Nursery@Sg Buloh

Salam.

Hari isnin iaitu sehari selepas dompet saya hilang adalah birthday wife saya. Saya memang cuti sebab nak bawa dia pergi nursery di sg buloh. Dia beria-ia nak buat balik laman rumah yang tak seberapa besar itu.

Minggu lepas, selepas balik dari melaka, pada hari ahad baru dapat bawa dia ke sana. Itu pun sebab kakak dia datang dan beliau adalah pencinta dunia hiasan taman. Dia orang seni. Dia juga penggubah hantaran perkahwinan yang berada dalam kategorinya sendiri. Mana tak, dialah yang gubah hantaran saya dulu.

Berbalik kepada nursery di sg buloh. 10 tahun lalu, kami selalu datang ke sini sebab abang isteri saya tinggal di kg melayu sg buloh. Masa tu hospital baru belum ada. Dia selalu bawa ikut short cut jalan hospital kusta. Dulu-dulu kat sinilah pesakit kusta diberi kawasan oleh sultan selangor untuk  meneruskan kehidupan di dunia yang dikurantinkan. Teringat masa sekolah dulu ada hadis yang menyebut larilah kamu daripada penyakit kusta sebagai kamu lari dari seekor singa.

Dulu-dulu seriau jugak bila datang ke sini. Tapi kata abang ipar saya, depa dah ok dah…merekalah pengusaha nursery di sg buloh.

Hari ini, saya bawa lagi wife saya ke sana sebab nak beli rumput untuk laman. Hari tu hanya beli 6 keping bila  letak kat laman jadi lompang.

24012013894

Paling mudah nak ke sana, ambil highway PLUS dan exit hospital sg buloh, lepas bayar tol sampai T junction depan hospital belok kiri. Jalan terus di kiri dan kanan dah ada orang jual tapi nak murah masuk ikut jalan ni. Kalau terlepas simpang ni akan ke UiTM sg buloh dan masjid ibnu sina. Kiri dan kanan pun ada nursery.

24012013870

Kalau datang hari minggu, kat simpang pun dah jem. Wife saya suka pergi nursery kat tengah-tengah. Sebenarnya, amoi jaga nursery dah kenal dia pun. Bolehlah dapat harga special sket..Amoi tu pun muka macam melayu.

24012013881

Kat sini boleh terserempak dengan saudara-mara dari jauh. Depa mesti singgah sg buloh, kalau peminat bunga dan pokok. Ada yang borong sampai 10 pokok. Mana taknya sepokok baru RM2-3. Wife saya kata kat jusco depa jual RM13 sepokok.

24012013871

Plan asal untuk beli rumput jepun. Saja nak survey kat dalam, ropanya tak de, kena beli kat luar. Ada satu lagi yang dicari ialah pokok bunga ala-ala lolipop warna putih dan merah. Kat luar diletak harga RM4-5 sepokok. Kat dalam ni boleh dapat 4 pokok RM10.

24012013890

Pasu bunga pun banyak dijual. Ada yang sebiji RM5, kalau besar RM8. Tak tau market price berapa..sebab bukan bidang saya walaupun arwah ayah orang jabatan pertanian. Dari kebun sayur, sawah bendang, dusun buah-buahan, bukit bekas balak untuk dijadikan kebun durian dan tali air adalah antara tempat yang arwah ayah pernah bawak saya dulu. Cuma pelik sebab tak seorang pun yang ikut jejak dia ambil bidang pertanian. Saya pernah apply UPM lepas spm pun dia tak bagi…ada sebabnya, dia nampak apa yang terbaik untuk kami..

24012013880

Baja ada dijual. Tanah hitam dijual RM1 satu beg manakala tanah merah RM1.5. Saya tanya mat indon yang dok angkut dengan kereta tolak ke kereta sorang makcik. Borong sakan makcik ni. Anak atau menantu lelaki dia terkebil-kebil bila kena masukkan tanah ke dalam MPV mewah dia…alah berbakti pada mereka…kereta boleh beli, jaga hati orang tua boleh jadi bekal ke syurga…

24012013883

Syok juga layan tengok pokok ni. Minggu lepas saya beli sepohon pokok bidara (RM15) untuk menyahut saranan seorang sahabat blogger agar tanam pokok bidara. Banyak khasiat pohon bidara, nanti saya buat satu entri. Kat sini saya beli, pokok bidara, nama diberi oleh nurseri ialah vietnam apple. Pokok mangga, durian, rambutan, serai, kari semua ada. Sediakan duit je..

24012013882

Sambil mereka dok pilih dan tawar harga saya try snap beberapa gambar. Lepas bayar siap cakap, saya ambil gambar boleh ? amoi tu kata boleh ambil. nasib baik tak kena extra..

24012013888

Kalau ada DSLR lagi cantik, boleh close up dan snap dengan kumbang dan lebah sekali..kang kena bayar ambil gambar pulak dengan nurseri…

24012013884

Merah ada, kuning ada, putih, pink, hijau….sejuk je mata. Sesekali terlupa berada di sg buloh sebab bila hujan ala-ala cameron highland terflash cam berada di cameron..kalau mak saya dah sihat, saya nak bawa dia ke sini untuk dia pilih apa saja stok bunga yang dia nak..penuh kereta pun tak pe, lepas beli terus balik kb ikut cameron…semoga doa serta hasrat saya ni dimakbolkan ALLAH s.w.t  insyaALLAH…masa kecik-kecik saya selalu tolong dia ambil tanah tempat bakar sampah, letak batu kat lubang pasu, penuhkan 3/4 pasu dengan tanah untuk dia tanam bunga. Dia kata tangan saya ada umm bila tanam pokok.

24012013869

Pokok-pokok dalam plastik senang untuk dibawa balik. Kalau kita pilih selain daripada yang kat dalam plastik, ia tetap pulang berplastik.

24012013873

Bahagian ini memang menyelerakan. Dah dekat tahun baru cina, banyaklah pokok limau, tomato, lada yang dah berbuah. Pokok limau ni RM60 sepasu..banyak ongggg bagi orang cina…

Saya tertarik dengan dua jenis pokok ni. satu adalah pokok bunga raya, warna ala-ala kuning nak bercampur merah…saja buat kenangan..tak beli pun..

24012013885

Pokok ini pun cantik tapi tak tahu namanya. Ingatkan pokok orkid…macam tapak sulaiman..

24012013886

Daripada yang di dalam pasu, dalam plastik, yang khas untuk digantung pun ada..macam-macam ada…rambang mata..patut ler ada orang datang sini untuk hilangkan stress…memang berbaloi..pokok pun berselawat kepada ALLAH s.w.t…kalau kita tanam pokok kat rumah, pokok-pokok akan berselawat. Kalau kita siram air dan bagi baja, agak-agak apa yang pokok akan kata pada kita….?

24012013889

Teringat satu riwayat berdasarkan hadis, ketika umat islam memerangi orang kafir yahudi di akhir zaman. Mereka akan lari dan bersembunyi di sebalik pokok. Pokok akan berkata-kata kepada orang islam, bahawa ada orang kafir bersembunyi di sebalik pokok. Semua pokok akan berkata-kata kecuali sejenis pokok iaitu pokok yahudi atau pokok Qhardad.

Mengikut sumber blog, yahudi sudah menanam pokok ini sebanyak 220 juta pohon di seluruh dunia dan ia menjadi pokok utama ditanam di seluruh palestin. Rupanya yahudi pun takut dan percaya kepada hadis tersebut..saat itu akan tiba dan mereka pasti tewas kerana ia adalah janji ALLAH s.w.t

24012013867

Wife saya tanya kenapa saya layan dia tanam pokok bunga. Saya jawab, bila kita kahwin dengan orang yang kita sayang, kita pun kena belajar suka apa yang dia suka..kalau dia suka tanam bunga, saya pun sukalah. Actually, macam saya kata tadi, saya telah spend time dengan mak saya tanam bunga dan sekarang saya jarang dapat spend time dengan dia…masa dia sakit, bila saya balik kb saya tolong siram bunga dia dan setiap pasu yang saya siram, itulah kesukaan mak saya dan setiap pokok tersebut ada nota dan ceritanya yang tersendiri…bila mak saya dah tiada di dunia, setiap pokok yang dia tanam akan menjadi tanda kasih dia kepada kami…kerana bila dia tanam pokok bunga, dia tanam untuk setiap anaknya…kita sebagai anak mungkin tak tahu dan perasan..sebab kita tak pernah tanya kenapa dia suka tanam pokok…setiap pokok boleh menceritakan segalanya dalam kehidupan kita…jangan menangis bila baca apa yang saya tulis ye…

24012013891

Last sekali sebelum balik barulah singgah beli rumput jepun. Minggu lepas mat indon letak harga RM6 sekeping, beli 6 keping dapat RM5 sekeping. Hari ni beli 8 keping dapat RM4.5 sekeping..so confirm hari minggu harga tinggi sikit…kena beli baja, sepeket RM10, mat indon kata siram banyak air bila hari panas dan baja pula tabur dalam 10 biji je. Saya tanya boleh tak larutkan dan sembur dengan penyembur…dia kata tak boleh nanti rumput terbakar..betul ke nasihat dia ni ? masa nak masukkan rumput dalam bonet, dia nampak pokok bunga yang dibeli tadi, dia siap pesan jangan guna baja rumput untuk pokok bunga…kena cek ni….macam pakar pertanian mat indon ni…inilah ilmu, masa depa datang, depa tak tahu apa….then bila depa tangkap sesuatu ilmu depa jadi expert…kalau dia cong pun kita percaya…

Balik kat rumah…..inilah hasil yang wife saya buat. Last week kakak dia dah guide membina laman mini….terima kasih isteriku..

24012013899

Sedikit ruang bertanah yang masih ada. Majoriti jiran-jiran dah simen this part. Kawasan akan jadi lebih luas tapi saya biarkan saja…

24012013904

Sekurang-kurangnya masih ada unsur tanah di laman rumah. Sang embun masih bisa hadir di padang kecil teratakku ni..Titik-titik hujan masih bisa singgah di bumi kecil kami….cuma rakan-rakan kucing jangan dok mai buang sisa lah no….memang kena kejar dengan abang faris lah..ketua darjah 1C.

Wassalam…

7 Responses so far »

  1. 1

    Mohd Umar Khatab said,

    Pistachio and Bunga Kantan Seeds

    Hi,

    I want to ask, do you have a supply for Pistachio seeds. I am looking for pistachio seeds and also Bunga Kantan seeds/rizom, I hope you have them or you have a contact or means of way to get a supply of those seeds.

    Thank you.

  2. 2

    emanni anamiera said,

    boleh tak encik bagi alamat lengkap nursery2 yg lengkap di sungai buloh? saya ni dari perlis. terima kasih.

  3. 3

    nazriah said,

    salam.. nak tanya, tapak refleksologi ader jual tak?

  4. 4

    fandy said,

    assalamualaikum tuan.diama tuan beli pokok bidara..boleh sms sy 0193159338 fandy…urgent ni.

  5. 5

    Bella Samsol said,

    Salam,

    Saya nk tny, kat mana ada jual pokok bidara tu ya?

    harap bole share🙂

    Terima Kasih

  6. 6

    Annie said,

    nak tanya ya encik, nuseri ni kat sg buluh kan, apa nama dia ye?
    Tq..

  7. 7

    Idaz said,

    Boleh bagi adress atau GPS nursery tu tak? Saya tak biasa area tu. Terima kasih.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: