Knowledge Management….Ceritaku

kmcatuncredit: km.typepad.com

Salam…

Knowledge Management (KM) atau pengurusan pengetahuan merupakan satu bidang yang menjadi minat kajian saya masa kini. Satu bidang ilmu yang saya rasa paling sesuai memandangkan saya telah terjerumus dalam pelbagai disiplin ilmu di peringkat pengajian formal. Saya dari aliran sains tulin ketika mengambil SPM dulu.

str

Selepas spm, saya menyambung pelajaran dalam bidang pentadbiran awam di itm dan sempat menjengah sebentar di uia dalam bidang sains kemanusiaan setelah tamat diploma itm. Hampir saja saya terjun ke bidang undang-undang jika tidak kerana bermusafir ke amerika syarikat. Saya meminati bidang pemasaran tetapi diminta menyambung dalam bidang kewangan…kalau kewangan baik saya masuk uum saje beberapa tahun terdahulu…

Di bumi amerika, saya belajar dalam bidang transportation dan logistics kerana teruja dengan status school of business dan program tersebut yang berada pada rangking 5 terbaik seluruh amerika selepas penn state, ohio state, michigan state, indiana state…saya pernah dilantik sebagai panel penilai (bidang logistics) oleh MQA (malaysian qualifications agency), dulu dikenali sebagai LAN (lembaga akreditasi nasional) bagi permohonan penubuhan sebuah kolej swasta berkaitan perkapalan di johor.

Kerjaya saya bermula dalam industri perhotelan, lebih khusus housekeeping…”customer always right”…bidang yang jauh daripada apa yang saya belajar…tapi saya belajar apa itu perkhidmatan pelanggan@customer service..bukan senang nak handle customer ni..lebih-lebih lagi hotel..hanya yang sabar boleh kerja kat hotel..senyum dan senyum dan senyum walaupun kena marah berbakul-bakul..

Bila saya masuk ke dalam industri telekomunikasi, pelanggannya pun berubah…saya bekerja di jabatan sumber manusia dan tertumpu kepada latihan…sebenarnya konsep customer srvice ni terpakai kat mana-mana saja…baik untuk customer luar ataupun dalaman..apabila saya diamanahkan untuk menjaga bahagian pentadbiran, barulah saya berpeluang untuk apply ilmu transportation & logistics sebab kena buat purchasing, stocking, inventory dan juga courier service…insurance pun kena buat…building & utilities..banyak benda nak kena jaga dan tahu…

Empat tahun kemudian saya menyambung ke peringkat sarjana dalam bidang information management atau pengurusan maklumat. Walaupun ia sering dikaitkan dengan library science tetapi struktur program yang baru diperkenalkan, 40% subjek cenderong kepada managing information (issue in information society, information source & management, information storage & retrieval systems, knowledge management), 30% adalah subjek IT (database management, information systems: analysis & design management, multimedia), dan business management adalah baki 30% (business information & marketing, strategic planning & human resource management). Program ini sejajar dengan era baru ekonomi dunia dan berkaitan dengan polisi kerajaan dalam malaysia knowledge-based economy master plan 2001-2010. First time dengar nama KM dan kena ambil subjek “knowledge management”. En Alwi Mohd Yunus, guru KM pertama saya…

kmbookBuku KM pertama saya tulisan Amrit Tiwana

Masa buat masters lah saya jumpa rakan dari pelbagai bidang kerjaya; guru, pustakawan, pengurus it, pensyarah, pegawai bank, jurutera, peguam, dll. Mereka daripada bidang teknikal sudah tidak mahu sambung dalam bidang yang sama, malah bersetuju bahawa program ini sebenarnya menjadikan bidang asal mereka lebih bernilai kerana program ini adalah value added kepada kepakaran sedia ada.

Saya juga setuju dengan mereka..Selepas tamat pengajian, arwah gm saya offer saya jaga it department…huiii gila apa…mana ada basic. Ini kerana saya pernah jadi committe untuk membeli sistem hris yang baru. Bila test sistem saya telah buat repot macam saya buat dalam kelas information systems: analysis & design management . Dia terkejut dan tanya mana saya belajar ? Saya kata masa buat masters. So dia minta orang lain follow repot saya. Kembang sat..walaupun ada yang menjeling..

Fikir punya fikir, saya accept offer dia dan minta kebenaran untuk pergi kursus it…3 bulan saya ikut budak it pergi kelas microsoft certified system engineer (mcse)..sampai satu tahap..saya dah boleh duduk dan sembang pasal server, operating system, firewall, antivirus…siap boleh support user dan upgrade system…saya tidak menoleh ke belakang dan terus meneroka bidang it…saya jadi ketagih ilmu it..semua benda nak tahu…boss pula bila tengok semangat saya, asal saya apply nak gi training je dia approved..tq boss…you’re the best..

mcpSaya jadi orang it dan head user support..saya pun pernah terlibat dengan projek syarikat untuk installation sistem kat asian finance bank (afb) dan jadi pengurus projek it infra untuk sebuah institut pendidikan guru (ipg) di pulau pinang…sedar tak sedar, 5 tahun saya meneroka dunia it…saya berpeluang untuk hadir ke beberapa program it:

1. SecurAsia Congress 2009
2. Electronic Document & Record Mgt. System
3. Malaysia Technology Expo 2009 (MTE 2009)
4. Microsoft SharePoint Best Practices Summit
5. SQL Database Mgt. Scenario Workshop
6. TechNet MSDN Technology Summit
7. Windows Server 2008 Hyper-V workshop
8. MIMOS Technology Preview 2008
9. ACM 2008 (Asean ICT Expo)
10. Microsoft Tech ED 2008
11. Microsoft SharePoint Development
12. Learning Management System (LMS)
13. EduWave E-Learning Mgt. System Training
14. Wireless Controller and Access Point Training
15. Sonic Firewall Configuration Training
16. Cabling Training on Fiber Optic
17. Design Network Schematic Diagram VS BQ
18. Alcatel Switches (Core, Distribution, Edge)
19. Microsoft Windows Server 2008
20. Microsoft Unified Communications 2007
21. CA Network Management
22. Microsoft Tech ED 2007
23. Business Technology at Work
24. CA Expo 2007 (Computer Associates)
25. Telekom Malaysia Biznet 2007
26. Microsoft Business Value Launch
27. Microsoft Premier Sneak View Vista 2006
28. IT Infrastructure Optimization Hands-on
29. Microsoft Tech ED 2006
30. Microsoft Premier Support Boot Camp
31. Network Infrastructure: Network Service
32. Macromedia Flash MX
33. Intensive Web Application Development
34. Networking + Training (Advanced)
35. OSSTMM Pro. Security Tester (OPST)
36. Microsoft System Management Server 2003
37. Introduction to Linux Desktop
38. Microsoft Security Conference 2005
39. Managing Microsoft Windows 2003 Server
40. Microsoft Tech ED 2004
41. Network Infrastructure: Network Host
42. Maintaining Microsoft Windows 2003 Server
43. Deploy & Managing ISA Server 2000
44. Microsoft Exchange Server 2003 Training
45. E-Lock WatchGuard Firewall System Training
46. Fundamentals of Network Security
47. Hands-on Lab & Technical Workshop
48. Microsoft Certified System Engineer (MCSE)

Saya juga pernah masuk team sales untuk jual program e-education kepada universiti…siap dapat business card dengan title subject matter expert (SME)….expert ke ???? Menghadiri beberapa program majlis e-pembelajaran ipta malaysia (meipta), depa guna moodle open source.

Pada may 2006, saya kembali ke uia (harun m. hashim law center) untuk buat certificate in company administration. Selama setahun atau 2 semester saya belajar satu bidang baru untuk kelayakan sebagai company secretary…program ni hanya ada kat uia..program utama untuk jadi company secretary ialah lulus profesional program institute of chartered secretaries and administrators (ICSA)..ini bukan jadi secretay boss…ini untuk jadi company secretarial yang masuk board meeting…so belajarlah saya pasal, law of meetings, practice of company secretarial, company law 1965 dan corporate tax…semua lulus cukup makan je…grad jugalah tahun 2007…yang penting dapat ilmu…

Then pada bulan ogos 2008, boss it lama saya (yg selalu approved training saya) telah diminta oleh pihak pengurusan untuk set up satu department bernama knowledge management…jeng, jeng..jeng…sayalah yang dia minta untuk masuk department knowledge management…management pun tak soal, terus masukkan saya ke situ…

Saya rasa macam tak percaya saya akan masuk ke KM department….then tahun 2009 kami dapat boss lagi besar bertitle senior general manager…saya minta dia pakai title chief knowledge officer (CKO) tapi dia tak mau..sebab dia pun tak tau km tu mende…sudah…??? dia pula minta kami survey company mana ada km, so kami pun pi visit petronas dan melawat prof. peter woods di mmu cyberjaya…tak lupa dr. juhana di ukm untuk tengok sistem HikMas. ohhh camni km rupanya…duit ada untuk projek km ?

mmukm

Pertengahan tahun 2009, saya dan isteri mendaftar sebagai pelajar phd separuh masa di sebuah universiti tempatan dengan niat untuk menambahkan lagi ilmu dalam disiplin km…sejak 2009, kami akan pergi conference untuk present paper dalam bidang km walaupun merangkak dan berstatus novice jika dibandingkan dengan pakar-pakar hebat bidang km di malaysia….

kmice12

Awal tahun 2010, saya dengan boss saya tadi pi buat certification program bernama certificate in knowledge management di JT frank academy untuk jadi internal km facilitator.

?????

Kami berpeluang untuk menyertai persatuan capaian maklumat dan pengurusan pengetahuan (www.pecamp.org) dan pernah juga jadi ajk kerja..dapat berkenalan dengan pakar km seperti prof dato’ dr halimah, prof dr. juhana, prof tg mohd sembok dll.

Tahun lepas, kami dapat pula menghadiri inaugural KM conference 2012 anjuran bank negara malaysia..banyak ilmu yang kami dapat yang mana saya katakan program ini bertaraf dunia…syukur ya ALLAH atas kurniaan ilmumu kepada kami.

Begitulah cerita mengenai knowldge management dan kaitannya dengan saya…ilmu yang saya dapat adalah ilmu ALLAH. Dia pinjamkan kepada saya dan saya akan gunakan dengan baik..KM dapat menyatukan apa yang saya ada untuk dikembangkan dijalan ALLAH…ameen..

4 Responses so far »

  1. 1

    zaniza said,

    salam,
    bole share dekat mana buat sarjana tu ye?
    sy sedang cari uni yg tawarkan sarjana dalam knowledge management.
    tkasih

  2. 2

    hasrul said,

    salam, tuan boleh tumpang tanya..dkt mana boleh dapat buku the KM toolkit tu

  3. 4

    SUZANA BASARUDDIN said,

    As salam boleh saya dapatkan email atau no tuan. Ada perkara nak bincang kalau minat.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: