Saya Diserang STROKE

Salam.

Hari ni cukup 1 minggu saya diserang angin ahmar@stroke..umur saya ? 40 tahun bulan 2 2013, muda ? Simptom? tanda-tanda?

Pada minggu lepas tiada apa yg pelik. kerja cam biasa, fikir pasal kerja biasa ler sebab nk kena jaga satu projek SPA NMS, tu pun x sure boss release ke dak..

Hari khamis cuti ada bengkel phd di uia..seronok lagi..selain tu dok fikir pasal kawan baik, mike akan pindah kerja, 16 tahun kawan dgn dia..

lepas tidurkan faris, anak bongsu kt atas, turun bawah, mandi, solat insyak & witir, ada rasa utk zikir lebih tapi ignore. tertidur tepi wife sebabb di dok buat kerja opis.

Dlm 4.40 pagi terjaga dgn niat nak solat tahajjud, ada time before subuh, then boleh ke masjid solat subuh sujud sajadah. tapi lain macam kepala sakit macam ada 3 guni atas kepala saya, pelik..saya su8jud dan baca ayat sujud sajadah “sajada wajhialillazi kholakohu wa sakko sam ahu wa basorohu bihaulihi wakuatihi fatabarokallahul ahsanil kholihin”
sempat sujud kpd ALLAH SWT.

try ambil ipad tapi tangan kiri dah x leh gerak..nak pasang azan. gagahi naik ke atas dan langgar beberapa objek. kaki kiri dah x rasa. merangkak naik ke bilik dan kejut wife…”saya kena stroke. amnbil air zamzam..di bangkit dan turun bawah ambuil air zam zam..saya minta ubat darah tinggi. makan ubat air tersembur. cuba berdiri dah x boleh, dia papah saya ke bawah dan saya kata nk kencing tapi dah terkencing pun..

wife kejut jiran. Dia tolong papah naik toyota unsernya utk bawa ke hospital. wife tanya ampang puteri hospital boleh? saya kata hospital ampang. jiran try call ambulan, ambulan lambat kat rawang..

abang rohaizad & abg rahman (jiran) bawa ke hospital unit emergency. saya dah tak ingat, transfer naik katil cam dlm cite ER, then macam-macam tiub lekat kat saya. tiub masuk hidung (utk makanan dan oksigen), jarum di lenggan utk air air dan ubat. tiub untuk kencing dari pundi kencing ke beg air kwencing.

then kena buat ct scan, saya dah x ingat…ada pendarahan di kepala. wife sentiasa di sisi.. saya solat subuh pukul 6.00 pagi dgn isyarat saja sambil doa dan bertaubat.bila sedar dlm kul 9 pagi ramai kawan dtg melawat di bilik emergency..makcik saya pun ada. saya minta kertas a4 utk buat kapalterbang kertas utk faris. semalam dia minta buat tapi x sempat.

result ct scan dihantar ke hkl samada saya kena operate ke tak..ya allah dugaan ku..doktor dtg dan pergi, tanya soalan, cek dll, sebelah tangan dan kaki kiri saya lemah. stroke sebelah kiri macam ibu saya kena last year..kebetulan?

syukur pendarahan sekecil 3cm, pakar hkl kata x perlu operate dan syukur lagi saya masih boleh baca ayat-ayat al-quran dalm situasi sebegini, tq ALLAH,…

kira-kira pukul 1 tgh, saya dipindah ke wad 6b,dari jumaat hingga ke selasa, tidak putus-putus sahabat dan saudara mara dtg melawat…tq semua atas segalanya.ALLAH jua yg akan balas kebaikan anda..

hari selasa saya dah boleh keluar dari wad 5b, wad paling akhir sebelum darah saya stabil syukur 140/90. masa admit darah pada bacaan 204/170…amat tinggi.

wife dan ibu mertua saya jaga saya di rumah….bercuti lama lah saya. Ya ALLAH sihatkan aku seperti biasa utk aku beribadat kpdmu ya ALLAH., terutama di bulan ramadhanmu nanti.

1 Response so far »

  1. 1

    ira said,

    Assalamualaikum,
    Maaf encik, sy ingin bertanya, di mana encik berubat semasa kena stroke? ayah sy kena stroke 3 minggu lepas. sy nak bawa dia pergi berubat sebab dia selalu meracau. terima kasih.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: