Masjid Alwi Kangar

malwi7

Salam.

Hari ni saya mendapat undangan majlis perkahwinan di kangar, perlis. Kenduri sebelah adik ipar saya. Sesudah menjamu nasi kenduri menu orang perlis, saya singgah ke masjid alwi kangar. Masa nak ke santan tadi dah lalu dan sebenarnya dah banyak kali terlepas untuk ziarah.

malwi3

Itulah rezeki ALLAH, dah kenyang apa kata singgah sat, lagi pun saya belum solat zohor. Sambil tunggu waktu asar, hari ni masuk waktu 4:44 petang, ada 20 minit lagi. So, entri ni dibuat dalam masjid….stop dulu azan asar…subhanallah sedapnya alunan azan masjid ni..

malwi2

Masjid ni ada wing kanan dan wing kiri. Yang ni ruang utama, mimbar masjid ala-ala barenda, tergantung.

malwi4

Ruang tingkat atas ala-ala dewan theater untuk seat VIP boleh menempatkan jemaah tambahan. Tapi ruang solat wanita kat bahagian bawah yang ada penghadang kayu tu.

malwi5Kat dinding luar ada satu papan perasmian masjid bertarikh 10 februari 1932, dirasmikan oleh raja perlis ketika itu raja syed alwi. Masjid bernilai 64,000.00 pada waktu itu adalah hasil kutipan zakat & fitrah, derma pegawai kerajaan beragama islam perlis dan juga hadiah daripada kerajaan negeri perlis.

malwi1Kalau sekali tengok masjid ni macam masjid zahir juga bentuknya..kalau ikut cerita, usaha membina masjid alwi dimulakan pada tahun 1922, iaitu tujuh tahun selepas masjid zahir siap dibina dalam tahun 1915. Ia mengambil masa hampir 10 tahun untuk mengumpul dana kerana pada waktu itu dana yang agak terhad. Hasil negeri perlis pula tidak semewah negeri lain. Kalau kita tengok sumbangan untuk pembinaan masjid alwi ditapis dengan berhati-hati. Masjid yang baik dibina dengan hasil yang baik juga.

Bila duduk dalam masjid ni, lebih-lebih lagi masjid lama, rasa sayu, insaf dan tawadduk kepada ALLAH s.w.t datang dengan sendirinya. Ia telah menambah koleksi masjid istimewa dalam program koleksi masjid yang wajib dilawati. Hati sungguh tersentuh bila mendengar azan asar tadi dan air mata mengalir dengan rasa penuh keinsafan. Cepat-cepat memohon ampun kepada ALLAH ketika hati terbuka dengan rasa insaf tahap maksimum. Masjid alwi ada auranya yang tersendiri, tidak semua orang tahu kan ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: