Perubatan Al-Quran: Rawatan Kanser

buku1Salam.

Semasa seminar anjuran pusat perubatan Al-Hidayah yang lalu, saya ada membeli buku tulisan hj lokman sendiri. Siap minta hj lokman tulis nama satu family dalam bukunya. Harga sama je kat mana-mana, RM50. Cantik bukunya, gambar color.

Buku setebal 256 ms cukup padat dengan info pasal al-quran, kanser, kaedah rawatan, tips & nasihat, dan kisah benar para pesakit kanser yang pernah mendapat rawatan di al-hidayah.

Apa yang saya paling tak berapa nak tengok dalam buku ini ialah gambar-gambar kanser. Agak menyeramkan gambar-gambar yang dipaparkan. Minta ALLAH jauhkan daripada kami.

Perkara yang saya suka dalam buku ini ialah rawatan kanser melalui kaedah ayat-ayat suci al-quran. Motonya “kesakitan juga bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadat sama ada wajib ataupun sunat.”

Kaedah dalam perubatan ialah:

1) membaca beberapa rangkaian ayat-ayat suci al-quran

2) banyakkan berdoa

3) solat tahajud

4) solat taubat

5) solat hajat

6) zikir

Ia juga turut menceritakan pasal diet dan stress. Amalan mengambil madu dan air zam-zam dapat menjadikan badan kita sihat, insyaALLAH.

Jurnal pesakit menceritakan kisah benar pesakit kanser di negera kita. Bersyukurlah kita sihat.

sampai sini dulu, wassalam

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: