13 Mei 2013

Salam.

Minggu lepas, kita sudah menunaikan tanggung-jawab kita sebagai rakyat malaysia untuk mengundi pada pilihanraya umum ke 13. Keputusan sudah kita ketahui namun beberapa aktiviti politik seperti di kelana jaya dan batu kawan pulau pinang membuka ruang untuk terjadinya seperti 44 tahun yang lalu iaitu peristiwa berdarah 13 mei 1969.

Setiap kali selepas pilihanraya ibu saya mesti bercerita mengenai 13 mei walaupun masa tu saya masih kecil. Kali pertama saya ingat pilihanraya ialah tahun 1978. Siap ada perintah berkurung lagi masa tu di kelantan. Sebabnya, biasalah kalau sah bergaduh, perintah berkurunglah supaya orang tak keluar dan bergaduh.

Ramai yang tak sedar, inilah tanah tumpah kita. Nak ke mana kita ye…kalau negara huru-hara ? Lihatlah orang melayu di selatan thai, selatan filipina dan singapura. Hidup di bawah kuasa orang lain, bagaimana rasanya ye ?

Ada juga yang buat demonstrasi di luar negara sambil menterbalikkan jalur gemilang. Bagus sungguh adab kamu ye. Apa kata kita tarik balik kerakyatan yang kamu nikmati setelah ia diberi kepada datuk nenek kamu oleh datuk kami Almarhum tunku abdul rahman 56 tahun dahulu ? Kamu fikirlah ye, mana tau kalau kamu nak berhijrah ke negara lain dan boleh buat himpunan bersih kat negara baru kamu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: