Kuala Besar..Sungai Kelantan

kualabesar1

Salam.

Masa balik KB last may, sempatlah bersama wife menjengok muara sungai kelantan@kuala besar…sebenarnya nak ke warung pak mat pulau pisang untuk try teh tarik madu…rupanya tutup hari ahad…

Wife siap beli buah pauh dan rambutan kat gerai tepi sungai….kalau nak tengok muara yang bertemu dengan laut cina selatan, kena masuk kawasan jabatan perikanan. Gambar kat atas tu, ada macam jeti, menghalang vision kuala besar…kat hujung tu dah memang muara sungai kelantan…besar tu kuala sungai kelantan…sebab tu nama dia kuala besar..Tanah di seberang sungai kelantan adalah kg laut, sungai pinang dan palekbang…

kualabesar

Gambar ini saya rakam arah mudik ke hulu…arwah nenek saya sungguh phobia dengan sungai…terutama mengenai kuala besar…tak payah ler cerita lanjut sebab banyak cerita duka daripada suka…lagi pun..bila musim banjir…air sungai kelantan inilah yang akan melimpahkan air sampai banjir…mungkin arwah nenek saya telah melalui rutin banjir setiap tahun…masuk bulan 11 je dah kena prepare, makanan, minyak masak, mancis, dll keperluan jika berlaku banjir. Kalau tak masuk bulan mac, hati tak tenang sebab masih dalam musim banjir..

260520131133

Dalam perjalanan pulang ke kota bharu, saya rakam satu padang hijau tempat sang lembu meragut rumput. Di balik deretan pokok-pokok kelapa adalah sungai kelantan yang mengajir ke kuala besar…kalau air naik, penuhlah air kat padang ni..100 tahun yang lampau saya rasa permandangan kawasan ini tetap sama…tidak berubah…lanskapnya sama…malah tidak ada yang berubah seingat saya sejak 40 tahun yang lalu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: