Epic Movie

Epic

Salam.

Semalam family hang-out untuk tengok movie 3D epic. My wife’s friend kata best sangat untuk kanak-kanak. So, balik kerja drop untuk beli tiket dulu for show 8.15pm kat spectrum ampang. Dah ada panggung kat sini, kalau tak kena ke galaxy lah..wangsa walk jauh..

Movie ini diadaptasi daripada buku kanak-kanak yang ditulis oleh william joyce bertajuk “the leafman and the brave good bugs”. Movie 3D animasi fantasi-kembara yang kelakar ini diarahkan oleh pengarah chris wedge, pengarah cerita ice age dan robots.

Ia mengisahkan seorang remaja bernama mary katherine aka MK berumur 17 tahun yang telah kematian ibunya berpindah ke pinggir hutan untuk tinggal di rumah ayahnya. Professor bomba, seorang saintis yang obsess dengan kajian tentang tentera kerdil yang dipercayai wujud berdasarkan bukti-bukti kecil seperti rangka, peralatan kerdil dan jenis burung yang menjadi kenderaan makhluk kerdil tersebut. MK memujuk bapanya untuk pulang ke bandar tapi gagal. Ketika bapanya sedang giat membuat kajian MK keluar dari rumah.

Tentera kerdil yang dipanggil leafman sering diserang oleh musuh mereka daripada puak boggans yang diketuai oleh mandrake. Puak leafman menjaga hutan daripada dimusnahkan oleh puak boggans.

Queen tara adalah ratu yang menjaga hutan yang mempunyai kuasa untuk menghijaukan hutan yang dimusnahkan oleh boggans. Ketika sedang menjalani upacara memilih waris di kalangan kuntum bunga (leaf pods) mereka diserang boggans. Queen tara telah dipanah dan jatuh ke tanah dan MK ternampak kejadian tersebut. Sebelum queen tara meninggal dia menggunakan kuasanya untuk menjadikan MK orang kerdil dan mengamanahkan MK membawa leaf pods kepada nim galuu.

Ronin (panglima leafman) dan nod (anak bekas panglima leafman) membawa MK, leaf pods, seekor lintah dan seekor siput babi (mub & grub) yang mengekalkan kelembapan leaf pods ke nim galuu. Puak boggans berjaya mencuri leaf pod dan membawa ke tempat mereka. Akibat kecuaian nod dan MK, mereka berazam untuk mengambil kembali leaf pod sebelum bulan mengambang penuh. Mereka kembali ke rumah MK untuk mengambil pakaian boggans yang disimpan oleh professor bomba. Kehadiran mereka dikesan oleh professor bomba dan dia berjaya vakuum MK ke dalam botol. Dia pengsan apabila melihat makluk kecil itu adalah anaknya MK. Sebelum beredar, MK menanda di peta kajian ayahnya kedudukan sebenar puak leafman.

Setelah berjaya masuk ke kawasan boggans, mereka berjaya menjumpai leaf pods, mub dan grub. Ronin mengalih perhatian boggans dan mereka berjaya keluar dan pulang ke moonhaven. Mereka sedih kerana menyangka ronin gugur dibunuh boggans. Ketika tiba di moonhaven, leaf pods diletakkan di bawah cahaya bulan penuh untuk kembang malam tetapi bulan menjadi gelab kerana beribu-ribu kelawar menutupi bulan penuh. Tentera leafman keluar bertempur. MK terbang dengan burung dan menuju ke kamera kajian pengawasan professor bomba untuk mendapatkan bantuan ayahnya. Namun professor bomba sudah kecewa dan menganggap kerjanya sia-sia dan menutup semua camera tersebut. Tiba-tiba dia terpandang petanya dan terdapat tanda pin merah yang tidak pernah ditandanya sebelum ini.

Dia yakin ia telah ditandakan oleh MK bagi merujuk kepada kawasan orang kerdil. Dia bergegas ke sana dengan anjingnya bernama ozzie yang hanya mempunyai 3 kaki. Apabila professor bomba sampai di moonhaven, MK datang dan meminta ayahnya menggunakan alat frekuansi suara kelawar. Bunyi tersebut telah menarik kelawar dan semua kelawar terbang menuju professor bomba. Apa lagi dia berlari apabila dikejar kelawar.

Mandrake, ketua boggans cuba menghalang leaf pods kembang tetapi ronin muncul dan berlawan dengan musuh lamanya itu. Dia hampir tewas tetapi nod yang gagah membantu ronin. Leaf pods berjaya kembang dan mandrake ditelan oleh pokok hutan. Imej queen tara muncul daripada leaf pods dan memilih seorang ratu baru, pokok kecil yang begitu mengagumi queen tara.

Ratu yang baru mengembalikan MK ke saiz asalnya dan dia berjumpa ayahnya kembali. Ronin dan nod menjadi semakin rapat manakala MK dan professor bomba dapat memahami antara satu sama lain. MK kini menjadi pembantu ayahnya membuat kajian dan mereka masih berhubung dengan puak leafman. The end.

Pengajaran dari Epic

Menonton cerita animasi 3D adalah menyeronokkan. Anak lelaki saya, sampai ke pagi ni asyik dok cakap bestnya cerita epic, macam masuk dalam cerita tu. Setiap set dibina dengan baik sekali dan ia membawa kita ke dalam dunia kerdil seperti dalam lubang pokok, bawah tanah, lubang tikus (yang ni saya geli). Paling best bila jatuh dari pokok, naik atas rusa dan diterbangkan oleh burung…macam real…

Wife saya siap nasihatkan anak perempuan kami tentang responsibility yang mana kalau kita tak ambil berat boleh menyusahkan orang.

Quote yang bagus, “apa yang kita tidak nampak tidak semestinya ia tidak wujud”…contohnya alam ghaib…macam tahu je, bukan manusia je penghuni atas mukabumi ALLAH ni…

Banyaklah pengajaran yang boleh diambil seperti cuba fahami orang lain, tanggungjawab kepada diri, famili, dan komuniti…priority dalam kehidupan kita…dan ha ha ha tugas seorang ayah….bukan saje bekerja….yang ni kena kat saya….spend your time with your loves ones…..

Bestlah movie ni….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: