Bangsaku……Melayu

Salam..

Kesempatan yang ALLAH telah berikan kepada saya sebagai anak kelantan untuk merantau dan menetap di beberapa negeri di tanah melayu telah memberi peluang untuk saya menilai, berfikir dan meminati sejarah bangsa sendiri.

Seawal umur 13 tahun, saya berpeluang untuk belajar di ipoh, perak. Sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi bijih timah sehingga mengundang kedatangan kuasa asing ke bumi perak. Ketika saya di bumi perak menteri besar perak ialah datuk seri ramli ngah talib, cucu datuk sagor, salah seorang pembesar perak yang dihukum bunuh oleh british kerana komplot pembunuhan residen perak pertama j.w.w. birch di pasir salak. Saya pula sering terlibat dengan aktiviti di peringkat negeri perak dan sering melihat datuk seri ramli ngah talib secara live. Saya kagum dengan beliau, mewarisi darah pahlawan melayu dan diberi oleh ALLAH peluang menjadi khalifah di bumi perak walaupun datuknya menjadi korban british. Walau atas apa alasan pun, kononnya melayu berpecah, berebut kuasa dan sebagainya, campur tangan asing bukan saja berlaku di bumi perak, malah di seluruh bumi melayu. Maknanya itu hanya alasan sahaja untuk menjajah dan merampas hasil bumi milik bangsa kita. Tokoh-tokoh seperti datuk maharajalela, si putum, raja abdullah, menteri ngah ibrahim, laksamana mohd amin masih segar dalam ingatan saya kerana ia berkait dengan perjanjian pangkor 20 januari 1874 dan kesannya selepas itu.

Selepas SPM, saya berpeluang untuk ke universiti utara malaysia, nun jauh di sintok kedah tetapi saya memilih itm melaka kerana saya gagal untuk masuk matrikulasi undang-undang uia. Itm adalah jalan untuk saya masuk ke uia selepas diploma dan sambung buat undang-undang. Berada di melaka merupakan hasrat saya untuk merasai dan memahami sejarah kegemilangan empayar melaka abad ke 14. Seronok bukan kepalang kerana dapat melawat banda hilir dan sekitar melaka untuk melihat kesan sejarah silam. Kali pertama saya ke melaka ialah semasa form 4, selepas ekspedisi mendaki gunung ledang bermula di asahan melaka dan berakhir di sagil johor. Melaka dan gunung ledang umpama jiwa dan raga. Kalau anda sampai di puncak gunung ledang barulah anda dapat feel, sengsaranya rombongan sultan melaka untuk meminang puteri gunung ledang. Melaka telah memberi kesempatan untuk saya mengenali sejarah bangsa dengan lebih dekat. Pada ketika itu padang pahlawan belum ada kompleks membeli-belah. Dapat berdiri di kawasan yang mana tunku abdul rahman mengistiharkan tarikh keramat 31 ogos 1957. Bumi melayu pertama dijajah dan di sini jugalah pengistiharan kemerdekaan dibuat oleh tunku.

Semasa di melaka, rakan-rakan dari muar, segamat dan batu pahat sering buat open house bila hariraya. Kami naik bas untuk ke sana. Kesempatan untuk merasai kehidupan dan budaya orang johor muar, segamat dan batu pahat yang kebanyakannya melayu bugis dan jawa…walaupun kat ipoh dulu, ada kawan-kawan dari johor tapi, masa tu tak pernah ke sana. Selepas melaka jatuh ke tangan portugis pada tahun 1511, johorlah menjadi kesinambungan pemerintahan sultan melayu melaka.

Pada semester akhir pengajian, kami berpindah ke kampus lendu, alor gajah melaka dan menjadi batch pertama di situ. Dari segi skop budaya, alor gajah sebenarnya adalah di bawah pengaruh naning, nogori nan sembilan. Maksudnya, sebelum british campurtangan, alor gajah adalah di bawah datuk naning negeri sembilan…So selalulah saya dan kawan-kawan ke masjid tanah dan tampin negeri sembilan. Pengaruh negeri sembilan agak kuat di situ. Perkataan seperti “den, engkou, poi mano, jang” yang sebelum ni selalu saya dengar daripada riduan atau jiboi, budak kg jiboi seromban menjadi lingua franca di sini. Masa tu masih ada stesen keretapi di pulau sebang, sempadan tampin. Saya berpeluang kenal semua orang melayu dari semua negeri di malaysia.

Jadi, kenapa bila sebut saja melayu, dikaitkan dengan sikap negatif. Apa bangsa lain tak ada sifat itukah ? Tak de iri hati, dengki, tikam belakang, tipu atau khianat…

???????????????????????????????

Mengimbau sejarah kesultanan melaka memberi satu ruang untuk kita bangsa melayu beragama islam untuk menghargai satu tamadun hebat berstatus dunia. Kenapa saya kata cam tu ? Melaka tercatat dalam banyak nota-nota pelayaran silam seperti arab, cina, india, portugis dan belanda.

Semua orang tertumpu ke melaka kerana ia seperti sebuah emporium atau pusat membeli-belah. Kalau dah ramai orang datang, pengunjung mesti nak duduk hotel, mandi, buang air besar. Takkan tidur dalam khemah, buang air dalam sungai. Isu air sampai tahun 2013 pun masih tak settle antara pihak syabas dan kerajaan selangor. Bayangkan kalau zaman tu melaka ada masalah air, elemen paling asas dalam infrastruktur.

Replika kinci air kesultanan melaka adalah bukti tahap kejuruteraan  air pada zaman itu hebat. Teknologi penyaluran air melaka tidak sehebat sistem air pancutan dan saliran air di generalife palace di al-hambra spain tetapi tidak mustahil sebagai sebuah empayar islam yang hebat, melaka mendapat teknologi dari sana. Jadi, mundur ke orang melayu dan tanah melayu ni ? Cuba jawab, siapa yang datang ke tanah melayu sebenarnya ? Kenapa datang ke negeri yang mundur untuk mencari kehidupan yang lebih baik ?

???????????????????????????????

Orang melayu sudah lama terkenal dengan ilmu pelayaran. Hikayat merong mahawangsa turut menceritakan tentang kehidupan dalam sebuah pelayaran.  Cikgu sejarah saya yang merupakan ajk persatuan sejarah malaysia pernah berpeluang melawat muzium lisbon di portugal. Kata beliau, ada peralatan dapur dalam istana melaka yang dibawa pulang ke portugal, orang melayu sendiri pun tak pernah lihat. Itulah katanya yang saya masih ingat. Buktinya melalui catatan karamnya kapal flor de la mar di selat melaka yang membawa pelbagai barangan berharga hasil rampasan dari istana melaka. Kisah panglima awang atau enrique of malacca yang ditawan dan dibawa balik ke portugal. Beliau menjadi pembantu dan jurubahasa ferdinand magellan dalam ekspedisi mengelilingi dunia tajaan raja sepanyol. Setelah magellan terbunuh di kepulauan filipina, rekod mengenai panglima awang lenyap. Kenapa enrich atau panglima awang menjadi orang penting dalam pelayaran tersebut ? Sudah pasti kerana tahap ilmu pelayaran dan diplomasi lingua franca beliau yang tinggi. Beliau juga bukan orang melayu biasa.

Satu lagi catatan silam yang dikaitkan dengan melaka ialah kunjungan laksamana cheng ho yang beragama islam ke melaka. Beliau yang berkhidmat di zaman era dinasti ming telah mengadakan ekspedisi maritim terbesar dunia meliputi laut selatan hingga ke afrika. Islam telah menjadikan bangsa melayu disegani di seluruh dunia.

chengho

Melaka sememangnya bernaung di bawah daulah kerajaan cina dinansti ming sehinggakan ia tidak berani diusik oleh kerajaan lain di rantau asia tenggara seperti siam.

Perigi hang tuah di kg sungai duyung melaka dikatakan digali oleh laksamana hang tuah, ketua armada laut melaka yang terkenal. Sebuah perigi lagi yang dikaitkan dengan laksamana tersebut juga terdapat di patani, selatan thai. Persoalannya kenapa perigi itu terdapat di sana sedangkan hang tuah dikatakan sering ke majapahit. Maka, timbullah teori bahawa kerajaan majapahit terbahagi dua, satu di kelantan dan satu lagi di indonesia. Pada 1477, sultan mahmud syah melaka menyerang kelantan di bawah pemerintahan sultan mansur.  

???????????????????????????????

Faktor keselamatan dikatakan punca laksamana hang tuah membina sendiri punca air untuk kegunaan beliau. Sumber air sangat penting kepada manusia. Bagi bangsa melayu, air digunakan untuk minum, bersawah padi, tempat untuk mendapatkan ikan iaitu sungai dan paya serta sebagai jalan pengangkutan.

Saya juga berkesempatan untuk menghadiri satu program “Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) pada tahun lepas. Seronok dapat mendengar dan berjumpa dengan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan alam melayu. Ia tidak bermotifkan politik tetapi lebih kepada rasa sayang dan tanggungjawab kepada satu bangsa, iaitu bangsa melayu.

04112012716

Syukur kerana banyak perkara yang saya dapat seperti:

1) Kenapa institusi raja melayu penting untuk dipertahankan oleh orang melayu

2) Hak istimewa orang melayu tidak pernah menindas kaum lain di tanah melayu

3) Nasib melayu singapura dan riau

Nanti disambung lagi…

1 Response so far »

  1. 1

    Ziewahab said,

    Bagi saya untuk memartabatkan bangsa melayu kita sendiri haruslah melakukannya Dan bukan orang lain,Dan hebat nya orang melayu Kerana agama nya iaitu Islam,kalau melayu bukan Islam hilanglah kehebatannya……tanah melayu mend apart keberkatan Dan limp ah rezeki yang melimpah ruah Kerana Islam yang diredhai Allah…..ingat lah wahai bangsa melayu ….


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: