Archive for April, 2013

Seminar Perubatan Al Quran & Rawatan Kanser

hidaya7
Salam.

Beberapa hari yang lepas ketika singgah di masjid muaz setiawangsa terpandang satu poster mengenai satu seminar perubatan al quran & rawatan kanser anjuran pusat rawatan islam al-hidayah. Program diadakan di dewan utama pusat pengajian islam UM pada 13 April 2013, hari sabtu. Yuran pun ok RM120 je…

hidaya2

Panel adalah pengasas al-hidayah hj lokman abd hamid dan menantu beliau ashraf muslim, atau lebih dikenali dalam lakonan sebagai ustaz amirul. Cikgu syed dari kuala trengganu berkongsi mengenai amalan pelajar sekolahnya di waktu pagi iaitu bacaan al-quran beramai-ramai sebelum kelas bermula dan hasil akademik mereka cemerlang.

hidaya1

Dalam seminar ini, dua slot berkongsi pengalaman melibatkan pesakit kanser yang pernah mendapat rawatan di pusat ini. Slot pertama ialah pengalaman pesakit kanser tahap 4, puan zuhaili. Suami beliau en razak berkongsi cerita suka duka sebagai suami kepada seorang pesakit kanser. Memang sedih dan ramai yang mengalir air mata. Alhamdulillah setelah berubat dengan amalan al-quran sel kanser beliau telah hilang. Cuma dia masih hilang penglihatan akibat kesan daripada kimoterapi.

hidaya6

Testimoni daripada en aziz, bekas pesakit kanser prostat serta puan rohaya mengenai ujian ke atas mereka. Mukjizat al-quran dalam penyembuhan seperti yang dikupas oleh cikgu syed membuktikan ayat-ayat al-quran adalah penawar kecuali mati.

hidaya4

Hj shaharudin bersama pelajar MATAH (maahad tahfiz al-hidayah) berselawat dan berzikir sebagai penghibur majlis. Seorang doktor daripada perlis turut berkongsi pengalaman beliau diuji dengan kesakitan. Tiada ubat dan doktor pakar yang berjaya mengubat penyakit beliau. Hasil ujian perubatan moden beliau tidah sakit tapi hakikatnya beliau tidak mampu untuk bekerja. ALLAH telah membuka jalan ilmu kepada beliau bahawa al-quran itu adalah penawar.

hidaya3

Saudara ashraf muslim berjaya mengendalikan program dengan baik. Gabungan seorang selebiriti dan perawat menghidupkan suasana majlis dengan kehadiran mereka yang kebanyakannya adalah pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di pusat tersebut.

hidaya5

Puan habibah, wakil daripada MAKNA turut berkongsi pengalaman mereka bersama pesakit kanser. Beliau turut memberikan demo cara bernafas dengan berkesan untuk mendapat udara yang cukup untuk pengaliran darah dalam badan.

hidaya8

Apa yang diketengahkan ialah besarnya rahmat ALLAH melalui mukjizat al quran. Semoga majlis seperti ini akan dimanafaat oleh kita semua. Insya ALLAH.

Untuk maklumat sila keĀ  http://www.alhidayah-medic.com/

Alamat: No 8-1 The Eight Setiawanga, Jln Setiawangsa 13, TMN Setiawangsa
03 4256 5666 (Operator): Isnin-Jumaat 9:00pg – 6:30ptg
019 243 0659 (SMS Sahaja): Isnin-Jumaat 9:00pg – 6:30ptg

Advertisements

Leave a comment »

Saat diuji

Salam.

Sejak dua menjak ni, pelbagai ujian datang, dompet kena curi, anak tak mahu ke sekolah, ibu masih sakit di kampung dan yang terbaru boss buat hal kat opis.

360 darjah punya masalah dan ujian. Tapi bila baca buku prof kamil, bersyukur saat diuji, banyak perkara yang dapat diambil ikhtibar. Macam tak de sapa nak dengar masalah. Kalau ada yang sudi mendengar, masalah tidak juga diselesaikan.

Tadi, tak tahu nak ke mana? Stop kereta dan fikir sejenak, perut lapar, kepala pusing, tak dapat nak buat keputusan, asyik nak marah je. Nasib baik tak de sapa yang jadi mangsa untuk melepaskan kemarahan…

Round cari kedai nasi berlauk, semua tutup, last-last makan nasi lemak jelah.. Baru boleh fikir dengan waras….betul kata bon, perut lapar otak tak berfungsi…

Kemudian berfikir sejenak, kalau tak ada sesiapa nak dengar rintihan, mendengar masalah, ALLAH kan ada…Ye ALLAH sudi mendengar keluhan hambanya. Terus meluahkan kepada Dia, kemudian buka ipad baca surah al-waqiah, 96 ayat semuanya. Alhamdulillah, otak dah dapat berfikir, hati menjadi tenang dan terima kasih ya ALLAH, walaupun hambamu ini lemah imannya, banyak dosa terhadapmu dan hambamu yang lain tetapi kau tetap mendengar dan membantuku setiap masa. Subhanallah hil azim wabihamdih.

Leave a comment »

Masjid Al-Bukhari Alor Setar

290320131078

Salam.

Masjid al-bukhari alor setar adalah antara masjid yang selalu saya ziarah bila balik bercuti di alor setar. 2 orang anak buah sebelah wife saya berkahwin di masjid ni. Kalau cuti sekolah akan ada majlis akad nikah kat sini. Siap beratur lagi untuk tunggu turn. Selalunya bapa atau wali akan kahwinkan anak perempuan mereka. Pernah sekali tu pengantin tak datang sebab kecut nak kena soal dengan tok kadi…itulah nak kahwin kena ler cukup ilmu, nak jaga anak orang. Nak bela lembu atau biri-biri projek FAMA pun kena pi kursus nikan pula berkahwin..kalau hari jumaat lepas asar banyak kereta kat parking dan cameraman berligar-ligar sekitar kompleks masjid, tandanya ada majlis akad nikah lah tu…

290320131076

Gambar pertama adalah permandangan bila kita sampai kat depan kompleks. Bila kita naik tangga dan berada di di depan masjid, atau waktu nak balik, kita akan lihat permandangan gambar kedua.

290320131077

Masjid ni ada lif, so kalau naik lif kita akan masuk melalui koridor ni. kat Sebelah kiri dan kanan adalah tangga dari tingkat bawah.

290320131071

Kat ruang hadapan tulah tempat orang akad nikah. Design masjid ni lebih condong kepada senibina iran dan turki. Tan Sri Syed Mokhtar, insan kaya tetapi pemurah telah membiayai masjid ini yang terletak di alor malai alor setar. Kalau keluar tol alor setar utara, lepas bayar tol ada trafik light, ikut kiri. Nanti kat sebelah kanan ada satu bangunan seperti ala-ala senibina mongol, itu adalah sauq bukhari. Ada pasaraya giant kat dalam tu. Itu tandanya anda dah menghampiri kompleks al-bukhari.

290320131073

Senibina ni ada deskritifnya dari sudut seni. Lambang ketuhanan, rukun islam dan rukun iman dilakarkan dalam bentuk seni. Ini termasuk 7 kubah biru yang mengelilingi masjid ini. Kubah biru ni sama macam kubah di muzium kesenian islam di KL.

290320131074

Tempat favourite saya ialah di bawah kubah di mana-mana masjid. Saya sungguh kagum dengan corak kubah masjid. Pertama, nak lukis kat kertas pun payah, ni orang boleh buat kat nun atas sana…kreativiti yang diberi oleh ALLAH s.w.t kepada hambanya…

Bersyukurlah sebab di negara kita ni ada banyak masjid yang cantik dan penuh barakah. Ujian bagi kita, susahnya nak solat berjemaah 5 waktu di masjid. Ni saya kata kat saya sendiri….Wassalam.

Leave a comment »