Archive for August, 2013

Kursus Spiritual Intelligence-Asmaul Husna

Salam.

Hari terakhir di alor setar, saya diberi peluang oleh ALLAH s.w.t untuk hadir ke satu kursus motivasi tentang penghayatan asmaul husna dalam kehidupan di masjid sultanah.

Masa zaman sekolah dulu, kami selalu nasyid asmaul husna lepas solat then bila tak amalkan dah tak lancar. Niat sentiasa ada nak hafal dan faham asmaul husna. Try hafal dalam bulan puasa tapi tak sempat juga. Syukur ia diganti dengan program ini. Maksudnya ALLAH makbulkan hasrat saya secara saya tidak sedar untuk belajar dengan berguru.

Facilitator ialah prof. madya dr wan maseri bt wan mohd, ketua pengarah pusat teknologi maklumat & komunikasi, universiti malaysia pahang.

Nanti saya sambung nak dengar guru mengajar…

Leave a comment »

Masjid Tuan Husein Titi Gajah

mtitig6

Salam.

Waktu nak solat jumaat semalam, hati berbelah bagi nak ke masjid sultanah ke atau ke masjid zahir. Masjid zahir sure jem sebab PM nak mai rasmi UTC kedah hari ni.. Masjid sultanah dah terlepas untuk U-turn, so tetiba rasa nak ke masjid tuan husein titi gajah. Terus menghala ke anak bukit then ke kepala batas. Titi gajah ni Tun Mahathir pernah tinggal sini. Dalam buku Dilema Melayu ada perkataan titi gajah kat page kata aluan.

Kenapa masjid ni nama dia masjid tuan husein ?

mtitig5

Beliau ialah sheikh husein kedah al-banjari (1863-1936), seorang ulama besar dan bekas mufti kedah. Beliau membangunkan sekolah pondok di kedah serta menyebarkan ilmu-ilmu mengenai agama islam.

mtitig3

Maklumat mengenai sheikh husein ada di papan tanda dalam kawasan masjid ini manakala pusara beliau ada di kawasan perkuburan di belakang masjid. Saya cuba mencari sebelum solat jumaat tapi tak jumpa. Saudara radzi sapiee atau di blog si merah silu ada info lokasi pusara sheikh husein.

mtitig4

Dalam entri masjid sg chincin, saudara syukri ada suggest kalau saya balik KB, boleh singgah masjid noraini di pasir hor kerana seni ukirannya yang unik. Saya dah surf dan terpegun dengan masjid dengan ukiran ala-ala bali indonesian..Thanks bro, saya akan ziarah..insyaALLAH.

Masjid yang saya ziarah buat masa kini adalah kerana beberapa faktor seperti auranya yang dapat dirasai, kesan sejarah, kaitan dengan ulama-ulama alam melayu dan atas cadangan guru-guru saya, rakan-rakan dan juga pembaca blogger seperti syukri. Si merah silu atau saudara radzi pun banyak buka jalan untuk saya ziarah sebab banyak masa tidak dibazirkan untuk mencari lokasi. Thanks radzi..

mtitig1

Untuk kita berjumpa dengan sheikh husein kedah al-banjari adalah mustahil kerana dia meninggal dunia 77 tahun yang lalu (1936), malaya pun belum merdeka dan saya pun tak lahir lagi..

Satu cara ialah ziarah masjid yang ada kaitan dengan beliau dan itu yang saya cuba lakukan. Ketika khutbah dibacakan, imamnya agak veteran, terasa seperti sheikh husein yang membaca khutbah dan mengimamkan solat jumaat. Aura beliau tetap ada kalau dihayati…

Saudara radzi dah melawat 7 makam wali melayu penghujung abad 19 hingga awal abad 20 yang disenaraikan dalam buku 7 wali melayu terbitan mahbook publications; 1- Habib Nuh (singapura) 2-Tokku Paloh (kuala trengganu) 3- Tuan Tulis (kuala pilah) 4- Sheikh Muhammad Said Al-Linggi (seremban) 5-Sheikh Muhammad Nor Al-Kholidi (sg. chincin gombak) 6- Tok Kenali (kubang krian, kota bharu) 7- Tuan Husein Kedah Al-Banjari (titi gajah, alor setar).

mtitig2

Begitulah, jika ada kelapangan bolehlah niat ziarah ke rumah ALLAH untuk mendapat rahmat dan hidayah daripadanya..padahal suatu masa dahulu dah pernah sampai ke tempat-tempat tersebut tapi objektif masa tu bukan nak pay attention sangat..alah masjid, kat mana-mana pun ada masjid betul tak ? Macam bila terdesak nak cari air kolah dari 7 masjid, jenuh nak cari masjid ada kolah sebab dulu-dulu apa kisah sangat masjid ni, cukuplah masjid tempat kita solat jumaat tiap-tiap minggu…itulah lumrah, kita selalu ambil mudah sebab tak pentingkan…bila sakit, tetiba ada orang cakap doa kat masjid tu elok untuk orang sakit…agak-agak sape yang berduyun ke sana ? Lebih bagus kalau kita dapat bersalam dengan imam masjid tersebut dan dia kenal kita. Manalah tahu kalau kat sana nanti dia kata dia kenal kita ? itu sekadar cerita saya..ke lebih baik artis kenal kita atau YB baik dengan kita ? semuanya ok jugak dunia dapat akhirat pun dapat….

Leave a comment »

Puasa 6 Di Bulan Syawal

Salam.

Hari ni dah seminggu 1 syawal berlalu. Semalam imam masjid sultanah mengucapkan tahniah kepada jemaah yang berpuasa 6 hari berturut-turut di bulan syawal. Ini bermakna, kalau mereka start puasa pada hari jumaat lepas, iaitu 2 syawal, semalam dah raya puasa 6 pula.

Apa kelebihannya? Dah ler 30 hari puasa di bulan ramadhan, nak tambah lagi? Ramai yang geleng kepala sebab puasa hari tu pun jenuh nak tunggu aidil fitri, then tambahan lagi 6 hari…ramai yang serender…kawan-kawan saya pun ramai tak sanggup..

Ganjaran atau bonus yang biasa kita dengar ialah, 6 hari berpuasa di bulan syawal ganjarannya seperti berpuasa setahun..inilah bonus bonanza ALLAH bagi kat umat nabi kita yang tidak diberi kepada umat terdahulu.

Ada yang ambil kesempatan untuk campur puasa 6 dengan puasa ganti sekali..Ada yang kata kena ganti dulu then baru puasa 6. Ada pendapat kata boleh niat ganti dan puasa 6 sekali sebab, berpuasa di bulan syawal. Saya fikir pendapat kedua boleh diterima sebab ia macam bonus berganda, puasa dalam bulan syawal dapat ganti puasa dan dapat pahala puasa 6 sekali. Logiknya ia mengajak mereka ganti puasa cepat, jangan tunggu bulan syaban baru nak ganti. Kalau tidak boleh kesianlah kat wanita, jenuh nak ganti dulu then baru boleh puasa 6.
Islam itu mudah…islam agama yang tidak kompleks..kita yang buat ia jadi rumit..

Mak mertua saya ajak saya puasa 6 tapi semalam ada kenduri pulak. Dia pun kalau tak dah raya hari ni tapi kena extent gak..wife saya kata puasa 6 dengan dia bila balik kl nanti…dugaan openhouse hari minggu….

InsyaALLAH, bonus ini tidak boleh dilepaskan 6 hari = 365 hari. Maha suci ALLAH yang beri nikmat ini..

Leave a comment »