakkan…sebab itulah CCTV sekarang ni sangat penting. Kata sarjan, dah berkali -kali PDRM nasihat management tesco suruh pasang CCTV…tak buat jugak..

CR8

Bila saya survey di Jusco seperti di AU3 dan alpha angle, tahap keselamatan di tandas seperti penghadang telah dipasang. Sedikit inisiatif daripada jusco dapat mengelakkan customer menjadi mangsa curi..

CR7

Akhirkata, kalau tak terkena kita tak rasa peritnya bila dompet hilang. Panik, blurr, dan kekadang ada yang menyamar jadi mangsa dompet kena curi sebab nak minta simpati orang. Berhati-hatilah, peninjau ada di mana-mana..

Biar kisah saya ini menjadi teladan, saya doakan anda yang membaca entri ini ambil iktibar, alert dan jangan leka…kita jadi takut di tanah tumpah nenek moyang kita sendiri…

Wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: