Archive for July, 2013

Masjid Sg Chincin, Gombak

msgchincin9

Salam.

Dua minggu lepas dah datang masjid ni untuk ambil air kolah masjid. Tadi balik mengurut sempat singgah untuk solat zohor. Terletak di jalan gombak menghala ke bentong, nak ke kg sg chincin kena lalu jambatan kecil. Saya park kereta kat luar je, jambatan kecil merentasi sg untuk ke masjid.

msgchincin4

Gambar first tu bangunan lama masjid. Ini bangunan baru dari batu..

msgchincin8

Melewati kawasan masjid, ada tabuh lama..nostalgia zaman kecil dahulu…saya pasti gatal tangan nak mengetuk..

msgchincin3

Air kolah masjid yang saya ambil buat mandi untuk perubatan islam.

msgchincin1

Ruang masjid tambahan dan selalunya kaum wanita selalu lepak kat sini..

msgchincin2

Pintu utama untuk keĀ  dewan solat masjid.

msgchincin6

Ruang solat sebelah kiri. budak-budak selalu lepak sini.

msgchincin5

Ruang solat utama. Dah lepas solat, para jemaah pun dah pulang.

msgchincin7

Kat luar masjid sebelah kanan adalah binaan maqam syeikh muhammad nor al kholidi. Beliau mengasas kg sg chincin dalam tahun 1894 setelah sebidang tanah di kawasan ini dikurnia oleh baginda sultan selangor. Syeikh muhammad nor adalah pemimpin tarekat nasqsyabandiah ke 35. Syeikh meninggal pada usia 58 tahun pada tahun 1932.

Terdapat kubur contoh di bahagian luar mihrab masjid tapi saya tak snap gambar. Ia menjadi peringatan kepada penduduk tentang mati. Syeikh muhammad nor mencipta moto daripada hadis nabi yang berbunyi “cukuplah dengan mati sebagai peringatan.”

Solat kat masjid ini terasa seperti berada di zaman kanak-kanak dulu. Mungkin kerana suasana mengimbau zaman bersolat di masjid kg tapang, kb pada tahun 70-80an. Suasana kampung di sekeliling turut membuat masjid ini istimewa dengan kehadiran orang tua, dewasa dan budak-budak untuk berjemaah.

Ada kelebihan bersolat di tapak masjid yang dah berusia 119 tahun (2013-1894), lebih-lebih lagi asas yang ditinggalkan oleh syeikh muhammad nor kepada penduduk di sini…

Comments (1) »

Bonus Bulan Ramadhan

Salam.

Hari ni 15 ramadhan. Tinggal 15 hari saja lagi untuk kumpul rahmat terbesar bagi umat nabi muhammad yang dikurniakan ALLAH s.w.t sebagai aset akhirat.
Kalau YES @ year end sale, pasti berebut ke sogo, midvalley, isetan, curve, one utama, sebab harga rendah, kalau mata fair, berebut beli tiket, pakej holiday murah.

Tak minat ? Sebab kita tak nampak inventorinya…yang tak nampak tak semestinya tak wujud, oksigen tak nampak pun tapi nak scuba kena bawa tong oksigen baru boleh menyelam dan tengok ciptaan allah..so ? Dalam al-quran ada sebut semua tu dan hadis nabi pun ada mentioned..

Ini kerana umat nabi kita umurnya pendek. Saya amat bersyukur masih diberi peluang untuk merasai pelbagai nikmat oleh ALLAH s.w.t setelah diserang stoke hampir sebulan lalu.

Doa di bulan ramadhan amat mustajab, mudah dimakbulkan. Pahala membaca al-quran berlipat kali ganda, begitu juga dengan sedekah. Dalam khutbah jumaat pertama bulan ramadhan, khatib kata, nabi berpesan supaya banyak bersedekah kerana sedekah sebiji kurma akan menjadi dinding menahan api neraka, masyaallah besarnya balasan terhadap bersedekah. Jika memberi makanan kepada orang berbuka puasa, yang memberi makanan pula akan diberi ganjaran pahala orang berpuasa tanpa mengurangkan pahala orang berpuasa kepada si pemberi yang tadi. Maksudnya kalau si A puasa, kita bagi makanan kat A, kita dapat pahala puasa si A bila dia makan pemberian kita. Pahala puasa A tak luak pun still dia dapat pahala penuh, ini bukan profit sharing. Senangkan nak dapat pahala.

Bonus paling besar ialah malam lailatul qadar, reward dia seperti beribadah selama 1000 bulan. 1000 bulan / 12 bulan = 83 tahun beribadat. Ini special offer untuk umat nabi kita, sebab umur kita pendek. Nabi kita wafat umur dia 63 tahun, tak cecah pun 83 tahun.

ALLAH memang kasih kat kita, bagi macam-macam supaya kita senang di sana..pahala solat terawih, solat berjemaah, pahala zakat, dll kebaikan yang boleh kita kutip sepanjang bulan mulia ini.

Doa saya supaya dapat berjumpa lagi ramadhan akan datang, insyaallah, jika diizinkan tuhan maha pencipta. Kalau sudah tertulis takat usia kita, pasti dipanggil mengadap. Semoga kita pergi dengan tenang dengan mengucap 2 kalimah shahadah. ameen.

Leave a comment »

Saya Diserang STROKE

Salam.

Hari ni cukup 1 minggu saya diserang angin ahmar@stroke..umur saya ? 40 tahun bulan 2 2013, muda ? Simptom? tanda-tanda?

Pada minggu lepas tiada apa yg pelik. kerja cam biasa, fikir pasal kerja biasa ler sebab nk kena jaga satu projek SPA NMS, tu pun x sure boss release ke dak..

Hari khamis cuti ada bengkel phd di uia..seronok lagi..selain tu dok fikir pasal kawan baik, mike akan pindah kerja, 16 tahun kawan dgn dia..

lepas tidurkan faris, anak bongsu kt atas, turun bawah, mandi, solat insyak & witir, ada rasa utk zikir lebih tapi ignore. tertidur tepi wife sebabb di dok buat kerja opis.

Dlm 4.40 pagi terjaga dgn niat nak solat tahajjud, ada time before subuh, then boleh ke masjid solat subuh sujud sajadah. tapi lain macam kepala sakit macam ada 3 guni atas kepala saya, pelik..saya su8jud dan baca ayat sujud sajadah “sajada wajhialillazi kholakohu wa sakko sam ahu wa basorohu bihaulihi wakuatihi fatabarokallahul ahsanil kholihin”
sempat sujud kpd ALLAH SWT.

try ambil ipad tapi tangan kiri dah x leh gerak..nak pasang azan. gagahi naik ke atas dan langgar beberapa objek. kaki kiri dah x rasa. merangkak naik ke bilik dan kejut wife…”saya kena stroke. amnbil air zamzam..di bangkit dan turun bawah ambuil air zam zam..saya minta ubat darah tinggi. makan ubat air tersembur. cuba berdiri dah x boleh, dia papah saya ke bawah dan saya kata nk kencing tapi dah terkencing pun..

wife kejut jiran. Dia tolong papah naik toyota unsernya utk bawa ke hospital. wife tanya ampang puteri hospital boleh? saya kata hospital ampang. jiran try call ambulan, ambulan lambat kat rawang..

abang rohaizad & abg rahman (jiran) bawa ke hospital unit emergency. saya dah tak ingat, transfer naik katil cam dlm cite ER, then macam-macam tiub lekat kat saya. tiub masuk hidung (utk makanan dan oksigen), jarum di lenggan utk air air dan ubat. tiub untuk kencing dari pundi kencing ke beg air kwencing.

then kena buat ct scan, saya dah x ingat…ada pendarahan di kepala. wife sentiasa di sisi.. saya solat subuh pukul 6.00 pagi dgn isyarat saja sambil doa dan bertaubat.bila sedar dlm kul 9 pagi ramai kawan dtg melawat di bilik emergency..makcik saya pun ada. saya minta kertas a4 utk buat kapalterbang kertas utk faris. semalam dia minta buat tapi x sempat.

result ct scan dihantar ke hkl samada saya kena operate ke tak..ya allah dugaan ku..doktor dtg dan pergi, tanya soalan, cek dll, sebelah tangan dan kaki kiri saya lemah. stroke sebelah kiri macam ibu saya kena last year..kebetulan?

syukur pendarahan sekecil 3cm, pakar hkl kata x perlu operate dan syukur lagi saya masih boleh baca ayat-ayat al-quran dalm situasi sebegini, tq ALLAH,…

kira-kira pukul 1 tgh, saya dipindah ke wad 6b,dari jumaat hingga ke selasa, tidak putus-putus sahabat dan saudara mara dtg melawat…tq semua atas segalanya.ALLAH jua yg akan balas kebaikan anda..

hari selasa saya dah boleh keluar dari wad 5b, wad paling akhir sebelum darah saya stabil syukur 140/90. masa admit darah pada bacaan 204/170…amat tinggi.

wife dan ibu mertua saya jaga saya di rumah….bercuti lama lah saya. Ya ALLAH sihatkan aku seperti biasa utk aku beribadat kpdmu ya ALLAH., terutama di bulan ramadhanmu nanti.

Comments (1) »

Bengkel Thesis Dr OT

Salaaaam,

Seminggu entri ni jadi draft. saya tulis lepas solat asar di masjid uia.

Bengkel best, berkobar nak menulis, siap sembang dengan kak zie & ihsan lepas bengkel.

Family datang & kami sempat dinner, singgah keramat solat maghrib, baca yasin dan sampai di rumah pukul 9.00 mlm.

Tak sempat nak upload gambar semasa di bengkel dr ot.

Pagi esok saya diserang STROKE…Ya ALLAH

Leave a comment »