Ayat Pemusnah Sihir Pemisah

Salam Jumaat.

Ini entri saya ke 100 setelah dusunraja.wordpress saya register pada hari jumaat bersamaan 11.11.2011, pada ketika itu berada di bumi kuching…sarawak

Hari ni 12 syaaban 1434, dah dekat bulan ramadhan…seronok pula sebab suasana bulan ramadhan ni memang lain dengan bulan-bulan biasa..semoga kita sempat berjumpa bulan ramadhan kali ini..itulah doa saya semoga sentiasa dapat berjumpa bulan ramadhan setiap tahun..

Saya dah register dan bayar untuk ke bengkel DR OT minggu depan. Satu lagi majlis ilmu untuk PhD saya…penat explorasi minggu lepas pun masih terasa….esok ada tutorial…

Hari ni saya nak berkongsi pasal ayat 102 daripada surah al-baqarah…salah satu ayat untuk menentang dan eliminate sihir terutama melibatkan jin asyik (sihir pemisah)…dengan lebih spesifik jin cinta…masalah suami isteri nak berpisah dipercayai akibat perbuatan sihir, bila orang masuk meminang ditolaknya..anak tak mahu pergi sekolah sebab ada makhluk nak ‘berkawan’ dll…Ada yang kata untuk neutralkan sihir daripada minyak dagu, senyonyong dan cenuai..

Al-baqarah 102L

Ayat ini diajar oleh ustaz majid semasa saya mengikuti akrine tahun lepas..saya belum berkesempatan untuk menghafal ayat ini…Pada garis merah, niat dan berdoalah kepada ALLAH semoga terlerai ikatan sihir tesebut, InsyaALLAH…

102. Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

1 Response so far »

  1. 1

    terima tuan kerana berkongsi ilmu yg baik ini, cakap pasal sihir ni sy nk kenalkan minyak wangi pendinding diri minyak wangi yang telah dibaca dengan ayat – ayat suci al quran.

    1. ayat – ayat Ruqyah
    2. selawat Syifa
    3. pendinding muawwizat
    4. ayat pelembut hati
    5. ayat penerang hati
    6. doa pengasih suami isteri dan keluarga bahagia
    7. ayat pendamai
    8. doa – doa syifa

    Kebaikan

    1. pendinding ganguan makhluk halus, sihir, santau atau saka.
    2. pelembut dan penerang hati anak – anak
    3. sakit – sakit badan boleh digosok atau disapu untuk kegunaan luaran.
    4. keharmonia rumahtangga suami isteri
    5. masalah hubungan seksual suami isteri
    6. kebas kaki dan tangan akibat diabetes.
    7. migrain, luka, sakit, perut, sakit pinggangg dan buasir.

    detail http://blogjiwamuda.blogspot.com/p/blog-page.html


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: