Jam Pusingan Tawaf@Jam Anti-clock wise

jam anti

Salam.

Pernah tak terfikir kalau jarum jam bergerak dari kanan ke kiri atau anti-clock wise. Mula-mula memang pening. Kali pertama saya dapat info pasal ni daripada blog akrine ustaz majid. Beliau berkata pusingan anti-clock wise dari kanan ke kiri adalah mengikut pusingan tawaf. Ia adalah hukum alam seperti pusingan bumi, bulan, dan planet-planet semuanya dari kanan ke kiri. Malah, pusingan tawaf telah dikaji dan dibuktikan dari sudut sains mempunyai kesan positif kepada manusia. Masa tu harga jam paling murah RM270, standard RM350. Ada yang mencecah RM1300 seperti produk Dr. Norhisham dari color vibration therapy. Mahal jugaklah sebab design italy.

Masa ke al-hidayah ada promosi jam yang lebih murah dengan harga RM95 tapi tali warna-warni yang ranggi. Tengah bulan pulak so sabar dulu. Pagi semalam tetiba ALLAH bagi ilham untuk search “jam tawaf”. Alhamdulillah hijra timepiece ada buat promotion kat KLCC dan JJ alpha angle. Dah drive nak ke sana jam 9.45 pagi tapi jalan jem so semalam rush ke sana balik.

Dengan izin ALLAH saya beli untuk saya dan isteri serta 1 jam dinding. Saya pilih jam bernombor arab. Saya bagi anak lelaki saya pakai jam tersebut dan selalunya dia komplen tak reti baca waktunya kalau jam ada jarum dan bernombor kecuali jam digital. Alih-alih dia siap explain nombor arab pada jam saya sebab dia kata ustazah ajar nombor arab kat sekolah. Saya test sekarang pukul berapa pun dia jawab dengan betul. So memang betullah fitrah pusingan jam mengikut tawaf dapat diterima oleh kanak-kanak yang belum lagi diset di otak mereka dengan waktu pusingan jam biasa dari kiri ke kanan. Dia pun minta jugak jam macam tu siap request tali biru. Kat bawah ni koleksi jam yang ada. Nak tali warna apa pun boleh pilih.

jam3

Ustaz majid, dr norhisham dan pusat perubatan al-hidayah menyarankan penggunaan jam mengikut pusingan tawaf sebagai kaedah perubatan alternatif. Ia bertujuan untuk setkan minda kita bergerak seperti melakukan tawaf iaitu dari kanan ke kiri. Anda boleh search dan banyak bukti hukum alam mengenai nature pergerakan dari kanan ke kiri seperti arus eletrik, atom, pergerakan pokok dll. Malah al-quran dibaca dari huruf arab kanan ke kiri.

Kenapa jam sekarang dicipta dari kiri ke kanan. Ada teori mengatakan ia adalah tujuan yahudi untuk melawan hukum alam. Selama ini minda kita ditipu dengan disetkan untuk berfikir dari kiri ke kanan. Sudah pasti kita menjadi lemah. Fungsi otak kanan adalah untuk kreativiti, imaginasi, heuristik dll. Selama ini kita berfikir melawan arus dan hukum alam. Rupanya mereka telah menanam cara berfikir yang salah dengan membuat kita melihat pergerakan waktu yang songsang.

Ada tesmoni yang mengatakan dengan memakai jam mengikut pergerakan tawaf, ia akan:

1) Mengimbangi sistem otak dan tulang belakang

2) Melerai radiasi yang ada di sekeliling kita

3) Membetulkan aliran darah ke jantung

4) Menyingkir racun dalam darah

5) Stabilkan emosi

6) Tenaga batin yang meningkat (yang ni orang paling sukalah, cuma jangan salah guna ye!)

Saya juga ada terbaca ia menjadi satu kaedah rawatan semulajadi untuk penyakit dan gangguan. Ini kerana jika perjalanan darah lancar, minda menjadi fokus dan badan berada pada tahap imunisasi yang tinggi, semestinya kita menjadi seorang yang sihat. Sihat untuk beribadat kepada ALLAH dan untuk mencari rezeki juga satu ibadat.

Memang benarlah seperti dalam surah Al-Asr iaitu terjemahannya berbunyi “Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Selama ini kita berada dalam kerugian kerana kita telah ditipu dengan melihat waktu dengan cara yang songsang. Syukur ya ALLAH kerana kebenaran telah diperlihatkan kepada kami. Sama-samalah kita menyampaikan kepada umat islam yang lain tentang melihat waktu dengan cara yang betul dengan menggunakan jam mengikut pergerakan tawaf. Saya bukan buat promosi produk mana-mana pihak. Yang mampu boleh beli jam mahal, yang sederhana boleh beli jam yang sederhana harganya cuma belum ada lagi jam di bawah RM50 setakat ini. Semoga ada usaha dijalankan supaya jam mengikut pergerakan tawaf yang mampu dimiliki oleh semua dijual di semua tempat.

Akhir sekali, semoga kita terus mengamalkan sunnah rasulullah dengan cara melihat waktu mengikut pergerakan tawaf, walaupun ia nampak kecil tapi melakukan sesuatu bermula dengan kanan adalah sunnah. wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: