Archive for February, 2013

Anak Meragam Tak Mahu Ke Sekolah

Salam.

Anak bongsu saya, lelaki, tahun ni masuk darjah satu. First week pergi sekolah OK. Masuk minggu kedua mula banjir bila nak masuk sekolah. Guru kelas pujuk, boleh masuk kelas. Then dalam kelas cikgu kata OK. Siap jadi ketua kelas lagi.

Masuk bulan februari, ragamnya dah agak kritikal. Sampai je ke sekolah tak mahu keluar dari kereta. Cikgu pun dah tak larat nak ligan..so next week tu cuti seminggu sempena cuti tahun baru cina. Cikgu kata boleh berubat atau ikhtiar masa cuti raya cina nanti. hum..

Ada parents siap bagi no phone beberapa individu dan ustaz yang boleh ikhtiar untuk pulihkan dia..Anak-anak mereka pun pernah jadi jugak. So saya mula dengan seorang pakcik jaga sebuah masjid. Dia buatkan air minum dan mandi..tak mahu jugak pergi sekolah..tak pe kita ikhtiar dengan izin ALLAH..

p.s- saya dan isteri kekadang blow jugaklah…gagal juga mengawal emosi…then kami decide, kita sebagai parents cuba kawal emosi bila menghadapi situasi ni..

Masa cuti raya cina, saya bawa dia ke tujuh masjid dan mandikan dengan air kolah masjid sebagai ikhtiar..belum berjaya untuk buat dia ke sekolah..

Lepas raya cina, pun tak nak jugak masuk ke sekolah. Dari pintu D, kami cuba masuk ikut pintu utama sebab sekolah ni ada beberapa pintu untuk ke blok berdekatan dan pelajar dipecah mengikut blok untuk perhimpunan pagi..sekolah ini adalah sekolah terbaik di wilayah persekutuan bagi UPSR 2012..sekolah berprestasi tinggi..

Saya juga bawa dia jumpa seorang guru al-quran bekas ustaz sekolah integrasi. Ustaz buat air mandi dan minum juga..Ustaz kata sekolah dia dulu pun macam tu juga..bukan saja berlaku pada pelajar darjah satu, darjah 3 pun jadi begitu…

Patutlah cikgu pernah tanya dia pernah nampak apa-apa ke kat sekolah ? Nampak apa ? Saya buat-buat tak faham sebab tak mahu influnce kat budak lain pulak..

Pada jumaat lepas, ustaz sekolah dia bawa kami jumpa sahabat dia yang boleh ikhtiarkan. Dia buat air minum dan mandi. Air kolah masjid untuk mandi.

Saya kesian kat dia sebab, bangun pagi semangat nak ke sekolah, solat subuh, minta sediakan bekal. Dia siap baca selawat syifaa dari rumah, sampai je di depan sekolah dia buat ragam tak mahu keluar. Dia pernah bagi tahu isteri saya, bila sampai je kat sekolah hati jadi sayu, tak mahu masuk ke sekolah..

Saya tanya student part time saya yang sambung belajar di IPTS, seorang ustazah di sebuah sekolah integrasi tentang ragam anak saya tak mahu ke sekolah dengan harapan ada tips yang boleh diikhtiarkan. Dia kata itu adalah kes-kes yang melibatkan anak-anak yang boleh nampak benda-benda halus. Ada yang tukar sekolah sebab tak tahan bila boleh nampak benda-benda tersebut. Tambah beliau ada yang berubat untuk tutup kembali “hijab” yang terbuka.

Semalam, saya mendapat ilham untuk menggunakan teknik rawatan yang saya pelajari dari kelas AKRINE untuk ikhtiar memulihkan anak saya. Pelik ye, kenapa sebelum ni saya tak tergerak untuk gunakan apa yang telah diajarkan oleh ustaz majid tahun lepas.

Pagi ini, setelah dipujuk, anak saya mampu masuk ke kawasan sekolah dan dengan bantuan guru kanseling, kami boleh tinggalkan dia di sekolah. Syukur Ya ALLAH, secara beransur-ansur putera saya dah boleh ke sekolah..

Stage tak mahu keluar dari kereta dah berlalu. Dia dah boleh masuk kawasan sekolah. Tapi masih tak mampu untuk masuk ke bangunan sekolah. Dia menunjukkan tanda-tanda ada gangguan ke atas dirinya. Sebelah petang saya bawa sahabat ustaz yang pernah kami ke rumahnya jumaat lepas untuk meninjau kawasan sekolah. Dia bawa anak saya masuk ke kelas. Siap test untuk masuk kelas.

Esoknya alhamdullillah, dia dah boleh masuk ke kelas walaupun untuk satu waktu. Saya dan isteri berada di luar kelas. Bila saya perhati, setelah berada di dalam kelas, dia jadi normal. Buat kerja dan sempat tanya guru kelas untuk arahan seterusnya. So, esok ibunya tunggu di luar kelas. Lepas waktu rehat dia kata ibunya tak payah tunggu.

Sebagai pengajaran, jangan ambil mudah jika anak meragam tak mahu ke sekolah. Periksa jika sebab 1) guru garang ke, 2) kawan kacau ke, tapi kalau dah pernah ke tadika perkara 1 & 2 bukan masalah, sebab mesti dia awal-awal tak mahu ke sekolah. tapi kalau bersemangat ke sekolah, tapi sampai je depan gate sekolah tak mahu masuk, kerabat kaki kita tak mahu lepas, reaksi muka dalam ketakutan, itu tandanya berlaku gangguan tahap mistik.

Perkara ini juga kami ambil sebagai petunjuk daripada ALLAH s.w.t dan setiap kali berjumpa ustaz atau individu untuk ikhtiar, ada perkara baru yang dipelajari ataupun sebagai revision terhadap amalan, doa, selawat dan bacaan-bacaan ayat al-quran yang tidak diamalkan, belum dihafal atau baru tahu kegunaannya.

Semoga putera saya pulih seperti biasa dan jika saudara-saudari menghadapi masalah ini cepat-cepatlah berikhtiar, kesian anak-anak, jangan dipukul, marah atau diugut dengan pelbagai hukuman. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali.

Walaupun anak dah pulih daripada unsur-unsur gangguan, sedikit masa harus diberi untuk dia adjust balik mood ke arah pembelajarannya. Bayangkan selepas kita kebah dari demam, badan kita dalam “recovery process”. Sokongan untuk dia serta doa berterusan kepada ALLAH s.w.t InsyaALLAH akan membuahkan hasilnya jua…

Saya agak surprise apabila ada parents yang tinggalkan mesej di entri ini mengenai masalah anak tak mahu ke sekolah..Parents yang tak kena tak rasa peritnya situasi ni. Kita akan rasa tiada sesiapa yang faham masalah yang kita sendiri tak tahu puncanya. Perasaan malu, sedih, marah semuanya dibuang jauh demi membantu anak kita berjuang untuk dirinya..Ada guru yang tengok kita dengan sinis dan parents lain tersenyum bangga seolah-olah berkata “tengok anak aku Ok je ke sekolah”.

Isteri saya berjumpa doktor kerana badan mula sakit dan doktor kata itu stress yang tidak disedari. Doktor siap share ada juga parents yang datang berjumpa dia sambil menangis sebab dah tak tahu nak buat apa bila anak tak mahu ke sekolah. Ini bukan kes budak darjah satu tapi anaknya tingkatan dua.

Saya bernasib baik sebab, rahsia yang diketahui oleh orang-orang tertentu di sekolah seperti ustaz, guru-guru terpilih dan juga pengawal keselamatan sekolah sudi dikongsi kepada saya. Ia memberi jalan untuk kita berusaha dengan rawatan alternatif. Ini bukan sekadar psikologi budak sekolah…

Sekiranya anda menghadapi masalah yang sama, just ikut langkah-langkah di atas. Cuba pelbagai method. Kalau perlu no hp ustaz, just tinggal mesej dan email kepada saya supaya saya boleh bagi no hp yang diperlukan. Sebenarnya keserasian rawatan mana-mana ustaz dengan anak kita juga penting, macam doktor dengan pesakit…Wassalam..

Comments (29) »

Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional

htuah

Salam.

Buku ini saya dapat bila datuk pengerusi bagi beberapa buku yang dia dah tak mahu. Buku yang ditulis oleh bekas ksu negara, tun ahmad sarji, yang kini pengerusi pnb siap di authograph oleh beliau sendiri. Tun ahmad sarji belajar di um dalam bidang sejarah. Dia adalah “government servant” yang banyak jasa kepada negara. Dia lahir kat tapah.

Buku ini lebih menjurus kepada ulasan beliau tentang hang tuah dalam konteks sosiologi. Ini bukan buku cerita atau novel. Kalau baca pun memang mengantuk. Saya kata ini buku ilmiah, ditulis, digarap, diceloteh secara kajian dan cadangan ilmiah..budak-budak baca tak boleh faham walaupun dalamnya ada banyak gambar.

Hang tuah diletakkan sebagai satu figure atau icon nasional kerana beberapa sebab. Tun ahmad sarji mungkin menjadikan hang tuah sebagai pedoman untuk beliau berkhidmat dengan cemerlang dalam kerajaan. Maksudnya, hang tuah ini menjalankan setiap arahan sultan dengan jayanya..sebab itu dia dikatakan setia dan taat kepada sultan melaka. Bukan seorang, tetapi semua sultan-sultan melaka yang dipertuankan hang tuah.

Kisah hang jebat mengamuk juga dibincangkan. Derhaka kepada raja merupakan kesalahan paling besar pada zaman itu. Pada zaman ini pula, sifat khianat, tidak amanah dan menikam ketua dari belakang adalah persamaan kepada sikap negatif hang jebat. Walaupun jebat dianggap ‘hero’ pada zaman ini, 600 tahun yang lampau ia adalah bertentangan dengan tatasusila dalam sistem feudal melaka. Insiden sultan mahmud mangkat dijulang dalam tahun 1699 meninggalkan kesan yang amat besar kepada bangsa melayu. Kematian sultan mahmud di tangan laksamana bentan atau megat seri rama telah menyebabkan tampuk pemerintahan atau kuasa diraja melayu menjadi huru-hara. Berlakulah perebutan kuasa, negeri-negeri berpecah, dsb.

Untuk menjadi seperti hang tuah, seseorang mestilah adalah sifat taat setia kepada pemimpinnya. Dalam surat rasmi kerajaan mesti ada “Yang menurut perintah”, kemudian ditandatangani oleh yang menjalankan tugas…Kestabilan dan keamanan berterusan dalam sistem sesebuah pemerintahan dapat dikekalkan.

Apa yang menarik, di dalam buku ini ada gambaran watak-watak penting seperti sultan melaka dan 5 saudara.

Kalau kita ke muzium melaka, memang ada gambar lukisan ilustrasi hangtuah, hangjebat dan rakan-rakan yang lain..kredit untuk buku ini, saya paparkan gambar sultan melaka untuk kegunaan adik-adik yang mengambil subjek sejarah atau kajian tempatan tetapi tidak berkesempatan melawat muzium melaka.

parameswara

Parameswara (1400-1414)

muzafar

Sultan Muzaffar shah (1446-1456)

mansor

Sultan Mansor shah (1456-1477)

alaudin

Sultan Alauddin riayat shah (1477-1488)

mahmud

Sultan Mahmud shah (1488-1511)

tuah

Hang Tuah

jebatkasturilekirlekiu

Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Likiu

Itulah gambaran watak-watak penting empayar melaka yang gemilang 1400-1511…

Sekadar renungan dan menghayati wajah-wajah mereka..

Andaikata mereka muncul depan anda, apa yang anda nak tanya kat mereka ?

Comments (2) »

Unifi vs Streamyx

Salam.

Semalam, TM datang upgrade unifi menggantikan streamyx kat rumah saya. Sejak setahun yang lalu streamyx tak berapa stabil. Line telefon pun berbunyi macam hujan. Ini berlaku sejak jiran renovate rumah. Line telefon rosak kerana bocor kat dalam dinding, kesannya copper wire jadi hijau, short circuit. Selepas setahun baru decide nak upgrade ke unifi, alasan sebab tak mau kena tukar no telefon rumah, no lama tak boleh pakai. Streamyx pakej combo RM110 sebulan campur RM28 easy talk plan untuk free call ke fixed line satu malaya jumlahnya RM138 sebulan. Dulu tak kesah sebab banyak guna, untuk kelas, course, dll.

At one time 2-3 bulan tak pakai bila laptop rosak. Sekarang ni, ada 3 netbooks, 1 ipad dan 2 smart phones. Bila anak-anak dah start guna pakai, line pun dah jadi jem sket.. Itu pun dibekalkan dengan 3 broadband sim kad (2 celcom & 1 digi). Mewahkan budak-budak zaman ini.

Masa musim SPM 2012, ada pemasangan kabel TM kat area sini, phone rumah terus takde line. Pagi isnin berdering-dering telefon rumah. Rupanya line sekolah masuk ke rumah ni…aduh…camne ni, kesian pulak ramai parents call sekolah masuk ke rumah saya..yang best siap ada cekgu sekolah cal pun saya jawap…bila saya cal hp, no yang keluar kat hp bukan no rumah saya…sah no sekolah.so repot kat TM lah..

Ingatkan unifi masuk last week masa CNY, boleh try time cuti…tup..tup 16 feb…paling lawak, TM kata last slot untuk unifi, kalau tak kena tunggu 2-3 bulan atau setahun baru TM tambah slot..

Dapatlah 38 channel tv free selama sebulan…boleh youtube & FB kat TV…ha ha ha…ni kalau tak buat ruling..ada yg jagi musang tengah malam…

Anyway, RM149 pakej VIP 5 amat berbaloi…..bukan sekadar laju tapi ada benda lain yang bermanafaat kalau digunakan….wife saya siap try satu resepi dari unifi trymasak…unifi bukan sekadar utk internet, facebook, youtube, twitter…sumber ilmu di hujung jari anda….

Leave a comment »

The Secret of Secrets-The Great Hadrat Abd al-Qadir al-jilani

sosSalam.

Sebuah buku yang saya beli pada tahun 1997 di sebuah kedai di terminal 3 airport subang. Masa tu tengah tunggu flight ke kb. Dua tiga kali, dok belek buku ni setiap kali kat terminal 3. Akhirnya beli juga dan menjadi sebuah koleksi yang sangat saya sayangi…kandungannya amat tinggi, saya cuba faham dan buat research tentang isinya.

Buku ini diterjemah oleh shaykh tosun bayrak al-jerrahi al-halveti, back to back 122 mukasurat je…buku ini dikategorikan sebagai salah satu hasil ilmiah terhebat dalam “classical sufi mysticism” oleh syeikh abd qadir al-jilani (1077-1166).

Terdapat 24 topik di dalamnya. Antara topik yang saya paling suka ialah topik 6 berkaitan “knowledge”. Ini kerana ia bersangkutan dengan kerja ilmiah saya di peringkat Phd. Saya cuba untuk mengetengahkan konsep ilmu dalam islam ke dalam kajian ilmiah saya. Bukan mudah, pada tahun 2012, saya pernah bentangkan satu konsep asas di universiti malaysia kelantan. Saya dikritik hebat oleh seorang professor yang Phdnya diperolehi dari ilmu barat. Itulah masalah kita, apabila kita belajar di luar negara, kita anggap itulah ilmu terhebat yang kita ada dan kita nak tunjukkan kita ada Phd, wajib di ‘address” dengan title dr, professor, dll.

Apa yang dihuraikan oleh syeikh abd qadir al-jilani mengenai ilmu sangat berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh barat..bodohlah kita kalau kita menolak apa yang dikatakan oleh seorang ilmuan islam yang hebat tetapi menerima ilmu danggal ilmuan barat…alasan, mereka yang menguasai ilmu ilmiah masa kini..kena follow cara mereka…sampai bila kita nak jadi pak turut…bila kita selidik hasil ilmiah barat, mereka pun cedok, tukar nama, putar belit dan claim itu trademark mereka…kita pula percaya bulat-bulat….sedihkan….knowledge management, time management, project management, 7 habits of highly effective people, dll, tidak pernahkah ia diceritakan oleh ilmuan islam ?  sudah tentu ada..

Sesungguhnya ilmu ALLAH luas….

Leave a comment »

Sambutan Maulidur Rasul

Salam.

Lepas maghrib, bergegas ke masjid al-aman lembah jaya selatan. Tengok signboard masjid, alih-alih dah sampai ke pintu masuk taman rimba ampang di bukit belacan. Tanya brother tepi jalan, rupanya dah terlepas simpang nak ke masjid. Tadi dah search dalam google maps, ikut signboard tersesat pulak. Maklumlah tak pernah datang ke masjid ni lagipun jalan nak ke lembah jaya berliku-liku.

Redah punya redah, sampai juga di depan masjid. Puteraku pulak dah terlena, tadi dia dah cakap dia nak tidur awal sebab tadi bangun awal. Sempat masuk ke dalam masjid untuk berselawat ke atas nabi. Ramai jemaah memenuhi ruang masjid. Dekat akhir-akhir, yang jadi lead selawat nabi dah bersemangat suaranya…tetiba stop, jemaah ikut pause dan ada 2-3 orang sambung. Pengerusi majlis buat pengumuman untuk menjemput hadirin duduk. Majlis seterusnya menjemput moderator dan para penceramah mengambil tempat untuk memulakan ceramah maulidur rasul.

Plan nak hantar puteraku balik so try ikut short cut, dan tersesat jalan sampai ke saujana utama…panik sat, camne nak cari jalan ni dah le jalan berbukit…at last dapat keluar dan balik rumah…dah sampai rumah hujan rintik-rintik, so tak dapat join ceramah tapi syukur sebab dapat berselawat ke atas nabi s.a.w…Hari tu miss masa ibu saya buat majlis maulud nabi kat kb…

Leave a comment »

Al-Quran Sebagai Penawar (Syifaa’)

Salam.

Di pagi jumaat yang mulia, ketua segala hari dan penuh barakah. Dari pagi tadi hujan turun membawa rahmat dan rezeki kepada semua makhluk ALLAH s.w.t.

Teringat ayat 82 surah al-israa’:

al-israa' 82

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Semoga ayat ini menambahkan lagi tahap keimanan kita bahawa ALLAH jua yang maha penyembuh segala jenis penyakit. Hanya ALLAH yang disembah dan kita meminta pertolongan kepadanya. Ameen.

Leave a comment »

Ayat Membatalkan Sihir

Salam.

Ayat Al-Quran yang diajar kepada kami oleh ustaz majid semasa kursus rawatan islam di akademi rawatan islam nur ehsan (akrine). Ia harus dihafal dan diamalkan sentiasa. Ayat-ayat ini juga menjadi ayat hafalan ruqyah asas ketiga dalam siri ruqyah asas pengubatan islam darussyifa’ oleh tuan guru dato’ dr. haron din.

Yunus 81-82

[81] Nabi Musa berkata:” Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. [82] “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”. Surah Yunus: 81-82.

Al-A'raaf 117-122

[117] Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). [118] Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan. [119] Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina. [120] Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, [121] Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. [122] “(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”. Surah Al-A’raaf:117-122.

TOHA69

Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”. Surah Toha:69.

Comments (1) »