Archive for June 12, 2013

Knowledge Management….Apa cerita ?

Salam.

Cerita pasal knowledge management lagi, tak habis lagi ke ? Anda dah jemu baca cerita saya ?..cerita pasal KM ni memang tak habis…selagi tak kiamat, selagi ada ilmu, selagi itulah ia masih ada…dan ilmu adalah milik ALLAH s.w.t

km

Macam kartun kat atas kata, perkataan knowledge management mungkin akan pupus tetapi aktiviti menghasil dan mengurus intangible assets (pengetahuan) akan berterusan…kenapa pengetahuan mesti diurus ?

Contoh mudah, muhammad faris dilahirkan sebagai bayi yang comel. Dari umur 1 hari hingga ke 3 bulan pertama, dia belajar daripada persekitarannya. Then dia belajar tarik dada ke hadapan, undur ke belakang, merangkak dan berjalan. Dia juga belajar melalui 5 deria; penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau. Dia akan mula mengajuk perkataan yang mudah-mudah.. “ta ta ta ta ta…”

Pendidikan tidak formal

Apabila fungsi otaknya berkembang dia akan mula bertanya kerana sifat ingin tahu…begitulah setiap reaksi orang yang normal .. Tiba umurnya 4 tahun, dia dihantar ke kelas pembelajaran tidak formal, untuk mengenal huruf a,b,c….1,2,3…sehingga dia boleh membaca buku cerita…Dia akan mula belajar huruf al-quran sebelum mahir membaca surah tertentu..melukis, mewarna…bermain, bermain dan bermain…bermain juga satu pendidikan…

Pendidikan formal

Cukup umur 7 tahun, bermulalah pendidikan formal di sekolah rendah. Faris akan mula belajar bahasa arab, melayu, inggeris, matematik, sains, seni, muzik dan pendidikan jasmani. Guru-guru yang terlatih mengajar dengan mengikut sukatan matapelajaran yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran. Pendidikan formal di malaysia bermula umur 7 tahun sehingga 17 tahun, dari darjah satu hingga tingkatan lima.

Pengajian tinggi

Kemudian, faris akan masuk ke kolej pengajian tinggi selama 4-5 tahun untuk mendapatkan sarjana muda dalam bidang yang dipilihnya…Tiba masanya dia akan mula bekerja…

So, adakah faris telah mengurus pengetahuannya ? Apa akan jadi jika faris tidak dihantar ke sekolah dan kolej pengajian tinggi ? Dia tidak mempunyai pengetahuan formal dari pendidikan formal. Dia akan terus belajar dan menguruskan pengetahuannya daripada sumber yang tidak formal seperti pengalamannya sahaja.

Aplikasi pengetahuan

Di alam pekerjaan pula, keperluan untuk melakukan tugasan amat berbeza semasa dia belajar. Boss dia mendapati faris kurang mahir dalam penyediaan laporan dan kurang lancar semasa pembentangan. Dia dihantar untuk mengikuti kursus penyediaan laporan yang efisien dan juga pembentangan yang efektif. Setelah tamat kursus, faris mempraktikkan ilmu yang didapati dalam kursus ke dalam tugasan beliau. Lama kelamaan, laporan faris menjadi mantap dan pembentangannya menjadi superb..class gitu..Boss dia pun puji….

Faris telah menguruskan pengetahuannya dengan mengaplikasikan pengetahuan apabila diperlukan ke dalam bentuk penghasilan kerja. Tiba masanya, faris akan jadi seorang ketua, boss dia kata dia tidak cukup skill untuk mengurus staff bawahan. Dia pun dihantar untuk kursus leadership skills dan bagaimana menjadi pengurus yang cekap.. Apabila dinaikkan pangkat, dia apply apa yang dia absorb dari kursus tersebut…

Panjang cerita ni, tapi itulah storytelling mengenai knowldge management pada tahap individu..

Sambung lagi..

Setelah lama bekerja kat situ, dekat 8 tahun ler, faris nak tukar angin…dia pergi interview dan dapat kerja dengan perks yang lebih baik dari company sekarang…faris menghantar surat perletakan jawatan kepada boss…dia….boss dia tersengih sebab ingat faris buat lawak…

Letak jawatan

“Ï am leaving boss”…kata faris kepada boss dia.. “bulan ni ada beberapa public holidays, annual leave I carry forward dari tahun lepas ada 10 hari, cuti tahun ni berbaki 12…so hari ni last day saya”…..ha terkejut badak lah boss faris…counter offer ? pujuk ? buat muka kesian ? ungkit kat faris, company dah invest banyak untuk trained you jadi staff yang berdedikasi…you nak blah ? tak kenang budi ke ? kata tak puas hati boss kepada faris…

”I owe nothing boss, tak de service bond ke contract pergi training ke..semua dah expired”…balas faris dengan confident.. tepat 5.30 petang, faris pack barang dia, serah balik laptop opis, pass card, pass gate, dll kepada bahagian sumber manusia dan bersalam-salaman dengan semua staff dan good bye guys…faris pun resign daripada company yang dia start kerja selepas dia grad dulu…ni first job dia ler kat company ni…

Investment on knowledge

“Company ni dah invest banyak kat dia tapi dia blah jugak”…cakap-cakap kat opis..esoknya bila boss datang kerja, dia nak satu repot untuk bentang kepada ahli lembaga pengarah tak pun kepada prospek customer…angkat phone, dial extension 6261…faris tak angkat telefon…mana faris ni..urgent ni..selalu cepat je angkat telefon…boss dah start membebel..minta kat faris, pasti siap…berdesup dia buat kerja

Tanya receptionis, ada nampak faris tak ? jawapan yang diterima….fariskan dah tender semalam…boss lupa ke ? waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, baru boss ingat faris dah tiada..faris pergi dengan segala pengetahuan yang dia ada bersamanya…boss tak sempat copy masuk server, tak pun scan color apa yang ada dalam kepala faris…

Knowledge management

Ha…..baru ler sampai cerita pasal knowledge management……knowledge tu ada kat kepala faris tetapi selama faris berada di company tu, dia telah menguruskan pengetahuannya dengan mengaplikasikan pengetahuan apabila diperlukan ke dalam bentuk penghasilan kerja..bila dia dah tak de kat company tu, apa akan terjadi geng ???? bukan faris yang tak menguruskan pengetahuan dia tapi company telah gagal untuk melaksanakan initiatif knowledge management dengan berkesan…dalam kes ni tak de dibuat ler…

Itu ler pasal knowledge management tu penting bukan saja at individual level tetapi sangatlah pentingnya at organizational level…ini bukan sekadar cerita tetapi selalu terjadi kat opis kita..saya pun dah masak dengar kisah bila staff resign..exit interview lah, after action review lah, postmortem lah macam-macam nama ada..cuma yang pergi jarang kembali…(bukan pergi tak kembali-rabbani)

Huiiiiii……panjang cerita pasal KM…nanti baru cerita falsafah KM pulak….sape guru-guru KM dll…

Comments (1) »

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013

tilawah

Salam.

Semalam adik saya di kb sms, pasal Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56. Bermula pada 10-14 jun bersamaan 1-5 syaaban 1434h. Majlis berlangsung di balai islam lundang, tidak jauh dari dusun raja..

Pagi tadi tengok dalam paper gambar PM dan isteri serta MB Kelantan yang baru di majlis tersebut. Sejuk tengok PM turun kelantan dan kesederhanaan MB baru kita..

Saya sentiasa berdoa agar pentadbiran pusat di bawah datuk seri najib melihat kelantan darul naim sebagai saudara yang harus dibantu…sebagaimana tun mahathir pernah buat dulu…tq tun..

Kena benar majlis tilawah kali ini dibuat di negeri serambi mekah..semoga datuk seri najib mendapat berkat daripada ALLAH s.w.t lebih-lebih lagi selepas diberi mandat baru sebagai khalifah islam oleh rakyat.

Jika ALLAH sudah tentukan PM kita adalah datuk seri najib selepas keputusan PRU 13, maka dialah pemimpin kita yang ALLAH takdirkan..wajib bagi kita mentaati beliau selagi dia tidak menyuruh kita berbuat perkara yang ALLAH larang..

Persoalannya pernahkah PM kita dari zaman tunku, tun razak, tun hussein, tun mahathir, tun abdullah dan datuk seri najib suruh rakyat berbuat jahat ?

Malah ada yang sanggup menghina pemimpin kita ? Pemimpin itu seumpama ibubapa kita. Kalau kita hina ibubapa kita, fikir sendirilah kita ni berada pada tahap mana ?

Orang bukan islam yang tinggal di bumi malaya wajib taat kepada pemimpin islam. Itu perjanjian nenek moyang anda dengan nenek moyang kami. Your loyalty is to be shown to our royalty. Kesetiaan anda kepada negara ini ditunjukkan kepada raja kami yang beragama islam..negara ini makmur dan diberkati kerana agama islam yang menyinari bumi ini. sebab itulah kamu boleh cari rezeki dan mendapat hasil daripadanya..

Apabila kamu merampas dan memerintah tanah di sini, apabila syiar islam terganggu, kamu lihatlah kesannya kelak daripada ALLAH s.w.t.

Berpeganglah pada al-quran dan hadis. Perbetulkan diri kita dahulu mengikut apa yang disuruh oleh ALLAH dan tinggalkan apa yang dilarang..tak susah sebenarnya…yang selalu menjadi penghalang ialah NAFSU…wassalam

Leave a comment »