Bikers Kental

Salam..

Wife saya subscribe bikers kental kat astro first masa saya outing hari tu dan sempat tengok 3-4 kali…

bikers kental

Saya suka cerita yang simple, set permandangan yang menarik dan ada plot cerita yang boleh diambil daripada movie tersebut sebagai pengajaran…sebab tu saya masih menonton cerita cun, pretty woman, puteri gunung ledang dan surelah cerita p. ramlee kerana banyak benda kita boleh belajar daripadanya..

Ia bukan sekadar berhibur malah melihat dan menghayati juga antara sumber ilmu yang dituntut oleh islam…jadi tidak salah menonton movie dan belajar…lagipun saya adalah visual learner..

Anda boleh cek cara belajar anda (learning styles) dengan menjawap online question di url ni:

http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html

Berbalik kepada cerita bikers kental, watak Bidin Al-Zaifa lakonan zizan razak memang lawak dan poyo. Kesian pun ada. Saya biasa jumpa watak-watak sebegini di zaman sekolah, kolej dan waktu sekarang ni di opis. Malah mereka adalah kawan baik saya, kerana selalunya orang tak berapa suka nak kawan dengan mereka ni..saya pulak suka layan mereka ni kerana adakalanya apa yang mereka cerita tu kelakar, khayalan dan berlagak sket…orang memang menyampahlah…adakalanya saya pun macam bidin jugak kot…sebenarnya kita nak share tapi orang salah anggap kita ni nak menunjuk..

Bidin Al-Zaifa, tak kaya@sengkek, tapi minatnya yang mendalam terhadap motor besar buat dia merancang duit gaji dia tiap-tiap bulan untuk beli helmet fullface, jacket dan peralatan lain secara periodical.. Ini buat saya teringat kepada arwah ayahcik saya (adik mak saya) yang tersangat suka kepada motor..macam tulah dia kumpul duit sampai dapat beli motor virago..walaupun tak semahal aprilia..tapi begitulah sifat yang kita kena ada untuk dapat apa yang kita nak..mengejar impian sampai menjadi kenyataan ..bukan mengharap motor datang brummmm, brummmm, brummm tau-tau minta duit mak bapak nak beli motor besau..

Watak Eddie lakonan awie sungguh cool..leadership seorang ketua yang mengingatkan saya kepada arwah GM saya, amran othman..yang memang minat motor besar pun…eddie tak suka melatah bila diprovoke oleh rakan motor yang lain..ini kerana eddie menilai seseorang kerana hatinya bukan dengan perangai luaran seseorang…siapa pun tak tahu hati budi Bidin Al-Zaifa yang pernah membantu eddie suatu ketika dulu..ini juga soal membalas dan mengenang budi orang kepada kita…

Bidin Al-Zaifa pun hanya berlagak kepada yang berlagak dengan dia. Zul arifin selalu kutuk bidin yang tidak ada 3 M- Motor, Minah Motor dan Masyuk (duit)..asal ada peluang je dia akan menunjukkan tidak puas hati dengan kata-kata seperti “budak baru yang kita tak kenal”, “budak ni memang suka buat hal”…

Cuma sikap Bidin Al-Zaifa yang mengambil duit orang jahat tak bolehla kan walaupun opportunies. Dalam cerita ni kalau bidin tak ambil duit cam ne nak beli motor Aprilia RSV4 Factory yang bernilai RM128,000 on the road plus insurance…(siap study tu untuk support dengan fakta)..habis ler jalan cerita dan nak mai tang mana bikers kental…

Bila duit dah habis kat motor pun masih ada hati nak konvo ke pesta motosikal besar krabi…nun di thailand sana…mula-mula nak pi, bila tersedar duit dah tak de..nasib baik eddie buat tabung khairat Bidin Al-Zaifa….ha ha ha ni memang lawak tabung khairat…eddie minta geng dia hulur…si bidin boleh join…konvo..

Masa dinner kat thailand, bidin sudah tangkap cintan sama awek thai bernama Saiya Sukhaporn…actually saiya tak suka pun kat bidin tapi kawan saiya, Cherry Porntit pulak tangkap cinta sama bidin kerana keikhlasan hati bidin..pelbagai kisah lawak seperti semasa introduce nama saiya sukhaporn, si bidin ingat saiya suka tengok cerita “porn”…bidin siap cakap dia pun suka tengok porn..siap mengaku ada banyak CD porn…malu betul bidin ni..tak senonoh..tapi lawakkk..

Bidin pun plan macam-macam untuk dapat stay lama kat situ. Dengan potong cabel clutch motor dia, upah orang potong belting motor kawan dan dalam usaha untuk menyorok motor eddie, zul ternampak..bidin kena konfran dengan eddie…eddie masih bagi peluang untuk bidin buktikan dengan beberapa syarat..dia ditinggalkan keseorangan..

Bidin meneruskan perjalanannya ke krabi walaupun tersesat..sepanjang perjalanan dia tidak sedar dia diekori oleh penjahat, pemilik duit yang bidin kebas buat beli motor besar..

Sampai di krabi, penjahat (bront palarae) menelefon bidin dan menuntut duitnya kembali, manakala saiya dan cherry diculik..aksi kejar mengejar kumpulan motor dengan kereta penjahat berakhir apabila kereta terbabas…

Bidin menyertai pertandingan motorsikal besar krabi dan menang hadiah wang tunai..bidin akhirnya memilih cherry sebagai kekasih walaupun hati saiya sudah terbuka untuknya….zul berdamai dan respek dengan kecekalan bidin…konvoi mereka pulang ke Malaysia…

Dialog spontan seperti “keluarga sebelah kita Al-Zaifa, sebelah mak saya Al-lain, Al apa ? Alamak” Harap-harap geng-geng syed tak marah ye depa buat lawak…sekadar lawak je…al-attas, al-jefry, al-bukhary, al-junid, al-habshi, dll… Lawak kat bilik hotel, apabila bidin ternampak “halkum’ mak yah yang disangkanya wanita memang lawak…

Permandangan sekitar hatyai, pattaya dan krabi memang cantik kerana view pantai yang bersih, laut biru..memang teruja nak ajak wife ke sana….kena bawa wife…tak boleh pergi sorang….

Walaupun ramai yang komen cerita ni biasa je, ada yang menyampah kat zizan …terpulanglah bagaimana penerimaan kita terhadap wayang kita..guys, anda pelakon yang hebat…buat apa nak compare dengan movie mat saleh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: