Masjid Sg Chincin, Gombak

msgchincin9

Salam.

Dua minggu lepas dah datang masjid ni untuk ambil air kolah masjid. Tadi balik mengurut sempat singgah untuk solat zohor. Terletak di jalan gombak menghala ke bentong, nak ke kg sg chincin kena lalu jambatan kecil. Saya park kereta kat luar je, jambatan kecil merentasi sg untuk ke masjid.

msgchincin4

Gambar first tu bangunan lama masjid. Ini bangunan baru dari batu..

msgchincin8

Melewati kawasan masjid, ada tabuh lama..nostalgia zaman kecil dahulu…saya pasti gatal tangan nak mengetuk..

msgchincin3

Air kolah masjid yang saya ambil buat mandi untuk perubatan islam.

msgchincin1

Ruang masjid tambahan dan selalunya kaum wanita selalu lepak kat sini..

msgchincin2

Pintu utama untuk ke  dewan solat masjid.

msgchincin6

Ruang solat sebelah kiri. budak-budak selalu lepak sini.

msgchincin5

Ruang solat utama. Dah lepas solat, para jemaah pun dah pulang.

msgchincin7

Kat luar masjid sebelah kanan adalah binaan maqam syeikh muhammad nor al kholidi. Beliau mengasas kg sg chincin dalam tahun 1894 setelah sebidang tanah di kawasan ini dikurnia oleh baginda sultan selangor. Syeikh muhammad nor adalah pemimpin tarekat nasqsyabandiah ke 35. Syeikh meninggal pada usia 58 tahun pada tahun 1932.

Terdapat kubur contoh di bahagian luar mihrab masjid tapi saya tak snap gambar. Ia menjadi peringatan kepada penduduk tentang mati. Syeikh muhammad nor mencipta moto daripada hadis nabi yang berbunyi “cukuplah dengan mati sebagai peringatan.”

Solat kat masjid ini terasa seperti berada di zaman kanak-kanak dulu. Mungkin kerana suasana mengimbau zaman bersolat di masjid kg tapang, kb pada tahun 70-80an. Suasana kampung di sekeliling turut membuat masjid ini istimewa dengan kehadiran orang tua, dewasa dan budak-budak untuk berjemaah.

Ada kelebihan bersolat di tapak masjid yang dah berusia 119 tahun (2013-1894), lebih-lebih lagi asas yang ditinggalkan oleh syeikh muhammad nor kepada penduduk di sini…

1 Response so far »

  1. 1

    Syukri said,

    Assalamualaikum,
    Mungkin tuan boleh melawat Masjid Noraini di Kg Pasir Hor sekiranya pulang ke Kota Bharu. Ianya agaik unik kerana penuh dengan ukiran kayu di bahagian dalam Masjid.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: