Anak Meragam Tak Mahu Ke Sekolah

Salam.

Anak bongsu saya, lelaki, tahun ni masuk darjah satu. First week pergi sekolah OK. Masuk minggu kedua mula banjir bila nak masuk sekolah. Guru kelas pujuk, boleh masuk kelas. Then dalam kelas cikgu kata OK. Siap jadi ketua kelas lagi.

Masuk bulan februari, ragamnya dah agak kritikal. Sampai je ke sekolah tak mahu keluar dari kereta. Cikgu pun dah tak larat nak ligan..so next week tu cuti seminggu sempena cuti tahun baru cina. Cikgu kata boleh berubat atau ikhtiar masa cuti raya cina nanti. hum..

Ada parents siap bagi no phone beberapa individu dan ustaz yang boleh ikhtiar untuk pulihkan dia..Anak-anak mereka pun pernah jadi jugak. So saya mula dengan seorang pakcik jaga sebuah masjid. Dia buatkan air minum dan mandi..tak mahu jugak pergi sekolah..tak pe kita ikhtiar dengan izin ALLAH..

p.s- saya dan isteri kekadang blow jugaklah…gagal juga mengawal emosi…then kami decide, kita sebagai parents cuba kawal emosi bila menghadapi situasi ni..

Masa cuti raya cina, saya bawa dia ke tujuh masjid dan mandikan dengan air kolah masjid sebagai ikhtiar..belum berjaya untuk buat dia ke sekolah..

Lepas raya cina, pun tak nak jugak masuk ke sekolah. Dari pintu D, kami cuba masuk ikut pintu utama sebab sekolah ni ada beberapa pintu untuk ke blok berdekatan dan pelajar dipecah mengikut blok untuk perhimpunan pagi..sekolah ini adalah sekolah terbaik di wilayah persekutuan bagi UPSR 2012..sekolah berprestasi tinggi..

Saya juga bawa dia jumpa seorang guru al-quran bekas ustaz sekolah integrasi. Ustaz buat air mandi dan minum juga..Ustaz kata sekolah dia dulu pun macam tu juga..bukan saja berlaku pada pelajar darjah satu, darjah 3 pun jadi begitu…

Patutlah cikgu pernah tanya dia pernah nampak apa-apa ke kat sekolah ? Nampak apa ? Saya buat-buat tak faham sebab tak mahu influnce kat budak lain pulak..

Pada jumaat lepas, ustaz sekolah dia bawa kami jumpa sahabat dia yang boleh ikhtiarkan. Dia buat air minum dan mandi. Air kolah masjid untuk mandi.

Saya kesian kat dia sebab, bangun pagi semangat nak ke sekolah, solat subuh, minta sediakan bekal. Dia siap baca selawat syifaa dari rumah, sampai je di depan sekolah dia buat ragam tak mahu keluar. Dia pernah bagi tahu isteri saya, bila sampai je kat sekolah hati jadi sayu, tak mahu masuk ke sekolah..

Saya tanya student part time saya yang sambung belajar di IPTS, seorang ustazah di sebuah sekolah integrasi tentang ragam anak saya tak mahu ke sekolah dengan harapan ada tips yang boleh diikhtiarkan. Dia kata itu adalah kes-kes yang melibatkan anak-anak yang boleh nampak benda-benda halus. Ada yang tukar sekolah sebab tak tahan bila boleh nampak benda-benda tersebut. Tambah beliau ada yang berubat untuk tutup kembali “hijab” yang terbuka.

Semalam, saya mendapat ilham untuk menggunakan teknik rawatan yang saya pelajari dari kelas AKRINE untuk ikhtiar memulihkan anak saya. Pelik ye, kenapa sebelum ni saya tak tergerak untuk gunakan apa yang telah diajarkan oleh ustaz majid tahun lepas.

Pagi ini, setelah dipujuk, anak saya mampu masuk ke kawasan sekolah dan dengan bantuan guru kanseling, kami boleh tinggalkan dia di sekolah. Syukur Ya ALLAH, secara beransur-ansur putera saya dah boleh ke sekolah..

Stage tak mahu keluar dari kereta dah berlalu. Dia dah boleh masuk kawasan sekolah. Tapi masih tak mampu untuk masuk ke bangunan sekolah. Dia menunjukkan tanda-tanda ada gangguan ke atas dirinya. Sebelah petang saya bawa sahabat ustaz yang pernah kami ke rumahnya jumaat lepas untuk meninjau kawasan sekolah. Dia bawa anak saya masuk ke kelas. Siap test untuk masuk kelas.

Esoknya alhamdullillah, dia dah boleh masuk ke kelas walaupun untuk satu waktu. Saya dan isteri berada di luar kelas. Bila saya perhati, setelah berada di dalam kelas, dia jadi normal. Buat kerja dan sempat tanya guru kelas untuk arahan seterusnya. So, esok ibunya tunggu di luar kelas. Lepas waktu rehat dia kata ibunya tak payah tunggu.

Sebagai pengajaran, jangan ambil mudah jika anak meragam tak mahu ke sekolah. Periksa jika sebab 1) guru garang ke, 2) kawan kacau ke, tapi kalau dah pernah ke tadika perkara 1 & 2 bukan masalah, sebab mesti dia awal-awal tak mahu ke sekolah. tapi kalau bersemangat ke sekolah, tapi sampai je depan gate sekolah tak mahu masuk, kerabat kaki kita tak mahu lepas, reaksi muka dalam ketakutan, itu tandanya berlaku gangguan tahap mistik.

Perkara ini juga kami ambil sebagai petunjuk daripada ALLAH s.w.t dan setiap kali berjumpa ustaz atau individu untuk ikhtiar, ada perkara baru yang dipelajari ataupun sebagai revision terhadap amalan, doa, selawat dan bacaan-bacaan ayat al-quran yang tidak diamalkan, belum dihafal atau baru tahu kegunaannya.

Semoga putera saya pulih seperti biasa dan jika saudara-saudari menghadapi masalah ini cepat-cepatlah berikhtiar, kesian anak-anak, jangan dipukul, marah atau diugut dengan pelbagai hukuman. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali.

Walaupun anak dah pulih daripada unsur-unsur gangguan, sedikit masa harus diberi untuk dia adjust balik mood ke arah pembelajarannya. Bayangkan selepas kita kebah dari demam, badan kita dalam “recovery process”. Sokongan untuk dia serta doa berterusan kepada ALLAH s.w.t InsyaALLAH akan membuahkan hasilnya jua…

Saya agak surprise apabila ada parents yang tinggalkan mesej di entri ini mengenai masalah anak tak mahu ke sekolah..Parents yang tak kena tak rasa peritnya situasi ni. Kita akan rasa tiada sesiapa yang faham masalah yang kita sendiri tak tahu puncanya. Perasaan malu, sedih, marah semuanya dibuang jauh demi membantu anak kita berjuang untuk dirinya..Ada guru yang tengok kita dengan sinis dan parents lain tersenyum bangga seolah-olah berkata “tengok anak aku Ok je ke sekolah”.

Isteri saya berjumpa doktor kerana badan mula sakit dan doktor kata itu stress yang tidak disedari. Doktor siap share ada juga parents yang datang berjumpa dia sambil menangis sebab dah tak tahu nak buat apa bila anak tak mahu ke sekolah. Ini bukan kes budak darjah satu tapi anaknya tingkatan dua.

Saya bernasib baik sebab, rahsia yang diketahui oleh orang-orang tertentu di sekolah seperti ustaz, guru-guru terpilih dan juga pengawal keselamatan sekolah sudi dikongsi kepada saya. Ia memberi jalan untuk kita berusaha dengan rawatan alternatif. Ini bukan sekadar psikologi budak sekolah…

Sekiranya anda menghadapi masalah yang sama, just ikut langkah-langkah di atas. Cuba pelbagai method. Kalau perlu no hp ustaz, just tinggal mesej dan email kepada saya supaya saya boleh bagi no hp yang diperlukan. Sebenarnya keserasian rawatan mana-mana ustaz dengan anak kita juga penting, macam doktor dengan pesakit…Wassalam..

28 Responses so far »

  1. 1

    Siti zabedah bt said said,

    Assalamualaikum. saya siti dari cheras. anak saya juga mengalami situasi yang sama. dah masuk 3 bulan masih dlm keadaan yg sama. boleh tak bagi no. tel ustaz yg dimaksudkan.

  2. 3

    chemp said,

    assalam..saya juga menghadapi masalah ank xnk ke sekolah..walaupun baru usia 4 tahun dan hanya sekolah pasti tapi saya khuatir hal ini akan berlarutan..berpunca dengan pemergian arwah bapa mentua saya, anak saya mula meragam xnk ke sekolah..sebab arwah atuk dia yang selalu jemput balik dari sekolah..dah 2 bulan pemergian arwah bapa mentua saya dan bermakna dlm tempoh tersebut juga lah ank saya ‘on off’ ke sekolah..dlm seninggu kadang hanya 2 kali dia nk ke sekolah..itu pun setelah berjanji mcm2 nk belikan mainan dia..harap saudara dapat membantu saya..

    • 4

      mikemohd said,

      Salam.

      Saya juga bawa anak ke pusat rawatan islam al-hidayah setiawangsa, perawat kata ada gangguan pada anak saya. Anak-anak bila hatinya sedih akan mudah diganggu oleh makhluk ALLAH yang lain. Kami diberi ayat al-quran dari 2 surah untuk bacaan waktu siang dan malam. InsyaALLAH, kita ikhtiar ye..jangan biarkan dia sendirian, terutama bila dia main dengan mainan sambil cakap sorang-sorang. Bukan apa, kita risau ada yang ambil kesempatan berkomunikasi dengan dia. Solat hajat dan doakan dia pulih seperti biasa. Ia mungkin ambil masa dan kami pun kena bersabar. Kalau anak boleh baca al-quran, minta dia baca surah al-falaq dengan bilangan ganjil (3,5,7 kali) dengan melihat pada huruf-huruf surah tersebut. Wassalam.

  3. 5

    fathin aqila said,

    Salam..kak..boleh bagtahu tak no telefon ustaz..saya dah naik lelah dah kak.. adik saya asyik xnk ke sekolah..nenangis tiap2 hari kak..

  4. 6

    umi said,

    salam minta no ustaz boleh..😦 umiera_g@yahoo.com

  5. 7

    Ahmad said,

    Salam,
    Terima kasih di atas pandangan di atas. Anak saya mengalami masalah yang sama sejak tiga hari dia cuti kerana demam. Boleh tak berikan saya no hp ustaz tersebut ke email saya iaitu: aek_2751@yahoo.com

  6. 8

    syieda said,

    Assalamualaikum,
    Saya juga mempunyai masalah yang sama. anak saya baru darjah 1. Bila pergi sekolah agama pada sebelah pagi, dia ok. Tapi bila pergi sekolah kebangsaan pada waktu petang siap lari dari tempat transit pergi ke rumah jiran. Asal sebut sekolah aje dia menangis. Perkara ni berlaku selepas ditampar oleh guru kerana tidak siap kerja sekolah. Boleh tak berikan hp ustaz tersebut ke email saya, syieda9777@yahoo.com saya harap sangat untuk pulih semula semangat anak saya. Terima kasih

  7. 9

    kamariah said,

    Tuan/puan..boleh berikan nama/no telefon ustaz ke? anak saya menghadapi masalah yang sama ..dah 2 minggu tak ke sekolah….dah ikhtiar tempat lain tapi masih sama….boleh pm saya kamariah_salim@hotmail.com

  8. 10

    Fauziah said,

    Assalammualaikum,
    Anak saya pun menghadapi masalah yang sama, dah darjah 3 …sejak kena marah dgn guru dah lebih 3 bulan dia on-off ke sekolah, sampai je kat sekolah , dia langsung taknak turun kereta. Puas dah saya doa dan baca ayat2 serta dah ikhtiar tempat lain tapi masih tahap sama sampai la ke hari ni…. Boleh tak saya dapatkan nama/no telefon ustaz berkenaan ? email saya fuzett04@yahoo.com .Tkasih.

  9. 11

    Syima said,

    Salam, boleh bagi no tel ustaz tu..anak saya mengalami situasi yang same, tahun depan masuk darjah 1.

  10. 13

    Syima said,

    Salam, boleh berikan nama & no tel ustaz tu.alamat email saya: nazatulsyima.ahmadfuzi@jti.com

  11. 14

    asmiera said,

    Salam..sya alami situasi sama spt di atas dan boleh sya dpt kan no tel ustaz @ alamat berserta namanye kpd sya : asmiera_omar@yahoo.com..t.kasih

  12. 15

    Adisa said,

    assalammualaikum, saya juga mempunyai masalah yg sama , boleh kongsi dgn saya no telefon ke email saya ariadis29@gmail.com ? terima kasih byk2

  13. 16

    ayu said,

    As’salam anak saya juga m’hadapi masalah xnk pri sek. Sampai kaw sek menagis t’esak2…dia kata dia takut…thn 4 dh, sek yg sama…cikgu semua dh kenal

  14. 17

    ilham said,

    Mengalami masalah yang sama.tapi anak baru 5 tahun.baru 3 minggu sekolah tp sekarang makin gahat taknak ke sekolah.sampai tengah tido pun tetiba menangis taknak ke sekolah (sekarang sewaktu saya menggugel ni dia terjaga dan menangis taknak ke sekolah) kalau boleh nak try no ustaz…rawatan akrine tu mcm mana?

  15. 18

    Azlin said,

    As salam tlg bagi no tel ustad tu…anak sy darjah 2..dia dah sebulan enggan ke sekolah.Dah rata sy usaha tp belum berjaya..Tolongla sy…

  16. 19

    ain said,

    assalam…boleh mintak no telefon ustaz tu?

  17. 20

    liza said,

    Salam boleh sya dapat kan no ustaz tersebut..
    .tq

  18. 21

    nurul said,

    Salam..bole x nk no tel ustaz tu? Tq. farndzes_90@yahoo.com

  19. 22

    Azian said,

    Assalamualaikum..saya ada masalah yg sama dgn anak buah saya. Boleh emailkan no. Ustaz yg dimaksudkan pada yandziq@yahoo.com. Terima kasih…

  20. 23

    johari said,

    Assalamualaikum..anak saya mengalami masalah yg sama..boleh saya dpt kan no tel ustaz @ alamat berserta namanye kpd saya..
    sekolahpondok@ymail.com
    Terima kasih byk2..

  21. 24

    siti hafiza binti kamarzaman said,

    assalmmualaikum…. blh berikn no phone ustaz yg di mksud kan.A nak sy jg mengalami situasi yg sma dh hmpir setngah thn xnk msuk ke kels.tp bla dr rmh bersemngat nk pg sek,sy merupakn guru dsek jd ank sy akn msuk ke kels khas sya drpd beljr dlm kels thn 2.pelbgai kaedh perubtn d cuba tp smuanya x brkesn.malahan sy pnah tkarkn ank sy ke sek lain tupn hnye 3 hr jea brjaya ke sek dgn dtemani sy dn suami.kami dh buntu memkirkn pemslahan anak kami ini.

  22. 25

    syira zakaria said,

    Boleh berikan saya number ustaz tuu ?adik saya sejak lepas raya haji tahun lepas x nak pergi sekolah langsung dah. .jenuh tanya nape x nak pergi sume . .tapi dia diam je . .ikhtiar kat bnyak tempat dah . .belum jodoh nye untuk pulih kot . .mak saya mula down dah . .asyik nangis pikir pasal adik . .dah lah mak saya kene stroke pon belum pulih lagi . .darah tinggi asyik naik je sekarang😦

  23. 26

    lissa said,

    Salam bole emailkan no ustaz ke zarasalim1981@gmail.com. anak saya enggan ke sekolah asyik nangis jer darjah 2.

  24. 27

    jamiah said,

    email pada saya …miah20879@gmail.com

  25. 28

    Puan Asmah said,

    Assalamualaikum….sekarang saya menghadapi situasi yang sama dan sudah berlarutan selama hampir 3 bulan…bila dihantr ke sekolah kemudian bila kita balik dia akan lari dan anak jugak pernah mengamuk dan menangis bila disuruh masuk dlm kelas…dia kata x sedap hati…x da daya nak menghadapi lagi…cikgu2 yang x faham dh mula buat muka…sampai ada yang sindir macam2.saya siang malam menangis..berdoa dan berbagai ikhtiar saya dan suami lakukan .jika tak keberatan boleh tak saya nak dapatkan no contac ustaz….saya dah x sanggup nak lihat keadaan anak bongsu dlm keadaan begitu…dia x pernah begitu dan tidak pernah ada rekod burjk dlm hal disiplin sehingga la awal bulan lima hari tu dia tiba2 berubah…dan perubahan tu dapat dikesan oleh semua ahli keluarga…boleh pm saya di no 0134694848 untuk tinggalkan no ustaz

    #Ibu yang berharap.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: