Archive for March, 2013

Sepetang Bersama Tun Mahathir

290320131083

Salam.

Semalam dapat info pasal satu program sepetang bersama tun mahathir di universiti antarabangsa al-bukhari, alor setar. Lepas solat jumaat, terus ke sana. Kesempatan bercuti di kg boleh dimanafaatkan untuk satu majlis ilmu bersama negarawan ulung malaysia.

Tun mahathir menyentuh mengenai sumbangan yayasan bukhari yang mengunakan nikmat yang diperolehi untuk kegunaan pelbagai manafaat hingga ke peringkat global.

Nikmat yang diperolehi oleh rakyat malaysia adalah kerana negara kita aman. ALLAH memberi rahmat yang tidak terhingga kepada kita yang kadang-kadang kita lupa untuk mengucapkan kembali syukur kepada ALLAH. Maksudnya kita tidak bersyukur. Ada pula yang telah diberi bantuan mengigit tangan orang yang telah memberi pertolongan.

Tun mahathir menyeru agar kita pertahankan kedaulatan dan keamanan negara kita supaya kita boleh hidup aman untuk bekerja dan beribadat serta mensyukuri nikmat ALLAH.

Leave a comment »

Dr Uthman El-Muhammady

dr uthman

Salam.

Semalam, lebih kurang jam 1.00 pagi saya menyiapkan satu tugasan pejabat yang mana setelah saya bertungkus lumus menyiapkan dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang, email kat boss dia kata bukan itu yang dia nak…angin satu badan saya…otak dah blank…so saya balik create balik kerja dari jam 8.00 malam sampai pukul 1.00 pagi.

Masa buka utusan online, berita terkini paparkan kembalinya dr uthman el-muhammady ke pangkuan penciptanya..Innalillahiwainna ilaihirojiun…

Saya kenal dr uthman melalui tv je…tapi saya tahu dia seorang ulama yang terkenal dengan ilmunya..Pernah satu kali masa saya naik Airasia dari KB ke KL, saya satu flight dengan dia. Dia senyum dan saya teringin nak salam dengan dia tapi tak sempat. Ingat masa boarding kt LCCT sempat lah salam rupanya dia dah keluar dulu…Saya kata next timelah saya salam bila ada kelapangan…

Ditakdirkan, saya diberi kesempatan oleh ALLAH s.w.t untuk melihat dia yang sudah tidak bernyawa di masjid UIA pagi tadi. Saya bergegas ke sana untuk solat jenazah. Mashya ALLAH, jernihnya muka allahyarham. Saya tidak dapat menahan sebak kerana diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk menatap wajah seorang yang warak dan penuh dengan ilmu…Saya duduk di hujung saf dengan penuh keinsafan…apakah nasib saya bila tiba masanya nanti…cukupkah bekalan untuk ke sana…hari ini saya benar-benar merasai janji ALLAH itu benar untuk hambanya yang soleh..

Allahyarham yang berumur 70 tahun meninggal di dalam tidur ketika berada di bilik bacaan rumahnya di ISTAC jam 7.30 malam tadi. Dilahirkan di kg telok panji tidak jauh dari kg dusun raja, rumah saya. Kiranya saya dan dr uthman berasal dari kawasan yang sama…

Tulisannya banyak dan antara perkara yang paling signifikan ialah beliau bersumpah dengan nama ALLAH dan rasul bahawa negara kita malaysia bukanlah negara sekular kufar. Ramai yang kata beliau ulama kerajaan tetapi apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar…“kembalilah kepada kerangka asal: sayang agama dan bangsa mengikut islam dan jangan gadaikan persaudaraan sesama islam hanya kerana pendapat politik yang berbeza.” Apatah lagi kalau sampai mengkafirkan sesama islam hanya kerana perbezaan fahaman politik. Dr uthman tidak masuk politik dan pendapat beliau adalah berdasarkan ilmu..

Solat jenazah diimamkan sendiri oleh anak allahyarham. Sebagai fellow kanan utama uia, dr uthman diberi penghormatan untuk dikebumikan di tanah perkuburan islam uia, gombak.

Selepas solat jenazah, dapatlah saya bersalam dengan beberapa orang ulama, tun abdullah badawi (mantan perdana menteri), datuk hasan ali (bekas exco selangor), datuk zulkifli nordin (ahli parlimen kulim), prof datuk dr. syed othman alhabshi (cao inseif) dan datuk azmi ali ahli lembaga pengarah syarikat saya. Saya pun nampak azran osman-rani ceo airasia x. md company saya ? x nampak pulak…

Semoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang salih, ameen.

Leave a comment »

Legacy Transformation

Salam..

Ketika mengemas kat opis, terjumpa kalendar meja Telekom Malaysia 2008 yang diberikan oleh makcik saya yang kerja kat TM. Sayang rasanya nak buang sebab gambar-gambarnya penuh kenangan zaman dahulu…

Bila tengok je boleh flash back ke zaman-zaman kanak-kanak yang tidak mungkin dapat di U turn masa kini untuk balik ke masa itu.. Decide untuk scan dan share kat sini… Kredit untuk telekom malaysialah sebab kalendar TM punya…tapi kalau simpan lama-lama akan terbuang ke tong sampah..

Thema tahun 2008 adalah proses transformasi telekomunikasi dari tahun 1800 hingga ke masa kini dan yang signifikan ia turut melibatkan pelbagai perubahan dalam kehidupan kita..

P3

Beduk untuk menyampaikan masuknya waktu solat kepadaumat islam, Pada zaman dan ketika itu, teknologi loud speaker dan microfon belum digunakan dengan meluas dia surau dan masjid.

P12

Pendidikan merupakan teras kepada penguasaan ilmu. Ia adalah anugerah ALLAH kepada hambanya.

P6

A,B,C, alif, ba, ta, tiga huruf asas yang menjadi penghubung kepada sumber ilmu yang tidak terkira banyaknya..

P10

Permainan adalah pembelajaran yang paling best. Dari papan congkak ke tablet….

P4

Bagi budak lelaki, sukan bolasepak merupakan sukan paling hebat pernah dicipta manusia…Dulu hidup saya, pagi sebelum masuk kelas main bola, waktu PJ main bola, waktu rehat main bola, balik sekolah main bola….petang apa lagi…Bola lahhhhh. World cup 1982, masih saya kenang sampai lani, Paulo rossi dan dino zoff…

P9

Dari zaman cheti kutip hutang sampailah ke zaman ATM dan lani internet banking pulak…

P11

Point of Sale, buku 555 (orang sebut 35) dan sempua apek tua….perniagaan…

P2

Kedai kopi VS cafe with free wifi……ada di mana-mana hari ini…

P5

Van bergerak jabatan penerangan, tayangan gambar percuma kat padang…..kini dah ada SMS, MMS, internet on mobile….

P1

Dulu dan kini……cepatnya masa berlalu….apa yang ada pada hari ini mungkin tiada lagi pada esok hari….yang tinggal hanyalah sebuah kenangan…..jadi hargailah hari ini demi hari esok yang lebih bermakna….

Leave a comment »

Masjid Selat Melaka

Mselat11

Salam.

On the way ke masjid kg hulu tetiba terdetik macam masjid akan direnovate. Masa ziarah bulan dua lepas, ada desas-desus masjid akan diperbesarkan. Masjid jamek Kl pun masih ditutup untuk tujuan yang sama.

Bila sampai je depan masjid, gate utama ditutup, betullah masjid ditutup. Round satu kali, dapat tanya pekerja kat situ, masjid ditutup hingga bulan september 2013 sebab nak repair bumbung bocor. Nasib baik ada brother yang tolong ambilkan air kolah. Tak de rezeki nak mandi air kolah masjid tapi dapat juga 1 botol. Dalam bonet ada 4 botol, malu nak minta orang ambilkan sampai 4 botol. Itupun sebab cakap datang dari Kl nak ambil air kolah. Syukurlah. Brother tu kata ramai orang marah sebab tak boleh masuk. JKR tak benarkan public masuk takut terjadi kemalangan masa pembaikan masjid, logiknya begitu. Rupanya masjid kling pun tutup untuk tujuan sama. So, mereka kena solat jumaat kat mana ye ? Segan nak singgah rumah imam abas.

Then decide untuk ke masjid selat sebab tak pernah sampai pun. Terus menghala ke sana melalui banda hilir.

Mselat12

Sampai juga ke sini. First time terbaca dalam blog amirmistik, beberapa tahun dulu. Few times datang melaka pun tak singgah sini. Hari ni bertuah dapat datang sebab musabab masjid kg hulu ditutup. Nak masuk ke dalam masjid je ada pakcik cina bagi salam. Siap tunjuk dia datang dengan rombongan cina islam dari negara china.

Ada recording TV3 dengan seorang ustaz, tak sure program apa. Selepas ambil wuduk, saya solat tahiyatul masjid dan sambung berzikir, ada satu bau wangi ala-ala minyak atar meresap ke hidung. Air fresher ke? Saya angggap ia satu rezeki.

Mselat03

Rakaman TV3 menganggu fokus saya. Saya kena berubah tempat dan beralih ke barenda sebelah kiri masjid. Kat situ angin laut bertiup masuk dan mendayu-dayu…

Mselat01

Sayangnya, arah kiblat adalah di sebelah kanan. Arah kiblat tidak mengadap laut seperti masjid al-hussain kuala perlis. Kalau kedudukan kiblat masjid dibina mengadap laut pasti akan memberi impak yang sangat tinggi bila solat dan berzikir.

Sedar-sedar, group TV3 ada kat belakang saya untuk shooting kat area ni, apa lagi saya pun berpindah ke dalam masjid pulak..

Mselat02

Ini pula di tengah-tengah ruang masjid. Di bahagian kanan dan kiri ada ruang solat sekunder yang terletak di bahagian atas masjid dan boleh dinaiki melalui tangga pusing.

Mselat04

Terdapat dua bahagian untuk menikmati pandangan laut selain di sebelah kiri, terdapat juga ruang di bahagian belakang masjid.

Mselat06

Untuk datang ke masjid selat, kita kena menyeberang sebuah jambatan untuk ke pulau melaka, di mana masjid ini berada. Pulau melaka adalah sebuah pulau buatan yang ditambak. Nun, di sana sayup-sayup pulau besar, pulau yang selalu diziarahi oleh pihak-pihak tertentu untuk pelbagai tujuan. Bila agaknya nak ke sana…tak pernah sampai lagi..

Mselat08

Dari sudut sebelah kanan, struktur masjid berada di atas air. Kalau air pasang masjid ini akan kelihatan seperti sebuah masjid terapung seperti masjid zaharah dan masjid kristal di trengganu serta masjid al-hussain kuala perlis.

Mselat10

Tak sah kalau tak snap gambar menara. Tinggi betul menara ni. Kalau tak silap ia juga berfungsi sebagai rumah api pada waktu malam. Next time nak datang waktu malam untuk menghayati suasana yang indah dari pelbagai kedudukan masjid ini.

Mselat14

Ketika anak dan isteri sedang beli air kat kedai masjid (cuaca sangatlah panas), terperasan satu masterpiece yang sungguh cantik dari kaca masjid selat. Perkataan ALLAH dan Muhammad, menghiasi kaca masjid selat..

Maha suci ALLAH yang mengizinkan aku untuk sampai ke sini akhirnya…

Leave a comment »

Masjid Tengkera Melaka

Mtengkera10
Salam.

Kali pertama menjejakkan kaki ke masjid ini ialah ketika majlis silaturahim ITM melaka julai 1991. Saya dan radin sangat letih sepanjang program tersebut. Namun, kami terasa sangat lucu ketika bilal melaungkan azan solat jumaat kerana caranya amat pelik serta unik. Minggu-minggu seterusnya, kami sedar ia sangat unik dan kami kagum dengan cara bilal melaungkan azan..

Setiap kali ke melaka, kalau melalui jalan tengkera, insyaALLAH saya akan singgah. Semalam, tanpa dirancang isteri mengajak untuk ke masjid kg hulu untuk memandikan putera kami yang tak mahu ke sekolah. Sebagai satu ikhtiar, kami ke melaka, keluar tol simpang ampat, cross ikut pulau gadong, limbongan dan melalui jalan tengkera. Alang-alang dah lalu, singgah sekejap.

Mtengkera12

Air kolah masjid tengkera tidaklah sepopular air kolah masjid kg hulu. Mengikut catatan, masjid ini dibina sekitar tahun 1728 di zaman belanda dan merupakan masjid kedua tertua selepas masjid kg hulu. Di masjid inilah bersemayamnya sultan hussein muhamad syah yang menyerahkan singapura kepada stamford raffles pada tahun 1819. Setelah meninggalkan singapura, baginda berpindah ke melaka dan mangkat di sini dalam tahun 1835.

Mtengkera01

Melangkah masuk ke dalam masjid melalui pintu kayu yang diukir indah. Dapat duduk di beranda masjid pun sudah memadai untuk mencari ketenangan jiwa dan hati…

Mtengkera05

Kalau dibandingkan dengan masjid kg hulu, masjid ini agak lengang. Seperti yang kita maklum, kat masjid kg hulu ada orang memasak dan mengedarkan makanan kepada musafir pada setiap hari sabtu. Ada pula yang datang mengambil air kolah, memandikan anak@bayi dan membawa pisang untuk membayar nazar ataupun niat.

Mtengkera13

Struktur di dalam masjid tengkera sama seperti masjid kg hulu dari segi susunan tiang dan kedudukan mimbar. Ia seperti masjid kembar sebenarnya.

Mtengkera02

Ini pula binaan tambahan kepada ruang masjid bagi menampung jumlah jemaah ketika solat jumaat. Ruang yang ada pengadang kaca dikhaskan untuk jemaah wanita.

Mtengkera11

Actually, menara asal masjid tengkera berada tidak jauh dari masjid ini. Masjid asal telah roboh, ingat-ingat lupa pasal menara asal yang terletak on the way ke banda hilir kat sebelah kanan dalam 500m dari masjid-lupa nak snap gambar menara asal.

Mtengkera09

Sebelum ke masjid kg hulu, saya menyeberang ke seberang jalan untuk mendapatkan big picture dari sudut yang lebih luas untuk cuba snap angle paling besar untuk masjid tengkera. Dalam cerita wali songo, ada tercatat nama pulau upih. Lokasi tersebut dikatakan kawasan tengkera. Pulau upih adalah pusat para pendakwah tinggal.

Leave a comment »

Sabah…negeri di bawah bayu

map

Salam.

Kejadian berdarah di sabah melibatkan tentera diraja sultan sulu dan pasukan keselamatan negara menguji persahabatan serantau. Asasnya mudah, bumi malaysia dicerobohi. Kita biasa dengar nelayan indonesia atau vietnam menangkap ikan hingga masuk ke perairan negara. TLDM akan tahan dan bawa mereka ke darat. Satu lagi orang indonesia masuk ke malaysia tanpa dokumen sah atau disebut PATI. Orang myanmar pula masuk ikut sempadan perlis. PATI, pendatang tanpa izin. Bila ditahan, kadar nak melawan tu taklah radikal sangat..Mereka tahu mereka illegal..

Kes di sabah ini, dah ler menceroboh tapi ada senjata macam tentera. Siap boleh buat kubu dan serang anggota polis hingga terkorban. Alasan ialah sabah adalah milik mereka berdasarkan sejarah 1800an dahulu. Suruhanjaya cobbold 1962 merupakan satu proses pungutan suara daripada penduduk sabah dan sarawak untuk merdeka daripada british dan masuk gabungan negara malaysia. Rakyat kedua-dua negeri bersetuju dan setelah 50 tahun berada di dalam negara malaysia tetiba satu puak dari selatan filipina menuntut bumi sabah dengan cara militan. Baik sungguh malaysia, siap bagi masa untuk penceroboh keluar dari sabah tapi tuba juga balasannya.

Sebenarnya malaysia baru saja menolong satu golongan untuk berdamai dengan kerajaan filipina setelah sekian lama hidup dalam pertempuran dengan tentera filipina. Ada yang hilang pengaruh selepas perjanjian tersebut dan mungkin dicucuk oleh puak-puak tertentu di malaysia untuk buat kerja kotor sikit. Masing-masing berada di pihak yang kurang dari segi kuasa dan pengaruh semakin luntur akibat cara tersendiri. Semua ini dengan izin ALLAH.

SB1

Ada yang kata nak bawa ke mahkamah antarabangsa seperti kes pulau sipadan dan pulau batu putih. Kedua-dua pulau tersebut tidak ada penduduk macam sabah. Sipadan adalah pusat peranginan manakala batu putih ada radar maritim.

To be fair, kita kena tanya orang sabah, nak ke mereka menerima sultan sulu sebagai pemerintah mereka. Sultan sulu pula bukannya sebuah kerajaan berdaulat serta tidak diiktiraf oleh PBB pun. Ia adalah sebahagian daripada sebuah sejarah silam seperti kesultanan melaka yang hebat.

Yang beruntung kerajaan filipina, mana tau ada untung sikit. Dulu-dulu sudah menggugurkan tuntutan ke atas sabah atas dasar setiakawan asean. Keluasan filipina pun dah melebihi sabah. Sebab tanahnya besar sangat nak develop pun susah jugaklah. Tapi kalau dapat sabah, semuanya dah ada…Ada tanah felda yang boleh dipetik hasil. Jalanraya, eletrik, air, airport, sekolah, universiti, semua dah ada. Kira cuci tangan dan kaki saje…

SB2

Faktor sejarah bukanlah menjanjikan keputusan yang kita hendak. Bagaimana dengan singapura yang satu ketika dulu milik sultan singapura. Waris baginda pun ada…Boleh ke dapat balik singapura ? Pulau pinang pula milik kedah. Kenapa tak bagi balik je kepada kedah…Nak ke thailand bagi balik selatan thai kepada waris kesultanan patani…fikir ler….semoga sabah kekal dalam malaysia…ramai kawan aku kat sabah tu….

Leave a comment »