Konvokesyen OUM

oumkonvoGambar: Kredit oum.edu.my

Salam.

Semalam oum ada majlis konvo di pwtc. Saya pula ada kelas face to face dengan pelajar. Sudah hampir 10 tahun saya berkhidmat sebagai tutor di universiti terbuka malaysia. Dari era oum menumpang di kampus universiti malaya, unisel, uia pj, politeknik shah alam dll sehinggalah oum ada kampus sendiri selain main campus kl yang berkongsi kawasan dengan kampus bandar universiti malaya.

Daripada zaman student kena buat ujian, mid term hingga zaman buat assignment saja, polisi akademik oum sering berubah-ubah tapi saya masih dipanggil oleh oum untuk jadi tutor mereka…wife saya pun dah resign walaupun dia boleh dikira tutor favourite students…faktor masa untuk bersama familiy..dari zaman wan salwadi, izral dan azman…mai pula parames…

Setiap kali masuk kelas, wajah-wajah penuh harapan pelbagai bangsa, baik melayu, cina, india dan mereka dari sabah & sarawak. Last semester saya ada student dari indonesia dan juga jepun…masa saya mengajar di uia, memang ramailah students international…bila nama saya naik dalam sistem schedule, budak-budak bosnia, ukraine, uzbek serbu kelas saya…sebab apa ? kena tanya uia…hi hi hi…

Setiap tahun pelajar-pelajar oum akan tamat belajar dan berkonvo. Ada juga yang give up dan berhenti…sebab tulah dalam kelas, saya tanya apa motto kehidupan dan kenapa sambung belajar kat oum ? Jawapan standard adalah dengan adanya sekeping kertas berstatus akademik daripada sebuah universiti, nasib dan kehidupan akan berubah….insyaALLAH..

Bayangkan setiap semester ada 25 orang dalam 1 kelas dan selalunya 2 kelas saya kena mengajar. Ambil kira cara mudah, satu semester ada 40 orang. Setahun ada 3 semester, jadinya 120 students setahun. Kiranya 120 orang x 10 tahun, adalah 1200 orang pelajar oum yang pernah belajar dengan saya, samada oumh1103 ataupun bbtp3103 & cbms4303. Semoga dalam ramai-ramai tu adalah yang dapat menolong saya kat sana nanti, InsyaALLAH. Kat sini pun bila saya minta tolong, mereka bantu saya pula…malu bila nak minta tolong tapi bila keadaan memerlukan, minta tolong juga. (bukan pinjam duit ye).

Ada satu semester tu saya kena mengajar 50 orang guru di bawah program biasiswa kementerian pelajaran, special intake untuk meramaikan bidang pra-sekolah…huiii riuh kelas bila cikgu belajar…syukur diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk menyampaikan ilmu kepada para guru. Kelak mereka mungkin mengajar anak saya, anak saudara saya…..terima kasih cikgu..

Kelas paling sikit ialah 10 orang untuk kelas post grad diploma in teaching. Ini ala-ala KPLI lah untuk mereka yang nak jadi cikgu tapi tak ada sijil…. ada juga saya conduct untuk special program diploma in management oum-dumex…program khas untuk mendiplomakan staff dumex yang tiada paper qualification..

Pelajar dewasa saya terdiri daripada cikgu, ustaz, ustazah, pegawai polis, tentera, pegawai bank, staff Bomba, telekom, celcom, digi, plus highway, IJN, HUKM, HKL, DBKL, MPAJ, MARDI, TNB, PTPTN, UKM, Mara, SUK Selangor, courier service, shell, pos malaysia, PNB, pegawai sekuriti, penolong jurutera, guru besar sekolah cina, pengurus tadika, guru tuition, dan macam-macam profesionlah…orang politik pun ada…usahawan pun ada..

Saya sungguh insaf bila orang kurang upaya (OKU) masuk kelas saya…nak menangis bila melihat ketabahan mereka datang belajar…berkerusi roda, dan ada with oral disability…Ada pelajar yang datang seawal pagi dengan bas dari tanah rata cameron highlands…tak pernah miss kelas saya…

Saya mohon maaf sekiranya masa saya mengajar ada kesilapan dan kekurangan, serta lawak jenaka yang tersentuh hati anda…tidak disengajakan..

Saya harap, saya bukan saja telah bersama anda dalam dunia pendidikan secara mode adults learning tetapi telah membawa anda untuk merasai bahawa dunia pendidikan adalah menyeronokkan..sweets in class…

Kepada yang sudah konvo tahniah kerana kejayaan anda dan ingat pesan saya….this is a preparation for life long learning…….belajar dan terus belajar…saya pun masih belajar….

3 Responses so far »

  1. 1

    sya said,

    salam…mohon pencerahan, adakah graduan postgraduate diploma in teaching masih berpeluang untuk menjawat jawatan sebagai guru?..saya berkelulusan s/m kejuruteraan elektrik tetapi sehingga sekrg masih tidak dapat pekerjaan yg tetap..sy sgt berminat untuk mengajar..mungkin tuan boleh memberikan sedikit cadangan?

    • 2

      mikemohd said,

      Salam.

      Puan, peluang untuk menjadi guru di sekolah kerajaan adalah berdasarkan keperluan kritikal seperti pra-sekolah. Saya pernah ditugaskan untuk program kementerian pelajaran bagi program ijazah sarjana muda pendidikan (pra-sekolah). Rata-rata guru yang mengambil offer biasiswa kementerian adlah guru-guru yang mengajar bahasa inggeris, matematik dan pengajian islam. Kelak mereka akan mengajar pelajar pra-sekolah dan bukan lagi pelajar darjah satu dan ke atas.

      Ijazah sarjana muda puan pada saya sesuai untuk pelajaran matematik atau sains. Pengkhususan subjek tersebut diisi oleh siswazah sarjana muda pendidikan (sains atau matematik). Agak sukar bagi puan untuk menjadi guru bagi subjek tersebut.

      Kalau puan nak jadi guru kena apply program lepasan ijazah pra-sekolah, itupun kalau puan rela.

  2. 3

    sya said,

    saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyambung pengajian sekali lagi…cuma setahu saya, tidak ada program lepasan ijazah pra-sekolah…mohon bantuan tuan..saya benar-benar ingin menjadi guru….


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: